Assalamualaikum..kali ni aku nak berkongsi peralatan dan ubatan yang perlu korang ada sebelum memelihara ikan hiasan dalam aquarium..selain daripada aquarium, filter, pam, lampu, batu, makanan ikan dll, 4 barang diatas ni kira paling asas la perlu dibeli ..kalau korang nak jimat jugak tanak beli lebih baik pergi tgk ikan dalam aquarium kat kedai ikan atau lagi baik korang tgk ikan berenang kat youtube saja...hehe.. bukan marah tapi 4 ubat ni sangat penting untuk elakkan ikan korang pendek umurr...hehe
1 ) Air biru ni sebenarnya Anti - Klorin bukan air nila ye. Ada macam- macam saiz botol..tapi aku suka yang saiz besar camni.. baru RM 5.00.. ada botol kecik tu sebotol RM 1.00..dan anti-klorin pilihan aku adalah yang bewarna biru camni.. warna putih pun ada..tapi bagi aku warna biru ni lagi cun air bila dicampurkan..Korang tau apa fungsi anti-klorin?
aku yakin semua dah tau..tapi yang belum tau ni aku cerita seket..Anti-klorin ni kira wajib la kalau kita guna air paip kat umah.. sebab air paip kat umah dah ada klorin..so untuk melawan klorin tersebut, kena la yang tak suka pada klorin..namanya anti-klorin...hehe. kemasukkan anti-klorin mampu meneutralkan air iaitu menghilangkan klorin yang ada dalam air.. klorin ni tak bagus tuk ikan hidup.. disamping boleh tinggikan pH air, klorin jugak boleh menjadi racun kepada ikan...
Kalau nak g beli jgn tersilap pulak cakap.. aku dulu masa awal-awal pelihara ikan g kedai cari anti-klorin...dengan bangganya aku tanya tokey kedai.. '' mau beli klorin 1 botol tokey..'' apa mau beli klorin? tanya si tokey kedai buat-buat taktahu.. oooo itu anti-klorin ma...kahkahkah.. malu jugak aku time tu..tapi tebalkan muka saja la..sejak dari hari tu aku dah tak p kekedai tu.. hehe
kuantiti sukatan yang sesuai untuk masukkan dalam aquarium ada diberi dekat label botol.. biasanya kalau aquarium 4 kaki, guna 3 penutup besar ni dah cukup.. tapi kalau botol kecik yang seringgit tu kena la letak 5 - 6 penutup.. jgn terlalu banyak sangat.. untuk letak air kali pertama memang kena letak banyak sedikit.. bila korang tukar air, air dalam aquarium dah tinggal 3/4 so just letak sedikit sahaja sebab air tu sudah ada anti - klorin yang lama.
2) Seterusnya ramuan dalam aquarium korang yang perlu ada adalah benda disebelah ni iaitu Garam.. Buat pengetahuan semua, walaupun namanya garam, kita tak boleh letakkan garam didapur kedalam aquarium kerana garam dapur (guna tuk masak dan kadang kala cicah buah pelam putik) tidak sama dengan garam yang dikhaskan untuk ikan...
Ada jugak dengar cerita sahabat aku yang terlupa membeli garam ikan. dia terus letak garam dapur... dan kesannya ikannya tidak panjang umur...sudah sampai ajal la tu.. macam kita juga manusia...kadang kala kita terlalu sibuk mengejar dunia sehinggakan terlupa yang setiap hari ajal kita semakin menghampiri kita. dan apabila ajal datang, kita tidak boleh lari daripadanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah Taala Yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)
Kita kembali ke bab garam tadi.. Unsur garam ikan adalah garam NaCl. Kandungan nya adalah NaCl sahaja manakala garam dapur terdapat unsur-unsur tambahan yang diperkayakan untuk keperluan manusia contohnya seperti Iodium dan bahan lain.
Fungsi garam ikan ni adalah seperti ubat. Garam boleh membunuh bakteria dan parasit yang ada dalam aquarium. Biasanya setiap kali tukar air, kombinasi garam dan anti-klorin sememangnya wajib dimasukkan. Kuantiti garam juga boleh diletakkan 3 sudu teh besar untuk aquarium 4 kaki.. Tapi jangan terletak berlebihan sebab boleh sebabkan ikan mengalami dehidrasi..
Kadang-kadang kalau aku tak tukar air selama sebulan sebab warna air masih jernih(kadang2 malas), aku akan masukkan jugak 3 sudu garam ni untuk membunuh bakteria dan seolah-olah aku memberikan obat kuat kepada ikan aku untuk terus hidup..hehe..1 lagi tips nak tahu air aquarium anda patut ditukar atau tidak ialah dengan tgk kedudukan ikan anda. jika ikan asyik berenang dibahagian atas sahaja itu menandakan air anda sudah kotor. Ini kerana bahagian dasar aquarium sudah dipenuhi dengan bahan toksid @ nitrit yang kita mungkin tidak nampak dengan padangan mata kasar.. kalau air kotor jugak ikan akan memberontak dan menjadi stress.. berkemungkinan ikan akan melompat keluar..
harga untuk garam ikan dalam gambar ni cuma RM 4.00 bersaiz besar. dan ada dalam 3 warna yang aku tau... biru , sedikit hijau dan putih.. dan garam yang menjadi kegemaran ikan aku adalah warna biru atau hijau..
Penyakit WHITESPOT |
Penyakit ikan yang selalu dihidapi oleh ikan adalah Whitespot. Penyakit ni paling umum disebabkan oleh parasit lchthyophthirius muflilis. Penyakit whitespot ni bayak kali jugak serang ikan aku..Parasit ni bertindak dengan merosakkan sistem pernafasan ikan iaitu insang dan kulit..lama kelamaan ikan itu akan mati..
kalau tengok betul-betul whitespot ni seakan-akan panau pada badan manusia. kalau manusia ada panau boleh gunakan panausalap cak kaki tiga. tapi kalau menyerang pada ikan kita kena guna satu lagi ubat..
3) Ubat yang dimaksudkan tu adalah Anti - Whitespot Special.
ubat ni bewarna biru. Harganya tidak mahal. hanya RM 1.50 sahaja. sesiapa pun mampu untuk memilikinya.. Lebih murah dari ubat panausalap cak kaki tiga..heheh..
cara guna mudah sahaja.. tuang dalam penutup dan tuang kedalam aquarium.. sukatan dalam 2 tudung untuk aquarium 3 kaki.
selepas dicampur dengan air aquarium, tgk perubahan pada ikan 3 hari. jika whitespot belum hilang, tambah lagi.
