Pages

Ads

Thursday, 13 June 2013

BAGAIMAN MENGIRA INSURAN KERETA ???


Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?


Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:

Nilai diinsurankan              Harga insuran
RM40,000                             RM1,251
RM50,000                             RM1,500
RM60,000                             RM1,700
RM70,000                             RM2,087


Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.

NCD atau No Claim Discount
Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab ni! ni memang polisi insurans seluruh dunia.

Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!

Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:

25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima

dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!

Jadi bagaimana ia berfungsi?

Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:

Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan:  RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938

Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368

Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.

Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun!

Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda!

NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.


Setelah melakukan sedikit kajian dan pemerhatian di perbincangan forum-forum internet, di dapati kebanyakan pengguna mengesyorkan menggunakan insurans kenderaan berasaskan ‘Takaful‘ seperti Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia ataupun mana-mana penyedia insurans yang mempunyai nama ‘Takaful‘. Ini kerana insurans yang bersifatkan takaful adalah lebih menepati syariat Islam dan bebas daripada unsur riba. Malahan harga bayaran insurans kenderaan sama sahaja di antara kesemua Penyedia Khidmat Insurans. Jadi adalah lebih baik mengambil insurans yang terbaik di antara yang terbaikkan.

Contoh under-insured yang senang difahami ;

1. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured cuma RM70,000 - atau 7/10 @ 70%.
- bila berlaku kemalangan dan katakan kos pembaikan RM10,000, maka insurans akan bayar cuma 7/10 atau RM7,000. ini kerana premium dibayar cuma 7/10 saja.

2. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured RM80,000. - atau 8/10 @ 80%.
- kereta terbakar hangus dan total loss. oleh kerana sum insured cuma 80%, maka insurans cuma membayar 80% saja atau RM80,000.

Untuk no 1 saya bagi kan fomula nya sekira berlaku under insured dan average clause diguna pakai untuk pengiraan tuntutan insuran.....

kos pembaikan x nilai insuran / nilai pasaran = bayaran yg akan dijelaskan oleh sykt insuran. Perbezaan nya di tanggung oleh pemilik kenderaan.

(cost of repair x insured value/ market value = amount borne by insurance company. The different from own pocket)

10000 x 70000 / 100000 = 7000. 3000 dari poket pemilik

Tetapi fomula ini tidak diguna pakai untuk tuntutan total loss atau kecurian. dalam kes in jumlah pampasan ialah nilai insuran atau nilai pasaran mana satu yang paling rendah..... lebih kurang macam tu lah.... nak cerita panjang sgt kena buka kelas..... off and on saya akan cuba mencelah.


(a) Cara ingin tahu nilai premium insurans kereta anda ;
- Kalkulator premium kenderaan peribadi kami membolehkan anda mengira jumlah premium insurans yang akan dibayar oleh anda bila anda mengambil insurans bagi kenderaan anda. Premium ini berubah bergantung kepda perincian polisi seperti jenis perlindungan, kapasiti enjin, diskaun tiada tuntutan dan manfaat tambahan.
Sila klik link di bawah ;

http://www.insuranceinfo.com.my/help_and_advice/useful_tools/car_premium.php?intPrefLangID=2


(b) Cara untuk tahu nilai Insurans kereta anda apabila memperbaharui insurans (Secondhand) ;

- Kalkulator Memperbaharui Insurans

Sila klik link di bawah ;

http://www.einsuran.com/B001001.aspx

(c) Untuk tahu harga pasaran kenderaan anda boleh mencuba di ;
Sila klik link di bawah ;

http://www.autoclaims.com.my/agv1/home.php

-Masukkan data maklumat kenderaan yang dikehendaki.

(d) 5 perkara yang perlu anda tahu mengenai insurans dan cukai jalan(roadtax)


Masa- Pasti ramai di antara anda akan memperbaharui cukai jalan pada saat akhir. Mungkin paling awal pada minggu yang terakhir. Mungkin ada juga yang memperbaharui cukai jalan selepas tamat tempoh. Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikhnya tamat. Ini akan memudahkan lagi anda untuk merancang masa yang sesuai untuk pergi memperbaharuinya tanpa mengganggu kerja harian. Anda boleh merujuk geran kereta sekiranya anda berasa tidak yakin.

Urusan-  Pada kebiasaannya, anda akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful/insurans untuk menyelesaikan segala urusan sehingga memperoleh roadtax. Anda dinasihatkan untuk menyemak maklumat perlindungan takaful/insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna. Selaku pengguna, anda berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang anda bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful/insurans kenderaan.

Jumlah perlindungan-  Jumlah perlindungan takaful/insurans adalah hak anda untuk tentukan, bukan ejen. Anda dinasihatkan untuk memilih jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa kenderaan. Cara paling selamat untuk mengetahui harga semasa kenderaan adalah dengan menghubungi pihak bank. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali. Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri. Dan cara termudah untuk mengetahui harga semasa ialah dengan mencari harga purata sesebuah kenderaan.

Below/Over insured- Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa(over insured). Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan(below insured). Tetapi sesetengah syarikat masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%. Amat penting untuk anda mengetahui harga semasa kenderaan anda.

Faedah- Anda juga perlu mengetahui mengenai faedah yang anda dapat sekiranya mengambil insurans daripada mana-mana syarikat. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada ditipu. Bandingkan faedah-faedah yang diberikan oleh beberapa buah syarikat kemudian buatlah keputusan yang anda rasakan paling sesuai. Antara contoh faedah adalah sepeti diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan.

5 comments:

  1. nak tanya kenapa JPJ letakkan harga roadtax berlainan sedangkan kenderaan yg sama. kdg2 sy byr rm seratus lbh, kdg dua ratus lbh..bingung

    ReplyDelete
  2. Kenapa etiqa takaful masa nak beli insuran (harus) kena bayar rm12000 coverage tapi bila totaly lose hanya bayar rm6500 towing dan charge bengkel rm800 owner kereta kena bayar lagi

    ReplyDelete
  3. Kenapa etiqa takaful masa nak beli insuran (harus) kena bayar rm12000 coverage tapi bila totaly lose hanya bayar rm6500 towing dan charge bengkel rm800 owner kereta kena bayar lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...