Pages

Ads

Friday 11 May 2012

TEMOLEH OH TEMOLEH - siri 3

Assalamualaikum semua..

aku mulakan  kisah Temoleh ni dengan situasi beredar pulang dari kedai ikan ..
Sampai  di rumah aku terus  lepaskan 2 ekor Temoleh tadi  ke dalam aquarium aku..

Wow !! Terkejut beruk aku tgk muka kedua-dua ekor ikan ni...
Pada ketika tu rumus matematik pakcik kedai tu 
'' amik sekor pun harga RM 30 , amik 2 ekor pun RM 30'') terus berlegar dipikiran aku..haha

Baru aku faham..rumus tersebut adalah benar dan sesuai diaplikasikan jika mahu menjual ikan yang sakit supaya pelanggan terus membelinya...hehe..(istilah lain-->  mau duit, tamau stok)

 Sekor Temoleh (aku namakan Temoleh ke-2) dibahagian hidungnya rongak....mengerikan.. bahagian hidung bersambung dengan mulut..

Sekor lagi (aku namakan Temoleh ke-3) pulak bibir mulut pecah. macam keadaan pesakit kanser mulut dalam iklan bahaya merokok dalam tv tu (dont break's your mother's heart)..

Aku tak sangka aku secuai tu.. tak tgk betul-betul sebelum membeli..
Tapi aku tak salahkan pakcik kedai tu..sebab tu semua salah aku.. gelojoh sangat!

Aku kembali berfikiran positif..mungkin ni lah jodoh ikan ni nak tinggal dengan aku..Aku terima seadanya..Pasrah..
 Aku terus masukkan Ubat Kuning iaitu ubat luka (tgk balik post sebelum ni aku dah tulis pasal ubat ni) dengan harapan ikan ni cepat sembuh..

selang 15 minit,tiba-tiba  bini aku muncul bersama anak aku yang baru saja lepas mandi...
 anak aku menjerit..'ibu..ibu.. fish besar!!... fish besar dalam korium..'
tak sangka lak dia boleh perasan..  memang hebat la dia..baru 2 tahun dah boleh tau hobi ayah dia suka beli ikan...baru je nak sorok dengan bini beli ikan, dah dikantoikan oleh anak sendiri...hehe

Bini aku jugak agak terkejut tgk muka ikan Temoleh ni. Dia pun terus  tanya harga ...hehe .
Time tu aku dah mula rasa bersalah..(bukan takut bini ye). Nak cakap RM30 rasa mahal lak.  Tak berbaloi dengan  muka ikan yang menakutkan dengan harga RM30...dan kalau aku berkata benar, itu boleh menjatuhkan kredebiliti aku menunjukkan kecuaian dan kelemahan aku..hehe

Aku  dengan yakin bagitau dan buat-buat tak bersalah memberi alasan...

'pakcik kedai tu bagi free je sebab selalu p kat kedai dia tgk ikan...ada ikan sakit, so dia bagi  free je'...

bini aku tak banyak cakap..dia terus percaya.. tapi sempat lagi dia bagi 1 ayat 'baik sungguh pakcik tu yer' ... terdengar ayat tu, aku terus rasa bersalah.. ayat perli tu beb! menusuk kalbu...haha


Adakah alasan yang aku bagi pada bini aku ni dikira sebagai TIPU SUNAT ??...
 ehh...Pernah ke korang dengar pasal tipu sunat?
benarkah wujud istilah tipu sunat ni??
aku cuba kupaskan serba sedikit pasal tipu sunat ni yang aku tahu...

semua dah tau,  berbohong (cakap menipu) adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam dan ia dianggap sebagai satu amalan yang berdosa..
aku tak pasti tipu sunat ni wujud atau tidak..
mungkin masyarakat melayu kita cuba buat satu jenaka dengan mewujudkan perkataan tipu sunat....
tapi tu bukan persoalan utama yang nak didebatkan disini.....
aku cuma nak kogsi pengalaman apa yang aku dengar pasal tipu sunat ni..

  aku  pernah dengar  kuliah disurau kat taman aku..dah lama aku dengar, dah tak ingat kuliah subuh atau kuliah lepas magrib...
tapi Ustaz ni cakap ada 2 situasi yang di haruskan untuk kita 'tidak bercakap benar'.. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------
SITUASI 1