Langkah seeloknya jika ikan korang diserang Whitespot adalah dengan memisahkan dengan ikan sihat yang lain.. macam aku, aku tak pisahkan..aku nak ikan aku sama - sama menghadapi kesusahan yang dialami oleh rakan mereka.. macam kita jugak manusia ni...
kawan ketika senang, ketika gumbira...ramai, tapi ketika kita susah..nak cari seorang pun susah....tapi aku lain, alhamdulillah setakat ni kawan yang sama-sama dalam kesusahan ramai... anda pula bagaimana???
4) Dan ubat yang terakhir adalah General AID Special. Ubat ni berfungsi untuk merawat ikan-ikan yang luka seperti mulut terlanggar dinding, sisik tercabut, ekor kena gigit, bergaduh, luka akibat terkena pisau dan sebagainya..
aku selalu guna jugak ubat ni bila tgk ikan aku luka. ubat ni sama fungsi macam iodin la.. tapi jgn pulak letak iodin ye akram..
kuantiti nak guna sama macam ubat biru tadi jugak..uang dalam penutup dan tuang kedalam aquarium.. sukatan dalam 2 tudung untuk aquarium 3 kaki..
harga ubat ni juga serendah RM 1.50 sahaja.
ikan Jelawat aku sirip dia terkoyak. aku pun letak la obat ni.. dalam masa 5 hari aku lihat sirip dia yang koyak tadi mula kembali tercantum.. Mungkin secara kebetulan.. Tapi aku yakin yang menyembuhkannya adalah Allah S.w.t..
ada orang tanya aku...(cewahh macam pakar pulak) boleh atau tidak, ubat whitespot dicampur dengan ubat kuning ni diletak pada masa yang sama dalam aquarium... Jawapannya mudah saja.. konsep kita nak rawat lagi baik rawat satu penyakit dulu..aku selalu letak ubat biru 3 hari...then baru letak ubat kuning dan biar selama 3 hari.. penah jugak aku hantam letak ubat tu 2 sekali...tapi nasib baik ikan aku x mati... kalau korang nak cuba pun apa salahnya...yang mati ikan korang bukan ikan aku...kahkahkah
aku rasa setakat ni dulu pasal peralatan asas nak bela ikan ni.. korang boleh dapatkan 4 benda ni kat kedai ikan..sure ada punya..yang penting jgn lupa bawa duit tuk membelinya.. kalau susah sangat print saja gambar kat atas dan terus tunjuk pada tokey kedai...hahah..kos untuk semua 4 barang ni adalah:
RM 5.00 + RM 4.00 + RM 1.50 + RM 1.50 = RM 12 .00 sahaja..(bergantung kepada harga kedai)
Moral : Apa salahnya belanjakan hanya RM 12.00 untuk memastikan ikan anda yang berharga lebih mahal tu mampu hidup dengan aman dan sentosa....
~ ke|ah biru
Very good Info!
ReplyDeletekalo guna klorin yg harga sringgit nak taruh brapa ketul dlm balang? ikan sy ikan puyu.. sy bela 2 ekor je...
ReplyDeletesaya tak pernah jumpa lagi klorin dalam bentuk ketul..letak je 1 penutup klorin tu.. lagi 1, ikan puyu adalah antara ikan sungai paling lasak.. hidup dalam sawah padi pun leh hidup .. air klorin rasanya tiada masalah.. Insyaallah.. leh hidup lama..
ReplyDeleteSaya baru tukar air akuarium dan letak anti klorin lebih(tertumpah) apa kesannya
DeleteLagi satu selepas tukar air perangai ikan jadi lain asyik langgar dinding akuarium dan taknak makan
Hehe minum todi kot
DeleteBanyak info saya dapat di sini.
ReplyDeletesaya ada bela ikan guppy dan ikan laga... boleh ke saya hanya tukar air paip, tak masukkan klorin ? agak2 okey tak ?
ReplyDeleteKan dah cakap kat atas anti klorin tu wajib
Deletesy ad buat mcm tu boss.. hbis mati ikan guppy sy 😂😂
Deleteair yg ditambah dgn klorin perlu dibiarkan semalaman ...jgn masukkan terus ikannye tu yg mampuih heheh
Deleteikan guppy sensitif..bela dalam aquarium tak tahan akan cepat mati..better bela guppy dalam kolah..
ReplyDeletesaya ade ikan pelaga,ikan tu kalu saye tukar je air ikan tu aku tngok ikan tu macam dah nak sampai ajal adakah yang ni pon salah satu kesan klorin tu
Deletebanyak sebab rembo ikan jadi camtu bila tuko air.. mungkin salah 1 sebab dia x dapat adapt dengan air baru.. sebab tu selalu kita hanya tukar 70 % sahaja air..
Deletebelanja dulu bha...
DeleteInfo yg baik utk saya bela kelah dlm akuarium... Bela kelah dlm kolam kena ikot cara yg sama gak ke??
ReplyDeleteInfo yg baik utk saya bela kelah dlm akuarium... Bela kelah dlm kolam kena ikot cara yg sama gak ke??
ReplyDeleteSecara general lebih kurang sama.. Tapi ada perbezaan sedikit... Kalau kat kolam ikan akan lebih tahan dari penyakit... Jadi tak banyak kesusahan sangat bela dalam kolam...
Deleteikan kelah lagi elok bela dalam aquarium yang besar..sebab kelah spesis yang aktif.. seronok tgk dia berenang
ReplyDeleteKalau kite letakkan ikan guppy ke dalam air masak ikan guppy bole hidup ke?
ReplyDeleteSalam. Maaf lambat balas, tapi kalau air masak nih, mineral dalam air tersebut dah pun hilang... Lagi baik air paip yang dirawat dengan anti clorin... :) Moga dapat membantu...
DeleteKalo air yg telah dijerah dan masih panas mendidih boleh tak kita letak ikan kat dlm air tu ?
DeleteBoleh2 tray la
DeleteJangan lupa letak the dan gula secukup rasa
DeleteSILA TINGGALKAN KOMEN ANDA UNTUK PENAMBAHBAIKAN
ReplyDeleteTERIMA KASIH
As'salamualaikum tuan tanah hehe,bro nk tnya sikitlh,sy nk bela ikan mas.atau pn goldfish.engat nk ambik saiz ibu jari je..akuarium aku xbsar sngt.pnjang 2 kaki ja..filter jnis apa yg sesuai utk aku gunakan...aku dh beli lampu kcik utk akuarium tu.smart jgalh hehe.
ReplyDeletenampaknya blog ni dah tak berpenghuni..
