Pages

Ads

Monday 31 December 2012

PEMILIHAN IKAN DALAM AKUARIUM BERLANDSKAP (TIGER BARB & TETRA)

Bagi peminat mereka yang ingin menjadikan akurium mereka berbentuk landskaping, maka pemilihan ikan yang tepat dan sesuai adalah sangat penting. Mereka yang baru berjinak dengan hobi membela ikan perlu menilai semula kekuatan sama ada untuk membiarkan akuarium kosong atau mengisi hiasan akuarium dengan landskap yang indah. Ini adalah kerana landskaping dalam akuarium bukan satu perkara yang mudah. Maksud penulis, tidak mudah adalah dari aspek penyelengaraan (maintanance) akuarium. Memiliki akuarium yang penuh dengan landskap memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Maka anda nilai diri sendiri sama ada ingin terus melakukan landskaping atau sekadar mencuba dengan akuarium kosong.  (Nanti akan dipost mengenai kaedah landskap dan tips penyelengaraannya)

* Tips akurium yang mempunyai landskap yang tidak dijaga akan menyebabkan pertumbuhan bakteria yang banyak dan menyebabkan kematian ikan sedikit demi sedikit.

Namun bagi mereka yang ingin cuba ada bebarapa cadangan ikan dengan profil mereka agar tidak tersalah mencampurkan ikan. Campuran yang salah akan menyebabkan ikan lain cedera dan mati..


TIGER BARB

Tiger barb spesis yang aktif berkumpulan, pembelaan nya perlu lebih dari lima dan keatas. Sekiranya kurang ia akan menyerang ikan lain yang kurang aggresif dengan menggigit ekornya. Pembelaan spesis ikan ini dalam kuantiti yang besar akan menyebabkan mereka berkejaran sesama mereka dan menyelamatkan ikan anda yang lain. Tidak sesuai diberi dengan ikan yang semi-aggresif seperti ikan laga  (ekor panjang akan digigit). Uniknya ikan ini mempunyai pelbagai rupa dan warna yang cantik dan sesuai untuk anda. 

Amat cantik dibela dalam akuarium berlandskap.

TETRA 

Tetra ikan yang sangat cantik dibela secara berkumpulan dan suka hidup secara bersosial.  Pelbagai bentuk dan warna. Ikan tetra mempunyai keluasan spesis yang besar dimana di pasaran kita boleh menjumpai pelbagai spesis tetra yang cantik..

*Tips - jangan tersalah pilih tetra dan barb kerana setengah spesis kelihatan hampir sama...
Spesis tetra, yang seakan bentuk dengan barb... Tidak aggresif..

Tuesday 18 December 2012

TIPS - PEMILIHAN IKAN HIASAN SUB-DOMINAN

Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan ikan kita akan mencapai satu tahan yang dikenali sebagai statik. Iaitu setelah anda memelihara ikan untuk sekian masa, anda akan dapati bahawa akuarium akan kurang serinya... Sekiranya itu berlaku bermakna, minat yang anda pupuk mungkin menjadi semakin luntur dek sebab keadaan akuarium yang sama dan kelihatan dull... 

Satu cadangan untuk mereka yang ingin mengembalikan sinar akuarium anda ialah dengan menambahkan ikan hiasan yang bersifat sub-domain... Pemelihara ikan yang domain misalnya diskus / arowana / oscar tiger kadang-kadang memberikan kekosongan pada ruangan akuarium anda.... Oleh itu ini adalah beberapa suggestion untuk menambahkan ikan sub-domain dalam akuarium bagi mengembalikan sinar akuarium di rumah anda...

Domain fish :

Discus - boleh dibela bersama dengan tetra, loach....
Tidak boleh dibela sekali dengan ikan bandaran, guppy serta geng-geng tetra (Nanti aku post pasal tetra)
Jangan la sampai banyak sangat...


Arowana - boleh dibela bersama ikan lampam, pari air tawar, bandaraya...
Tidak boleh dibela bersama ikan bersifat dominan yang lain...


Sekiranya anda ada ikan yang anda rasa ingin campur, tapi anda berasa was-was kerana risau ikan bergaduh.. Bolehlah anda luahkan di ruang komen.. Kalau boleh bantu saya cuba respon...

CHIEMERA HIDUNG PANJANG

Sejenis ikan yang sangat unik dan sedang dalam delima kepupusan dikenali sebagai CHIEMERA hidung panjang. Sangat sedikit data dikumpul berkenaan spesis ikan ini.Hidungnya boleh mencecah sehingga lima kaki. Dianggap sebagai anasir yang jahat di negara Afrika kerana bentuknya yang sangat pelik dan hodoh. Ikan ini tinggal  pada kedalaman 8,000 kaki dan jarang dijumpai oleh nelayan...



Tuesday 11 December 2012

SOTONG KURITA SELIMUT

Satu lagi ciptaan yang sangat unik berkenaan dengan sotong ialah dikenali dengan sotong kurita selimut. Mempunyai kelebihan yang luar biasa berbanding dengan sotong lain iaitu selain dari boleh mengeluarkan dakwat hitam ia juga mampu membesarkan dirinya untuk menakutkan pemangsa yang ingin mendekatinya.. Lihatlah gambar dibawah..


Sekiranya terdapat bahaya sotong ini juga mampu untuk menanggalkan selumutnya sedikit bagi mengelirukan pemangsa. Sungguh luar biasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...