Ada 2 orang yang saling membenci antara satu sama  lain
cth :  John dan Bob (bukan nama sebenar)...dan korang sebagai orang ke-3

bila korang jumpa John,...John  akan mengutuk tahap cipan mengenai si Bob.
bila korang g  jumpa Bob, Bob tanya korang...John kutuk dia tak??...

pada masa inilah...diharuskan korang 'tidak bercakap benar' dengan mengatakan Si John banyak memuji Si Bob atau mengatakan John tidak menghina langsung si Bob..

berdasarkan situasi  ni , 'tidak bercakap benar' diharuskan bila dalam situasi untuk menjaga silaturrahim.. Nabi juga  melarang kita bergaduh, berkelahi, bermasam muka,  dan bertengkaq sesama sendiri sehingga boleh kearah  mencederakan, membunuh dan seterusnya melemahkan perpaduan ummah.

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah memberitahu bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda;

“Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik,” – Riwayat Imam Bukhari (sahih)

---------------------------------------------------------------------------------------------------
SITUASI 2

Ali  (bukan nama sebenar) sedang berehat dan bersandar dibawah pokok ...

 Tiba-tiba datang seorang lelaki dan bagitau Ali  yang dia sedang  dikejar oleh penjahat yang nak membunuhnya....lelaki tu pun terus panjat pokok tempat Ali bersandar tu...

Apabila penjahat tu sampai, si Penjahat tanya kepada Ali nampak tak ada lelaki lari disitu...maka pada ketika ni Ali dah diharuskan untuk 'tidak bercakap benar'terhadap si Penjahat itu..

Situasi ini jelas menunjukkan 'tidak bercakap benar' boleh bila dalam keadaan tuk menyelamatkan nyawa seseorang...

tapi jgn pulak kalau si pencopet sembunyi belakang kita dan polis tanya kita dan kita kata tak nampak pulak...hehehe .. bertindaklah mengikut situasi yang sesuai !! ..

---------------------------------------------------------------------------------------------------
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

2 situasi ni diceritakan oleh ustaz tu dan aku tulis lebih kurang  la  apa yang cuba dia nak sampaikan.. semoga menjadi panduan kita semua..

berdasarkan kepada 2 situasi diatas, didapati situasi aku tipu bini aku tadi  dikira bukan tipu sunat la kan.. harap-harap lepas siap entry ni bini aku dapat baca dan dapat maafkan aku..hehe

Aku tak mau kelirukan semua samada istilah TIPU SUNAT ni wujud atau tidak ...
 sebab tu lah  aku gunakan perkataan 'tidak bercakap benar' dalam penceritaan situasi 1 dan 2 diatas.

kalau ada sesiapa yang lebih tinggi ilmunya pasal tipu sunat ni boleh la tambah dan bantu aku bagi komen dibawah nanti...ilmu hamba tidak tinggi dong....Wallahualam

---------------------------------------------------------------------------------------------------
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
kita kembali ke cerita Temoleh tadi...
selama 1 bulan aku melakukan rawatan tanpa jemu kepada  2 ekor temoleh tu,..

 aku dapati Temoleh ke-2 (hidung rongak) tu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh..
 aku tgk, pelet yang dimakan ikut mulut akan keluar balik ikut hidung...
aku terus pindahkan ke kolam diluar rumah sebab tak sanggup untuk tgk penderitaan yang dialaminya...
sedih wooo..kesian!!
.. tapi sekarang dah lama aku tak nampak kelibat ikan temoleh ke-2 aku ni..
mungkin dah hilang atau lompat keluar..Wallahualam

Kisah Temoleh ke-3 (mulut pecah) ni pula lain pula ceritanya..
Alhamdulillah berjaya sembuh sepenuhnya..
mulut yang pecah kembali normal seolah-olah dah buat pembedahan plastik..
sampai hari ini, Temoleh Ke-3 ni antara ikan yang paling aku sayang..susah oo nak rawat dia (masuk ubat kuning saja..hehe)..

kat bawah ni aku postkan gambar aksi  Temoleh ke-3 aku ..
dia malu sikit..macam tuannya jugak..nak tangkap gambar pun susah..
banyak dugaan aku hadapi masa nak tangkap gambar nih...  hehe



 Ikan Temoleh Aku yang dah sihat



cantik tak ???
 ni la ikan Temoleh yang satu-satunya masih hidup daripada  3 ekor Ikan Temoleh yang  aku pernah beli...
setakat ni sahaja kisah pasal ikan Temoleh yang dapat aku kongsikan..
Harapan aku suatu hari nanti semoga Ikan Temoleh yang aku sayang ni bertukar menjadi Ikan Temelian...Insyaallah..