ReplyDeletesori dah lama x masuk..bz dengan kerja.
ReplyDeletefilter beli kut saiz aquarium..
saudara boleh tanya kat kedai filter yang sesuai dengan saiz aquarium anda..selalunya saiz filter x besar sgt kalau hanya bela ikan emas..
lagi satu kalau bela ikan emas saudara kena jaga kualiti air baik2..iakn emas antara spesis payah nak bela.. air kena tiptop..nanti ikan cepat mati.
Tq 4 info
ReplyDeletebro lampu warna apa yg sesuai untuk ikan...selalu ada dkt kedai wana putih,kuning dan biru...dan bagai mana nak kalau air tu tak sesuai untuk ikan contohnya Ph air,,bagaimana cara nak tahu kalau Ph air tu tinggi atau rendah...boleh ke kalau sya guna air hujan...
ReplyDeletelagi latulah bro,,,sya ada dua akuarium..1 saiz 3 kaki pnjng 1.5 kaki lebar dan 1.5 kaki tinggi...dan satu lagi saiz 2 kaki panjang 1 kaki lebar dan 1 kaki tinggi...tapikan bro akuarium yg 2 kaki tu air tak cepat keruh tetapi yg 3 kaki tu cepat sangat keruh..ada tips tak cara cam mana nk lambatkan air tu keruh
ReplyDeletejawapan kepada soalan didi
ReplyDelete1.warna lampu. pemilahan bergantung kepada jenis ikan yang ko bela.. warna pink biasanga untuk naikkan warna gold dan merah pada ikan.. biru lak selalu org guna tuk neon tetra yang warna biru tu..untuk naikkan warna. warna putih lak tuk semua ikan.. kesimpulan: tgk jenis ikan y ko nak bela..samada ko nak naikan kaler pada badan dia..so kena pilih la lampu y sesuai..pemilihan lampu dan backgroud sangat penting untuk naikkan warna ikan.
jawapan kepada soalan didi
ReplyDelete2.pH air.
cara mudah nak tgk pH air adalah dengan memasang alat chek ph la..boleh beli dikedai.
jika nak tgk secara kasar air tu sesuai atau tidak denganikan...tgk kedudukan ikan tu..kalau air bersih dia akan selalu berenang didasar aquarium..bila kandungan nitrit dah tinggi means air kotor, ikan cenderung tuk berenang dibahagian atas aqua.. kalu xder penutup ikan kemungkinan akan melompat keluar aqua.
penggunaan air hujan atau air mata air digalakkan kerana tiada klorin dan ia merupakan air mutlak..air y suci lagi menyucikan. jika mahu menggunakan air hujan pastikan ia tidak diambil hasil yang jatuh melalui atap2 ke dsb takut membahayakan ikan.
jawapan kepada soalan didi (banyak sungguh soalan ko didi)
ReplyDelete3.Air keruh
tips tanak air keruh banyak
1.faktor makanan ikan: pastikan beri ikan makanan secara sedikit..pallet yang tidak dihabiskan ikan boleh mencemarkan air.Sila buang semua pellet yang tidak dimakan ikan selepas 5 minit. gunakan makanan jenis udang atau anak ikan untuk menggelakkan air cepat kotor
2. Faktor bilangan ikan
makin banyak ikan..makin banyak la najis y dibuang..dan akan cepat kotor dan keruh
3.jgn dedahkan aquarum direct bawah cahaya matahari..nanti aqua berlumut dan keruhakn air.
Tips paling senang tanak air keruh sila kekedai aqua dan beli ubat anti keruh.. hanya titiskan beberapa titis..air akan jernih.
_selamat mencuba_
Assalamualaikum..
ReplyDeletetanye skit ye,aqua rumah sy guna air telaga(mata air la kn?)..perlu ke tambar bahan2 seperti diatas?
air telaga tu kalau anda yakin 100% bebas dari bakteria xperlu la latak garam.. cuma anticlorin je xperlu letak dalam air telaga.
ReplyDeleteBoleh tak guna air terus dari water filter yg ada d dapur...t hari tadi baru beli gold fish malam dah mula pening2...nape ye...tq
ReplyDeletegold fish sukar nak bela..agak sensitif jika air ph x sesuai.
Deletetanya sikit saya guna mata air untuk pelihara udang kara boleh tak guna garam ikan
ReplyDeleteboleh juga..fungsi garam nak bunuh kuman2 ada parasit dalam air tu
DeleteLepas 3 hari bubuh ubat white spot and then bubuh ubat general aid special.. masa nak bubuh general aid special perlukah tukar air tu dlu?
ReplyDeletexperlu tukar pun boleh
Deletemacam post saya kat atas.
saya pernah campur sekaligus ubat biru dan kuning..
alhamdulillah ok..
tapi kalau takut berlaku kejutan kepada ikan tu elok tuan buh biru.. lepas 3 hari letak ubat kuning lak..tanpa perlu tukar air.
Kalau anti klorin campur ubat general aid sepcial3 tu boleh kah?
Delete#campur antiklorin+special 3
Kalau anti klorin campur ubat general aid sepcial3 tu boleh kah?
Delete#campur antiklorin+special 3
salam..bosss... Ubat yang dimaksudkan Anti - Whitespot Special tu kalau masukkan 1 penutup penuh dlm akuarium besar 2 kaki...air kompem bertukar warna ..kalau hijau..mmg jadi hijau la air tu..mcm tak best plak air jadi warna hijau dan tak jernih..camne nak buat ekkk?
ReplyDeletebiasanya anti white spot ni warna biru..
Deletebiasanya dalam 3 hari warna akan kembali jernih.
bergantung kepada filter aquarium tuan..
kalau filter baik tapisannya memang cepat jernih..
kalau tak jernih tukar lah air baru..
kesihatan ikan lebiih penting..
Alhamdulillah, byk info bermanfaat. Terima kasih
ReplyDeletesama2.. kalau ada apa2 leh usulkan disini..Insyaalah saya reply
Deleteikan kcik2 dlm aqrm 2 kaki....brapa ekor y sesuai nk bela dlm tu?
ReplyDeletesori lambart reply..
Deletespesis tetra boleh dibela secara byk..30 ekor pun ok..
salam...boleh tak kalau sya cmpur jnis ikan kap skali ngan ikan lampam,jelawat dan kelah...dalam aquarium bersaiz 3 kaki?
ReplyDeleteboleh campur.
