Pages

Ads

Thursday 1 November 2012

GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Satu hal yang menarik pada ajaran Islam
ialah penghargaan Islam yang sangat tinggi terhadap GURU.
 
 
Diantara hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang GURU adalah seperti berikut:-

“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” – Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim.

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani.

Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” - Riwayat At-Thabrani.

Diantara kata-kata Ulamak berkenaan GURU adalah seperti berikut:-

Imam Al-Ghazali berkata;
“Tidak akan dapat ilmu kecuali dengan merendah diri dan mendengar dengan teliti…”

Imam As-Syafie berkata;
“Aku membuka lembaran kitabku di depan Imam Malik (gurunya) dengan penuh hati-hati, supaya Imam Malik tidak mendengar bunyinya.”

Syu’bah berkata;
“Aku apabila menerima satu ilmu dari seorang manusia maka aku akan menjadi hambanya seumur hidup.”

Syauqi berkata dalam syairnya;
“Tunaikan hak guru dan muliakan mereka, seorang guru seolah-olah nabi yang diutus.”

 
Sumber Rujukan:-

1) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
2) Ahmad Tafsir, 1994, Guru & Pendidikan Mengikut Perspektif Islam.
3) Khairul Gazali, 2005, 30 Wasiat Imam Syafie.
 
p/s :
marilah kita sama-sama mendoakan GURU sepanjang hayatnya,
 
memelihara hubungan dengan keluarga GURU selepas kematian mereka,
 
menziarahi kubur mereka,
 
meminta ampun untuk mereka,
 
mengikut jejak langkah mereka dan menjadikan GURU sebagai contoh dan tauladan dalam kehidupan.
 
~ke|ah biru

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...