--TAMMAT--


~ ke|ah biru





Sumber :
- Hadis diambil dari website:  http://www.suarapeople.com/

Thursday 10 May 2012

TAMAN MINI DEPAN RUMAH


 

“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [Surah ar-Rum (30): 41].

Menurut Imam Jalalain dan Imam Ibnu Katsir dalam menafsirkan bimâ kasabat aydînnâ (akibat perbuatan tangan manusia...) adalah perbuatan-perbuatan maksiat/kerosakan. Ertinya, pelbagai kerosakan di darat dan di laut yang menimpa manusia adalah akibat kemaksiatan/kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Memang terkadang manusia hari ini terlampau dengan maksiat yang melanda.
Rujukan : Http://http:www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/197-sn001-muhasabah-untuk-umat-islam-antara-bencana-musibah-dan-azab

Namun post kali ini berkisar tentang kerosakan muka bumi akibat pencemaran yang dilakukan oleh Manusia. Sebenarnya sejak kebelakangan ni rasa cuaca terlalu panas pada waktu malam. Korang semua rasa tak? Mungkin memang musim panas pada bulan mei hingga oktober sebab matahari berada pada garisan khatulistiwa katanya. Tapi seingat aku dulu masa aku bersekolah rendah cuaca memang sangat sejuk terutama waktu pagi nak sembahyang subuh. Air sejuk hingga mandi pada waktu pagi merupakan perkara yang paling liat untuk aku lakukan. Sejuk sampai ketulang.

Kemudian aku sempat juga berborak dengan seorang rakan pakcik aku yang bercerita tentang perubahan cuaca yang terlalu mendadak. "Dulu orang yang beli kereta baru tak mahu pakai aircord pada kereta sebab nak memastikan kereta mereka lebih cepat pickup "laju la dengan kata lain". Tapi sekarang nih Aircord memang bukan pilihan tetapi satu kewajipan. Cuaca pada meter kereta pada waktu tengah hari terik boleh sampai ke 37 darjah celcius. Panas tu yer.

Sebenar kalau aku memberi perubahan pada dunia dengan post aku yang simple dan pendek ni mungkin korang akan nampak mustahil. Tapi, yang aku nak bagitau adalah sumbangan kecil yang kita boleh lakukan untuk melakukan perubahan pada cuaca kita. Aku menyumbangkan pokok busida dan pokok pine yang aku beli dari nurseri untuk ditanam di kawasan perumahan aku. Aku dah jaga pokok-pokok nih dekat setahun dah nih. Kemudian aku nak beli pokok lain pula untuk di tanam ke dalam pasu bunga ku. Aku rasa rakan lain juga boleh membuat demikian. Nanti bila anak aku dah besar bolehlah ku katakan pokok ini dulu babah beli selang beberapa bulan selepas ko lahir. Tengok sekarang dah besar. Ada juga sumbangan aku untuk menyelamatkan Alam Sekitar kita.

Aku dan Kelah biru dah melakukan sumbangan, Anda bila lagi!???

Menurut statistik, kita perlukan 7 juta pokok di Malaysia untuk menstabilkan semula cuaca seperti yang telah lepas.
1. Ni statistik yang aku jumpa pasal pencemaran yang dilakukan oleh kita manusia seluruh dunia :
2. Setiap tahun terdapat 250 million kes yang berkaitan penyakit berjangkit melalui air tercemar. Menyebabkan antara 5 -10 million orang mati setiap tahun.
3. Eksoz kenderaan secara puratanya menyumbang kepada 60% karbon monoksida seluruh dunia. Dan di kawasan bandar sehingga 95%.
4. Secara purata lebih 80% barangan di tapak pembuangan sampah boleh dikitar semula, tetapi tidak dilakukan.