Deletetapi ikan kap biasanya dipelihara didalam kolam..sebab corak pada bahagian atas sgt cantik bila dipandang dari bahagian atas..
spesis kelah..jelawat..lampam boleh dibela..sgt cantik spesis ikan sungi ni..cuma disarankan bela ikan ni lebih cantik jika dibela dalam aquarium 4-6 kaki sebab ikan ni akan berenang secara laju..
tuan boleh ke. ...ikan kaloi duduk bersama ikan lain. ..
ReplyDeleteaku rasa tak boleh..sbb ikan kaloi ni jahat sikit..dia suka gigit ikan lain..suka kejar... nk cmpur boleh..tp anda kna ada akuarium yg saiz besar dan ada ikan lain yg besar jgk cthnya pacu,patin,oskar,keli, kemungkinan sbb dia ada ruang dan bila ada ikan lain yg besar dia kurang..tp kna pastikan dulu..tkut bergaduh jgk
Deleteade ke ubat anti keruh?tak pernah nampak pun
ReplyDeleteAda ubat menjernihkan air. Boleh dibeli di mana-mana kedai akuarium.
DeleteAslmkm bro !!,nak tanye sikit la,udang dengan ikan bole cmpur tak,sbb ikan saye hampir 12ekor mati dalam masa 1mlm,jadi saye siasat2 knape dia mati...,udang saye bertukar kulit pula masa tu,ada ka disebabkan bekas kulit udang yg tidak terbuang itu mnjadi racun kpda ikan tu.
ReplyDeleteWsalam... Nak tanya udang jenis apa bro bela? Ada spesis udang yang makan ikan. Terutamanya ikan kecil. So, nak tau la udang apa, udang kertas atau udang kara, atau udang sepit biru (ada gak orang bela nih, jangan tak tau.. Hehe)
Deletebro bole saya bela ikan air tawar tp saya decoration aqua saya ala2 laut pula, saya guna batu2 kecil dan batu karang,tidak ka batu karang tu mengeluarkan apa2 racun untuk ikan air tawar.
ReplyDeleteTidak menjadi masalah. Baru karang yang mati (warnanya biasa putih boleh digunakan sebagai decoration.) Cuba basuh bersih-bersih.. Kalau tidak dia akan menyebabkan kekeruhan dan mungkin mengundang pelbagai jenis bakteria kepada ikan anda. Saya biasa melihat ikan sungai yang dibela dalam batu karang yang mati.
Deletep/s kalau bro nak tahu, ada juga jenis filter aquarium yang menggunakan batu karang mati sebagai alat penapis airnya.. Juga boleh dibeli dikedai-kedai.
Firstly nak ckp.a good and lot of info dpt kat sini..nak tanya..ikan kaloi saya campurkan dgn ikan oscar dan parrot fish...boleh ke? Pastu x de masalah ke andai saya masukkan ikan kecil atau udang kecil yg nak dijadikan makanan kpd kaloi tu kpd ikan oscar dan parrot fish yg ada sama dlm akuarium tu?
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan..kalau rasa best blog ni sila follow.
Deletejawapan kepada soalan anda
1.ikan kaloi, oscar dan parrot fish kalau nak campur boleh. tetapi ikan anda akan mati.. dijamin 100%..kalau x mati pun akan cedera.sebab spesis2 ni spesis teritorial predator..dia akan bergaduh.
2. nak masukkan ikan kecil..udang semua bagai tu boleh..tapi air akan cekap kotor..hadkan pemberian makanan tersebut kepada seminggu 2 kali dsb. dan macam saya ckpkan tadi semua ikan diatas tidak boleh dipelihara sekali dalam 1 aquarium..
terima kasih atas sokongan..kalau rasa best blog ni sila follow.
Deletejawapan kepada soalan anda
1.ikan kaloi, oscar dan parrot fish kalau nak campur boleh. tetapi ikan anda akan mati.. dijamin 100%..kalau x mati pun akan cedera.sebab spesis2 ni spesis teritorial predator..dia akan bergaduh.
2. nak masukkan ikan kecil..udang semua bagai tu boleh..tapi air akan cekap kotor..hadkan pemberian makanan tersebut kepada seminggu 2 kali dsb. dan macam saya ckpkan tadi semua ikan diatas tidak boleh dipelihara sekali dalam 1 aquarium..
Satu lagi...ada cara or tips nak pindahkan ikan yg di dlm akuarium sedia ada ke dlm akuarium yg baru..what should i do utk pastikan ikan2 tu x mati..sebab saya cuba pindahkan parrot fish saya ke akuarium baru tapi tgk mcm semcm jer..mcm nak mati...last2 saya masukkan dlm akuarium asal..so far mcm ok..so nak minta tips mcm mana nak pindahkan ek...
ReplyDeletesebelum nak pindahkan ikan ke aquarium baru pastikan air dalam aquarium dicampur dulu dengan semua benda yang saya cadangkan dalam post ini.
Deletekalau boleh biarkan 1-2 hari kemudian baru masukkan ikan baru kedalam aquarium tersebut.
ini boleh mengelakkan ikan stress.
kadang2 ada jugak sesetengah pembela ikan dia akan masukkan sedikit air dari aquarium lama ke dalam akuarium baru sebagai permulaan tuk ikan sementara menyesuaikan diri dalam air yang baru..
ADMIN AKAN CUBA MENJAWAB SEGALA PERSOALAN ANDA SECEPAT YANG BOLEH..HARAP MAKLUM
ReplyDeletenak tanya, boleh ke saya masukkan anti clorin time ikan ade dalam aquarium? terlupa nak letak pulak
ReplyDeleteboleh tiada salahnya..
Deletecuma digalakkan masuk ketika tukar air sebab bila air masuk kedalam campuran klorin akan lebih sebati dan elakkan klorin byk dalam air yang boleh sebabkan ikan anda mati
Masalah sy tdapat mcm bakteria atau ulat2 kecik bwarna putih yg melekatkn pd cermin aqua. Sy dmaklumkan ia boleh myerang insang ikan.. mohon pdapat ubat apa yg sesuai nk hapuskn ulat2 tu..
ReplyDeletesoalan yang bagus tuan
ReplyDeletetuan edy boleh beli dikedai ikan ubat tu botol warna merah..
fungsi nak bunuh ulat2 kecik.
Salam..jika anda berminat utk trnak lobster redclaw air tawar sila layari http://redclawlobster.blogspot.com
ReplyDeleteSalam..klau ikan sakit mata bengkak dan badan ...ubat apa plak...
ReplyDeleteguna minyak gamat
Deleteterbaekkk
Deletesaya ada membela ikan kelah biru didalam aquarium.. masalah yg dihadapi ikan ni.. sisik ikan mula tertanggal satu persatu.. apa masalah nye
ReplyDeletesy ada bela 14 ekor gappy
Delete1 ekor kaloi dlm 1 tank
1bln petama tgk ok je serasi
tapi ari 2 kaloi x taw tiba2 je cm stres d tibai semua gappy. tgl 1 je yg selamat sampai skg. ape masalah kaloi 2?
nk kate mkn x gk cz mkn dh d tetap kan tiap 4jam d bg guma mesin eletronik. nk kate air pam ada 2. lebih dari mckp. tenk kecik je 12liter. sisah mkn x dh ya tinga dlm 1mint j semua dh bersi d sedut pam.
cuma sy hairan npa kaloi 2 stres?
ikan kelah biru tu mungkin sistem oksigen x berfungsi dengan baik..
Deleteaz man..
Deleteguppy memang x boleh campur dgn kaloi..
kalaoi ikan dominan..dia akan dominasi persekitaran..dan akan makan guppy
maaf bertanya ye saya masih amatur lagi dlm bidang bele2 ikan ni sye ade bele ikan laga adakah ikan laga pun wajib ade semue barang2 yg bro tunjuk kan tu...
ReplyDeletexperlu..tapi kalau nak letak juga tidak menjadi masalah
Deletesalam bro..sy ada bela ikn toman,ikn tu di pancing bulan lepas,letak dlm akuarium 2 kaki,size 2kg je..msa mula2 letak dlm akuarium dia kena kutu air,dah cuci2 semua..skg ni badan dia dah cantik bersih luka pon dah hilang..yg mnjadi mslhnye ikan ni x mau makan la..dr pancing smpai la skrg..susah ht jgk..sy dah beli ubt utk elak stress dan utk bg ikn makan..tp x mau jgk la..tp bila sy dok mengacau dgn jari kt akurium tu mau plk dia dok membantai..letak ank ikan haruan dia x makan p dia kokak smpai putus pastu dia buat dek je..punya la panjang cerita heheh nk Tanya ade ubt lain ke utk bg dia mkn? ke sy salah setup ubat2..akuarium 2kaki,anti klorin 1 1/2 penutup,ubt biru tu sy dh x letak sbb dia dah sihat boleh ke? ubt stress 1 1/2 penutup jgk..campur skali..kalo boleh tolong bgtau setupnye pon kira ok dah.
ReplyDeletelg 1 ikan saya wlupon badan dia dah makin cantik skrg kira Nampak sihat lah..tp ade 1 lg mslh dia kdg2 dok bgesel mcm tgh gatal..ikan menguap x?? ikan sy kdg2 menguap dan tersedak..itu sakit ape plk tu? nk bg ubat ape??
ReplyDeleteklau guna air klorin putih je x yah guna air paip boleh x ?
ReplyDeletemna boleh kena campur dgn air paip jgak..air klorin mampu membunuh antibacteria dalam air paip..klau letak jgak air klorin sahaja tnpa air paip,jawabnya mati la ikan tu..
Deleteklau guna air klorin putih je x yah guna air paip boleh x ?
ReplyDeletesy baru berjinak-jinak dlm dunia ikan ni. semalam sy beli 2 ekor ikan emas, sekor ikan puyu dgn 3 ekor tiger fish. barang2 dia sy cuma beli batu saiz sederhana, pokok plastik, anti klorin, makanan khas goldfish dgn makanan untuk tiger fish. ikan puyu kalau sy bg roti gardenia boleh ke? or ada makanan yg khas untuk dia? semua ikan2 sy ada akuarium sendiri, nak campur takut bergaduh pulak. pagi ni sy tgk sekor tiger fish sy dah mati kt dasar. yg lagi 2 ekor ni sentiasa berenang kat permukaan, kepala atas tp ekor ke bawah. ikan ni stress ke or pH air x sesuai? sebab sy cuma letak 3 titik anti klorin shj. kalau goldfish pula, if sy dah beli water filter, perlu x sy beli pam oksigen? sy risau kalau goldfish x cukup oksigen. boleh bg tips asas penjagaan goldfish dgn barang2 keperluan dia? terima kasih ^_^
ReplyDeleteAdmin blh share tips mcm mn nk jaga ikan kaloi sabah tak?
ReplyDeleteNk taye udang sepit merah kalau letak anti klorin je x ape kan...
ReplyDeleteLagi 1 kalo bela undang x yah guna pam oksigen x ape kan??
udang antara spesis haiwan yang tidak stabil dan memerlukan kandungan oksigen dalam air yang konsisten. Perubahan terlalu mendadak dari sudut teksture air akan menyebabkan udang mati.. jadi nak bela boleh gunakan air yang sikit.. tuka air sekurang-kurangnya seminggu 2 kali..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog ni dh mcm x ade penghuni
ReplyDeleteslm bos.lagu mana nak ilangkan lumut yg hijau2 dalam aquarium?kalau dh cuci aqua,xsampai seminggu,trus berlumut gelap air tu.ada x cara terbaik untuk kekalkan kejernihan air dlam jangka masa lama?
ReplyDeleteUbat anti lumut juga ada dijual... Tapi saya tak pasti keberkesanannya
Deletelagi 1 bro, pastikan jga beli penapis air aquarium yang ada pontensi yang bagus untuk menjernihkan air Dan jangan lupa letak penapis warna putih dibawah dahulu 2 -3 keping bru letak penapis warna hijau..OK good luck
DeleteAssalamualaikum.. kalau masukkan general aid dlam akuarium..adakah bakteria baik akan mati juga?
ReplyDeleteKalo masukkan apa2 jenis ikan dlm akuarium beraiz 7 X 2 kaki dgn air yg telah dijerah & masih mendidih bole ka ?
ReplyDeletemati la ikan kot.. hahaha
DeleteSalam...tumpang tny...ikan lampam perlu pam oksigen x...?
ReplyDeleteIkan sungai biasanya memang perlu.. kerana insangnya yang didesign untuk menangkap oksigen dalam air yang bergerak.
DeleteKalau guna air mineral dlm botol ntuk ikan guppy bley x?
ReplyDeleteboleh
Deleteadmin..plz bg detail sal kaloi..pemakanan die..tumbesaran die..plz admin..minat sgt kat kaloi ni..
ReplyDeleteThanks share pasal benda ni. Info yang sangat berguna untuk orang2 yang baru nak berjinak2 bela ikan.