~ a|am hijau

Wednesday 9 May 2012

TEMOLEH OH TEMOLEH - siri 2


Kisah diteruskan dengan terjebaknya aku untuk memiliki ikan temoleh yang ke-2 dan ke-3..

Di sekitar Paya Jaras, Sg. Buloh ada sebuah kedai kampung yang aku selalu singgah setiap kali balik dari kerja.. selalu singgah bukan beli pun..sekadar cuci mata..sampaikan tauke kedai,bini tauke kedai dan anak tauke kedai pun dah boring tgk muka aku agaknya..kedai ni diperkenalkan oleh rakan  aku a|am hijau. 

Tah macam mana, hari tu ada stok ikan baru yang datang dari Ipoh.. aku tgk ada 2 ekor Temoleh...wow...besar bagak..!! ada dalam 20 cm panjang.. dalam fikiran aku kalau 10cm pun dah 10 ringgit, ni 2 kali ganda.. mesti harganya lagi mahal..

Tah macam mana, rezki aku...sedang aku duk tgk ikan tu, pakcik kedai (tauke kedai) dalam lingkungan umur 60-an datang dan terus offer aku.. ''amik la nak, pakcik offer 2 ekor tu RM 30 saja''..

peh..rezki  tue.... aku terus cakap nak sekor je.. pakcik tu pun cakap  balik ''amik sekor pun harga RM30 , amik 2 ekor pun RM 30'' .. aku pun tersenyum.. dalam kepala aku duk pk apa punya hukum matematik la pakcik ni pakai..pelik2..

Tanpa berfikir panjang tentang formula matematik ciptaan pakcik tu kira harga ikannya, aku terus rembat la 2 ekor ikan temoleh ni dan mintak dibungkuskan...sebelum balik sempat jugak aku beborak pasal  Temoleh ni.

Menurut pakcik sitauke kedai ni, Temoleh adalah Spesis yang dah  jarang dijumpai..dulu banyak..tapi skg makin pupus. 

Aku tanya pakcik tu kenapa kalau ikan temoleh kecik rupanya tak sama dengan temoleh dewasa..
Pakcik tu bgtau yang Ikan ini semasa kecil dipanggil IKAN TEMOLEH tetapi bila saiznya jadi sangat besar ia dikenali dengan nama IKAN TEMELIAN.

Wah... hebat jugak pakcik ni ..Banyak ilmu...mana dia tahu pun aku tak pasti..mungkin dia selalu tgk National Geographic kot..hehe..Kehebatan pakcik ni makin terserlah bila di bagitau aku yang Ikan ini banyak tinggal kat sungai yang besar  macam kat sungai Pahang. Kalau kat sungai Buloh ni belum pasti lagi ada ...hehe..

Menurut beliau lagi tempat yang masih ada ikan ni selain sungai pahang adalah sungai perak dan jugak kat kuala kangsar..info lain ikan ni kalau x silap setaun sekali ja dia membiak...masa dia membiak tu orang panggil musim menghempas...dia akan wat bunyi bising kat pemukaan air..yang betina akan hempas badan dia kat pemukaan air...

camtu la sedikit sebanyak, lebih kurang penerangan pakcik tu kat aku yang membuatkan aku terus respek kat dia .. Mungkin pengetahuan tu datang daripada pengalaman hidup... dan dengan pengalaman itulah dia bertekad untuk membuka kedai menjual ikan hiasan yang berjaya dan disegani (agakkan aku sahaja..hehe)

sentuh sedikit berkenaan dengan ilmu @ pengetahuan...

kita kena sentiasa mencari ilmu..
Ilmu aku, ilmu pakcik tauke kedai,Ilmu ikan Temoleh dan ilmu anda pembaca blog ni (kalau ada la hehe) semuanya adalah terbatas.
Dan orang yang mempunyai ilmu mestilah mengamalkan ilmunya..

Contoh yang mudah kita tgk zaman sekarang..Banyak kes-kes gejala sosial dan maksiat berlaku dikalangan pelajar kolej dan universiti.