ReplyDeletesama2..semoga semua mendapat ilmu disini
ReplyDeleteSalam,nak tanya.. Ikan apa yg sesuai diletakkan bersama ikan kelisa,aqua sy saiz 2.5"x1.5"x2.5.. Kesian plak dia seekor je.. Saiz kelisa sy baru panjang 9 inci
ReplyDeleteLetak ikan kaloi atau tiger fish ... contoh ikan klisa besar tapak tangan beli lh yang kecik atau sama saiz dengan ikan tu pandai lh beza sendiri
DeleteBoleh tak bagi tips penjagaan ikan goldfish..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum saya nak tanya. ikan saya tidak aktif dan kerap berenang di permukaan air. apa yang patut saya lakukan?
ReplyDeleteikan yang kerap berenang dipermukaan air menandakan didasarnay penuh dgn nitrit..atau dinaggil air sudah kootor..oksigen dah kurang kat bawah..elok ler tukar air cepat sebelum ikan mati
DeleteInfo yg bermanfaat.thanks bro!
ReplyDeleteSlps msuk ubt anti white spot,tggu pas 3 ari...bgmna dn tu kna tkar lain ker?
ReplyDeleteSlps msuk ubt anti white spot,tggu pas 3 ari...bgmna dn tu kna tkar lain ker?
ReplyDeleteya selepas air dah jernih..ikan pun dah ok..elok tukar air baru
Deletesy guna anti-whitespot pon xberjaya jugak nk selamatkan ikan drpd mati akibat whitespot. elok rsanya asingkan ikan yg dijangkiti.
ReplyDeleteya betul..seeloknya asingkan ikan terkena whitesport dan rawat ikan tu sehingga sembuh..semoga berjaya
DeleteHahahha baru tau aku.. dlu mase mula2 bela ikan aku letak klorin setengah botol dalam aquarium
ReplyDeleteEsok pg encik abng tngok ikan kat dlam dah terapung2 kat atas air..abng tnye sal ikan semue mati..aku jwab ntah..abng nmpak btol klorin tinggal separuh je..abng pandang aku...aku pun sengeh jer.. :)
tahniah..anda dan abg anda sgt romantik
DeleteAktif lg ke onwer blog ni..hehehe
ReplyDeleteSalam nk tny aquadine no 4 utk apa ye.
Dia tulis aquadine gill,fungus,parasite special...blh ke campur skali dgn aquadine no 3 general aid
kalau boleh letak ubat satu2..lepas seminggu letak pulak ubat lain
DeleteSalam..knpa kaloi sy mati..baru semalam bela dah mati..sy letak anti klorin sikit je 2/10 penutup botol..hok guane boh?
ReplyDeletetakziah diucapkan kerana baru kematian ikan yang disanyangi..
Deleteencik amierul..membela ikan didalam akuarium memang nampak senang.. tetapi sebenarnya byk perkara kena lihat jika nak bela ikan ni.. tidak sebegitu mudah yang disangkakan..
sya tidak dpt jawab kenapa ikan anda mati..cuma pada pendapat sya bukn disebabkan klorin..mungkin air yang dimasukkan didak dibiarkan lama dlam akuarium menyebabkan ikan terkejut..atau byk sebbab lain ..mungkin campur dgn spesis lain dan sebagainya..wahlahualam
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAdmin, saya nak tanya,
ReplyDeleteKenapa muncung ikan puyu saya kala merah?
Adakah sebab berlanggar ngan aquarium saya? @ memang kala tu? Huhu mintak pencerahan :)
sungguh rumit masalah ni..
Deletemungkin ikan puyu anda sedang memakai gincu nk ke kenduri kawen..
jawapan sebenar dan mudah.. ikan muncung merah ni samada kena penyakit, langgar dinding akua, kena mata kail atau genetik memang murut merah..
tapi yang biasanya mulut merah sebab langgar dinding akuarium.
ikan y langgar aquarium biasa nya ikan itu lapar,klau xprcaya cba kita pg dekat kedai ikan knapa ikan tu dtg dekat kita secra berkumplan,sbbnya dia dah lapar..OK
DeleteTmpg tnye .. ikan molly perlu pam oksigen tak ?
ReplyDeleteperlu
Deletesalam sahabat,sy nk tnya boleh ker ikan puyu dan ikan oscar hidup dlm aquarium bersama..please help..tq
ReplyDeletesmbngan untuk soalan atas...sy mnggunakn aquarium 3 kaki dan kenapa ikan oscar sy kurang active, adakah ikan oscar ne perlu hidup berpasangan..? skrg sy bela 4 ekor semua warna hitam brcorak oren..
ReplyDeleteikan oscar ni jenis predator..sgt ganas.. makanan yang diberi biasanya ayam.. hati..daging.. semua dibedalnya..sudah semestinya spesis ini tidak sesuai dicampur dengan mana2 ikan.. hatta ikan bandaraya sekalipun nescaya akan mati kena baham
Deleteberkenaan soalan campur dengan ikan puyu tu .. ikan puyu ni spesis yang agak tahan lasak.. sekadar pendapat boleh campur dgn ikan puyu tapi ikan ni akan bergaduh.. puyu tu mungkin amik masa lama nak mati sebab ikan puyu ni kuat...hahaha
ikan oscar ni bukan jenis ikan yang berenang2 laju seperti ikan sungai kelah, lampam dsb.. pergerakkan ikan ni slow sedikit.. nanti ikan oscar ni besar dah xleh bela sekali..kena bela sekor2 je nanti bergaduh... oscar ni mcm piranha bang....
ok..tq
DeleteSalam..blh beri info canister filter aquarium yg mana bagus dibpasaran..
ReplyDeletesunyi jerr
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePower.. tip2 yg power semua.. skarang aku bela flower horn, ikan bandaraya, ikan tiger, ikan elektric blue, ikan selat, & udang sepit merah.. semua dlm 1 akuarium.. semua tak dapat hidup bahagia sebab kena kejar sokmo dgn flower horn.. hahahaha
ReplyDeletenk cantik..asingkan ikan2 ikut jenis
Deletecari akuqrium berasingan
nak bela udang..pastikan ada kayu2 tuk udang bermain.. dan jika ada ikan kecil udang tu akan kepit
Salam saya ade bela ikan flowerhorn tpi dia kena stress cm mane nk wt??
ReplyDeletemcm mana tuan definisikan ikan tuan stress..
Deletestress boleh terjadi disebabkan byk sebab..
antara faktor utama air kotor.. hiasan yang terlalu byk.. ikan yang byk..dan saiz aquarium yang terlalu kecil
Ikan flowerhorn tu saiz dlm 3-4 inci akuarium dlm 2kaki saya x ltk apa2 hiasan dlm akuarium air pn saya bru tuka
DeleteLgi satu ikan flowerhorn tu kerap kena fungus selepas 2-3 minggu saya tuka air mcm mane nk wt? Kena guna general aid tu ke?
ReplyDeleteguna Anti - Whitespot Special...warna biru.. boleh juga rawat fungus
DeleteSalam tuan.. Sy sedang setup akuarium utk Kelah..size aquariu 4x2 berapa ekor ikan sesuain dgn size aqua tu.. Dan kelah bole campur dgn Sebarau
ReplyDeletekesesuaian kalau 4 kaki bergantung kepada saiz kelah..
Deletekelas spesis yang berenang laju.. sesuai dan cantik guna akuq saiz besar.. pada saya 4 kaki saiz dah ok..cuma saiz ikan jgn terlalu besar.
sabarau spises yang sesuai dicampur dgn kelah..saya juga ada bela kelah yang dicampur dgn sebarau..pastikan saiz lebih kurang sama..jika saiz sebarau lebih besar dari kelah dia akan jadi dominan
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSlm tuan...sy der 1akurium 4 kaki,dh setup n letak ikan biase2 ngn kelah..tp pas tkr air baru kelah mcm x ok..lg 1 sy buang air lame bnyk smpi tggl 1/4 jer air lama..sbb tuh ker??
ReplyDeleteair lama memang sepatutnya xboleh buang semua..1/4 pada saya dah ok..cuma mungkin faktor lain..seperti air diletakkan dlam aquarium secara laju..atau ada klorin yang terlalu byk dlm kandungan air tu.. pastikan garam dan anti klorin dimasukkan dlam sukatan yang disarankan..tq
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSlm..boleh tanya?sya bela ikan pacu...tapi sya nampak insang dya bukak tutup besar dan laju sgt......seolah2 susah bernafas apa yg perlu sya buat?
ReplyDeletewkumsalam..
Deletetahniah..ada jugak org berminata bela ikan pacu spesis pirana ni..hehe..
apa yang perlu anda buat adalah tgk je..memang ikan tu sedang bernafas menggunakan insangnya..sebab tu di atutup bukak dgn laju..kadang2 musim jerubu jgk mungkin bg kesan kepada pacu anda..elakkan pembakaran terbuka..
Boleh ke kalau ikan puyu letak dalam air yang tak ditapis.dan ikan puyu boleh campur dengan ikan ape ye
ReplyDeleteSalam bang,suhu brpkah yg sesuai bg ikan kelah2 bahagia??bpkah tahap maksimum suhu mbuatkan ikn bahaya??plzz info😢
ReplyDeleteTumpang tanya..sy sara..sy ade bela ikn laga delta,sy guna air paip yg di smpan slma 3 hari..dn sy cmpurkn dngn air yg dri Ikan laga petshop tu..bleh ke?
ReplyDeleteSalam.. Saya nak tahu kaedah betul ketika nak tukar air aqua. Saya banyak kali dah jadi bila tukar ja, ikan lampam paling cepat mati. Saya tak tahu sama ada anti klorin perlu dimasukkan tanpa ada ikan dalam aqua atau boleh ja bubuh anti klorin walau dalam aqua ada ikan.. Tak ada kesan ka pada ikan jika saya bubuh anti klorin masa ikan ada dalam aqua??? Mohon ajar, letih dah, banyak kali mati ja.. saya tersangat minat memancingdan bela ikan.. walau mati saya tetap akan bela lagi.. beli dan beli, mancing dan mancing..
ReplyDeleteMasa tukar air seelok nya ikan takde dalam aqua atau masa buh klorin tu jangan ada ikan dh bubuh klorin hidupkan oksigen je bukan filter pam tunggu lima minit klorin dh ok baru masukkan ikan .pakai oksigen dulu dh lepas tiga puluh minit baru hidupkan filter pam
DeleteSalam..sy ada kelah liar.. bila letak DLM kolam..dia lompat keluar..padahal dlm kolam tu ada kelah lain yg membesar sejak kecik dlm kolam..soalan sy..camne nak bagi ikan kelah liar ni x lompat?
ReplyDeleteSalam..sy ada kelah liar.. bila letak DLM kolam..dia lompat keluar..padahal dlm kolam tu ada kelah lain yg membesar sejak kecik dlm kolam..soalan sy..camne nak bagi ikan kelah liar ni x lompat?
ReplyDeleteCuba letak dalam aqua yang tertutup dulu jangan gelap jangan terang sederhana je letaklh anti strees agak2 dah seminggu baru campur dengan yang lain..
DeleteTuan, ikan flowerhorn saya kena white spot, pasti Mata jadi mcm ada selaput putih. Dah pakai ubat biru.. 3 hari.. Masih tak hilang
ReplyDeleteCuba try letak garam aquarium untuk ikan jangan guna garam dapur sudah...mungkin dalam air ada bekteria tu
DeleteAssalam admin.. sye bela ikan laga. Ekornya mereput. Nk ltk ubat kuning tu 3 hri sekali ke ltk tiap² hari smpai 3 hri?
ReplyDeleteTerima kasih
Cuba masa tukar air tu jangan guna air paip .guna lh air mata air ke air bertapis ke takyah buh klorin lagi ....ubat kuning tu cuba buh sehari 2titik sampai tiga hari hari keempat ptang tu tukar lh air macam biasa and letaklh garam aquarium satu sudu teh kecik dalam bekas nye tu
DeleteAlhamduLillah!!! Info yg sangat berguna! Terima kasih Admin ��
ReplyDeleteSalam admin. Sy punye kaloi sabah die aktif tapi tk nk makan kenape ye
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan.. ikan guppy sesuai bersama dengan ikan apa ya.. kasi tips sikit
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan.. ikan guppy sesuai bersama dengan ikan apa ya.. kasi tips sikit
ReplyDeleteTuan admin best la sy baca blog ni , dari artikel sampai komen2 dan reply. Saya nak tahu sikit lagi, bagaimana nak pastika ikan yang boleh berkawan dengan ikan lain, dan gaduh skit2 je. Pergi kedai ikan sy tanya mcm mana nk tahu ikan tu boleh berkawan atau x diorang cuma jwb "gaduh" dan "x gaduh" je, heheheh , boleh bantu x tuan
ReplyDeleteJujurnya disini sya bukan admin tpi saya boleh mnjwb soalan anta , senang jer nk thu ikn tu boleh kwn ke xkwn .. Anta tgk kt aquarium kedai ikn tuu kalau adw bnyk ikn dia kwnlaa kalau dia letk block tu xleh laa nk kawann .. Hihi
DeleteJujurnya disini sya bukan admin tpi saya boleh mnjwb soalan anta , senang jer nk thu ikn tu boleh kwn ke xkwn .. Anta tgk kt aquarium kedai ikn tuu kalau adw bnyk ikn dia kwnlaa kalau dia letk block tu xleh laa nk kawann .. Hihi
DeleteAhaahahah, ok la tu jwpnya, tp mcm cichild tu diorang campur tp x gaduh, tu pun confius jgk,skang akhirnya sy bela seluang dn anak udang(ghost shrimp)- anak kap skit, lampam 2 ekor, anak komet sekor, hihihi, singgit je semua, x gaduh, seronok tgk bila diberi pallet
Deleteas'salam, na tye sy ad plihara ikan guppy bru 3 week ps uh da mati knp ? ? sy ad ltk anti-chlorine n hari2 sy tuka air . . .jd sy na tye perlu ke ltk bahan2 yg sis ckp kn td tu contohnye mcm garam ? ? ke hanya untuk ikan hiasan yg besar2 je . . .boleh tlg jelaskn x . . .