Mereka yang berkecimpung dalam hal-hal yang negatif  ini bukan taktau dosa pahala..halal haram... semuanye bijak2 belake (sebut gaya ustaz Azhar Idrus)

Cuma ni lah dikatakan diorang dah mengaplikasikan konsep aku katakan tadi berilmu tapi tidak beramal dengan ilmu yang dimiliki ..atau dengan peribahasa yang dah selalu kita dengar sejak kita kecik.. ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbunga berbuah...

 dan jika kita berilmu dan bijak, janganlah sesekali kita menyombong diri dan angkuh kerana ilmu itu semuanya datangnya daripada Allah s.w.t..kalau Allah nak tarik balik sekejap saja boleh lenyap ilmu yang kita ada tu..

 sebelum aku tamatkan post pasal temoleh ni  aku nak kongsi Firman Allah s.w.t berkenaan dengan ilmu untuk kita  sama-sama fahami dan hayati..

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)  : (Az-Zumar 39:49)

.....semoga kita sama-sama menjadi orang yang besyukur dengan ilmu pengetahuan yang kita ada kerana  pengetahuan itu adalah suatu nikmat yang tidak ternilai harganya.


Kisah ikan temoleh ni belum berakhir disini.. jumpa lagi  di siri yang ke-3 ikan Temoleh.. dalam siri ini akan aku bagitau  rahsia sebenar rumus perkiraan matematik pakcik tu..ingat lagi ???
 '' amik sekor pun harga RM 30 , amik 2 ekor pun RM 30''


Moral : Don't judge a book by its cover.. Hormati Warga Tua.. Mereka Aset Berharga!!


~ ke|ah biru




Sumber :

-  Pengalaman dan pengetahuan pakcik Tauke Kedai  ikan Hiasan ,Paya Jaras Sg. Buloh..
- Pict Ikan Temoleh from: hahasale.com

TEMOLEH OH TEMOLEH - siri 1

IKAN TEMOLEH @ TEMELIAN @ (Probarbus jullieni)



Ikan seterusnya untuk aku kongsi adalah ikan Temoleh.. Ikan ini antara ikan koleksi yang ada dalam aquarium aku.. Ikan Temoleh ni unik.. semua ikan aku unik2 belaka. Setakat ni dah 3 ekor aku beli dan yang masih hidup hanya 1 ekor..

Ikan yang pertama aku beli adalah sepanjang 10 cm..ikan ni antara ikan pertama yang  aku beli  selepas mula-mula beli aquarium. Masa tu harga RM 10.00 sekor.. aku yang boleh terpengaruh tuk beli ikan ni disebabkan oleh model ikan temoleh yang sangat besar dibela dalam aquarium kat kedai ikan..

Tokey kedai pun meng api2kan aku.. ''ini ikan manyak cantik..you beli ini ikan kecik nanti besat selupa itu besar ma...' ' Teruja dengan kecantikan ikan ditambah dengan kata-kata motivasi tauke kedai tu  terus aku beli sekor..

Untuk pengetahuan semua, ikan temoleh 10cm yang aku beli ni sebenarnya berbeza sedikit dengan temoleh besar tu.. Ikan temoleh kecil ni dari segi rupa paras, raut muka, saiz mulutnya agak kurang cantik (huduh sungguh) jika dibandingkan dengan ikan temoleh yang dah besar. mulut ikan temoleh kecil ni agak besar.. dan muncung kedepan..pastu kepala besar, dan badan kecik ..sebijik macam berudu...hehe

Masalah yang dihadapi bila bela ikan temoleh kecik ni adalah susah nak  bagi dia makan.. aku bagi makan pelet, yang terapung dan ikan-ikan lain akan menyambar.. ikan temoleh ni cuma makan saki baki pellet yang jatuh kebawah sebab bentuk mulut ikan temoleh ni menghala kebawah.. ''pelik sungguh ..dah la huduh.." dalam hati aku berkata demikian..

kemudian ketika aku asyik melihat kepelikkan mulut ikan temoleh ni didalam aquarium, tiba-tiba timbul dalam pemikiran aku betapa unik dan penuh hikmah mengapa mulut ikan temoleh kecik ni dijadikan menghala kebawah... aku tgk, setiap sisa makanan yang jatuh ikan temoleh ni akan kutip makan...kira macam tukang pembersih makanan la lebih kurang ..

Fungsi ikan temoleh sebenarnya adalah membersihkan makanan ikan lain yang tak abis dimakan... kebaikkannya aquarium aku akan bersih dan air tidak akan tercemar ..

Timbul kekesalan dalam diri aku pada ketika tu.. Kenapa aku mengutuk kepelikkan makhluk ciptaan Allah yang aku sendiri pun tak tahu apa hikmah disebalik kejadiannya.. Allah ciptakan makhluknya berbeza-beza.. setiap yang berbeza itu mungkin hodoh dan x cantik pada pandangan mata kita...tetapi ada fungsinya

...Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana .. .

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

.... kenapa aku harus pertikaikan mulut ikan temoleh yang muncung kebawah ni sedangkan aku juga makhluk Ciptaan allah yang banyak kelemahan dan kekurangan..Maafkan aku ikan Temoleh.. Maafkan aku Ya Allah..

Keunikan ikan temoleh ni antaranya ada jalur-jalur belang dibadannya. Ini Memang unik dan aku suka.. Temoleh seolah-olah memakai jersi belang Queen Park Ranger (QPR) ..tapi takda la cop lotto dan lambang Malaysia Airlines...hehe


Hampir setahun aku memelihara ikan temoleh yang kecik tu dengan sabar tapi tak juga membesar.. akhirnya aku mengambil keputusan untuk memindahkan ikan temoleh kecik tu ke dalam kolam diluar rumah aku..

Harapan aku supaya temoleh kecik ni akan cepat membesar dalam habitat barunya..tapi 2 minggu sahaja umurnya dikolam tu..sebab aku terjumpa mayat ikan tu terdampar ditepi pokok bunga aku..kesian..mungkin dia melompat kegirangan kerana berpindah ke rumah baru sehingga terkeluar dari kolam..


ok sampai sini dulu..siri Temoleh akan bersambung pada siri ke-2.. kisah bagaimana Aku terjebak membeli Temoleh Ke-2 dan Ke-3...tungguu...!


Moral : Kecantikan itu bersifat sementara..setiap insan punya kekurangan..gunakan kelebihan yang ada sebaik mungkin untuk mengatasi segala  kekurangan itu.


~ ke|ah biru




sumber :
 - Nama saintifik ikan temoleh from: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Temoleh
- Pict. Jersi QPR from:  melayukini.net
- Pict Ikan Temoleh from: hahasale.com

PERALATAN ASAS UNTUK PEMELIHARAAN IKAN AQUARIUM


Assalamualaikum..kali ni aku nak berkongsi peralatan dan ubatan  yang perlu korang ada sebelum memelihara ikan hiasan dalam aquarium..selain daripada aquarium, filter, pam, lampu, batu, makanan ikan dll, 4 barang  diatas ni kira paling asas la perlu dibeli ..kalau korang nak jimat jugak tanak beli lebih baik pergi tgk ikan dalam aquarium kat kedai ikan atau lagi baik korang tgk ikan berenang kat youtube saja...hehe..  bukan marah tapi 4 ubat ni sangat penting untuk elakkan ikan korang pendek umurr...hehe

1 ) Air biru ni sebenarnya Anti - Klorin bukan air nila ye. Ada macam- macam saiz botol..tapi aku suka yang saiz besar camni.. baru RM 5.00.. ada botol kecik tu sebotol RM 1.00..dan anti-klorin pilihan aku adalah yang bewarna biru camni.. warna putih pun ada..tapi bagi aku warna biru ni lagi cun air bila dicampurkan..Korang tau apa fungsi anti-klorin?

aku yakin semua dah tau..tapi yang belum tau ni aku cerita seket..Anti-klorin ni kira wajib la kalau kita guna air paip kat umah.. sebab air paip kat umah dah ada klorin..so untuk melawan klorin tersebut, kena la yang tak suka pada klorin..namanya anti-klorin...hehe. kemasukkan anti-klorin mampu meneutralkan air iaitu menghilangkan klorin yang ada dalam air.. klorin ni tak bagus tuk ikan hidup.. disamping boleh tinggikan pH air, klorin jugak boleh menjadi racun kepada ikan...