ReplyDeleteDulu2 prnah jdi pda sy sbb tukar air hari2 lebih 50% dan airnya temp cecah 35'C sbb filter air kt luar kne cahaya panas matahari, pastu masuk klorin hari2, smpi keracunan klorin, xsmpt ikan tu nk stable dgn air yg ada, huhuhu
Deletesy bela ikan gapi sekor jantan 2 ekor betina dlm bekas besar letak pokok keladi bunting,sy amik kt tepi parit di kmpg..letak dlm pasu pon boleh..before masukkan pokok tu kene basuh kit akarnye sbb siput air tu suka dok kt akar ,nnti kang beranak pinak siput tu..sy xde guna filter..biasanya air sy akan tukar sebulan sekali je..jgn buang semua air tu,just buang separuh je then ..klw mcm sy buh air masak (tpi bkn yg panas panas tu mampuih ikan kang)..itu cara sy tukar air..now ikan beranak pinak..suka tgk diorg berenang renang di permukaan air..mgkin ikan2 suka nature yg ada pokok hidup mcm konsep ikan dlm parit
DeleteAlkisahnyaa blog ni pendek ajee tpii pnjngnya disbbkn oleh comment .. Antra fktor admin xbls comment anda mungkin disbbkn soalan berulng ... Almklumlahh blog ni dri 2014 lg deyy
ReplyDeleteAdmin kluar la..... huhu yg soalan berulang tu suru bca komen ats ja... klu mls xdpt ilmu la... admin atau yg lain2 mcm mn kmu setup charcoal, bio seramik , bio filter ball, bole letak dasar aquarium ka? Sebab letak sekali dalm filter xmuat...mcm bio ceramic ni mcm ok ja buat deco dlm aqurium.. hehe.. mntak kongsi pndpt kmu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBos nak tanya boleh ke kacuk Molly dengan gappy...hehehe
ReplyDeleteAssalam bro,nak tanya,ada jugak ubat yg mempercepatkan tumbesaran ikan,betul ke klu kita letakkan ubat tu ikan akan cepat membesar
ReplyDeleteAssalamuaalaikum bro...tmpang tnya skit ni...ikan emas sya krap brenang d prmukaan bwh sbab apa ya?? air bru tkaq hrini anti klorin dan garam dh d letakkan scukupnya...saiz akuarium sya 2.5ft ayaq 3/4 pnoh ikan nmpak dlm keaadaan shat berenang trgedek2 dan pnas sperti biasa tiada white spot dn sbagainya...ikan ada 6 ekor... cma x mau main blah ats sja..ka ayaq tu bnyak sngat...lmbat reply pon x pa na sya x ksah pon cma nk tmbah pngalaman skit ja kot klau jdi lgi bnda ni...thankss..
ReplyDeleteKlau tambah anti klorin kena tingal 1 mlm baru masukkan ikan ke boleh letak ikan terus.???
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteKlw sy biarkan dulu air tu dlm 1-2 hari .barulah masukkan ikan kemudian
DeleteKalau aquadine white spot campur dgn aquadine gill fungus parasite special boleh x...sebab asal aquarium saya pakai whitespot...
ReplyDeleteInfo yg menarik... Kira byk lg yg x beli lg cuma letak anti chlorine je tp ikan dah masuk.. Sy bela guppy kiranya brng2 yg d sebutkn d ats tu sesuai la kan untuk guppy
ReplyDeletebyk info kat sini..sy kne cari ubat whitespot la mcm ni sbb ikan kap dah kne serangan selaput kat mata..ikan yg sy bela serasi bkawan antaranya kap+goldfish+guppy+anak2 ikan kecil. tp guppy yg kecik like ank2 dia malang skit jd mknn diorg..letak 20ekor ank guppy dlm satu akuarium esok bgun ghaib xde jejak..so nk letak biar sama saiz.kap dgn goldfish dtg dr kluarga yg sama klau xsalah sy.
ReplyDeletePam ape yang sesuai dengan neon tetra dan molly? Sya guna pam biasa tapi ikan molly kerap mati adakah pam itu terlalu kuat?
ReplyDeleteBoss macam mana saya nk dapat semua benda ni..dekat saya susah nk jumpa semua ni..
ReplyDeleteSalam...baru nak belajar bela ikan..skrg ni bela ikan guppy..asik kojol je ikan2 ni..Alhamdulillah jumpa blog ni..tq admin byk info yg menarik n berguna..sesetgh komen kelakau plak tu..terhibur den
ReplyDeleteAdmin, air tangki rumah tak brp bagus kualiti..maklum le duduk umah flat..so, air tak jernih..tak best plak tgk ikan tu..bole ke kalau saya letak air mineral water? Perlu ke diletak anti klorin dulu, biarkan selama sehari br letak ikan?
Ada letak pam n filter tp knp yek box tu panas? Normal ke..takot la plak..kang tebakau ke..kehkeh..mohon jawab ye..tq admin
Assalamualaikum....kalau pakai air tapis di dapur tu untuk ikan Molly n guppy boleh x???
ReplyDeleteBoleh
DeleteJasa anda amat diperlukan
ReplyDeleteSelamat petang. Nak tnya, ikan kaloi, ikan Belida dan ikan kelisa boleh tak d cmpurkan dalam 1 akuarium??tq
ReplyDeleteLetak anti klorin boleh terus letak ikan atau kena biar air tu sehari semalam dulu ..
ReplyDeleteUntuk lobster air tawar boleh guna tak garam tu
ReplyDeleteTerbaik la tuan punya page..bnyk info berguna
ReplyDeleteAde sape sape bela ikan mpk tak?
ReplyDelete