Kalau nak g beli jgn tersilap pulak cakap.. aku dulu masa awal-awal pelihara ikan g kedai cari anti-klorin...dengan bangganya aku tanya tokey kedai.. '' mau beli klorin 1 botol tokey..'' apa mau beli klorin? tanya si tokey kedai buat-buat taktahu.. oooo itu anti-klorin ma...kahkahkah.. malu jugak aku time tu..tapi tebalkan muka saja la..sejak dari hari tu aku dah tak p kekedai tu.. hehe

kuantiti sukatan yang sesuai untuk masukkan dalam aquarium ada diberi dekat label botol.. biasanya kalau aquarium 4 kaki, guna 3 penutup besar ni dah cukup.. tapi kalau  botol kecik yang seringgit tu kena la letak 5 - 6 penutup.. jgn terlalu banyak sangat.. untuk letak air kali pertama memang kena letak  banyak sedikit.. bila korang tukar air, air dalam aquarium dah tinggal 3/4 so just letak sedikit sahaja sebab air tu sudah ada anti - klorin yang lama.


2) Seterusnya ramuan dalam aquarium korang yang perlu ada adalah benda disebelah ni iaitu Garam..  Buat pengetahuan semua, walaupun namanya garam, kita tak boleh letakkan garam didapur kedalam aquarium kerana garam dapur (guna tuk masak dan kadang kala cicah buah pelam putik) tidak sama dengan garam yang dikhaskan untuk ikan... 

Ada jugak dengar cerita sahabat aku yang terlupa membeli garam ikan. dia terus letak garam dapur... dan kesannya ikannya tidak panjang umur...sudah sampai ajal la tu.. macam kita juga manusia...kadang kala kita terlalu sibuk mengejar dunia sehinggakan terlupa yang setiap hari ajal kita semakin menghampiri kita. dan apabila ajal datang, kita tidak boleh lari daripadanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah Taala Yang bermaksud:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."

(Surah Al-A'raf: ayat 34)

Kita kembali ke bab garam tadi.. Unsur garam ikan adalah garam NaCl. Kandungan nya adalah NaCl sahaja manakala garam dapur terdapat unsur-unsur tambahan yang diperkayakan untuk keperluan manusia contohnya seperti Iodium dan bahan lain. 

Fungsi garam ikan ni adalah seperti ubat. Garam boleh membunuh bakteria dan parasit yang ada dalam aquarium. Biasanya setiap kali tukar air, kombinasi garam dan anti-klorin sememangnya wajib dimasukkan. Kuantiti garam juga boleh diletakkan 3 sudu teh besar untuk aquarium 4 kaki.. Tapi  jangan terletak berlebihan sebab boleh sebabkan ikan mengalami dehidrasi..

Kadang-kadang kalau aku tak tukar air selama sebulan sebab warna air masih jernih(kadang2 malas), aku akan masukkan jugak 3 sudu garam ni untuk membunuh bakteria dan seolah-olah aku memberikan obat kuat kepada ikan aku untuk terus hidup..hehe..1 lagi tips nak tahu air aquarium anda patut ditukar atau tidak ialah dengan tgk kedudukan ikan anda. jika ikan asyik berenang dibahagian atas sahaja itu menandakan air anda sudah kotor. Ini kerana bahagian dasar aquarium sudah dipenuhi dengan bahan toksid @ nitrit  yang kita mungkin tidak nampak dengan padangan mata kasar.. kalau air kotor jugak ikan akan memberontak dan menjadi stress.. berkemungkinan ikan akan melompat keluar..

harga untuk garam ikan dalam gambar ni cuma RM 4.00 bersaiz besar. dan ada dalam 3 warna yang aku tau... biru , sedikit hijau dan putih.. dan garam yang menjadi kegemaran ikan aku adalah warna biru atau hijau..


Penyakit WHITESPOT

Penyakit ikan yang selalu dihidapi oleh ikan adalah Whitespot. Penyakit ni paling umum disebabkan oleh parasit lchthyophthirius muflilis. Penyakit whitespot ni bayak kali jugak serang ikan aku..Parasit ni bertindak dengan merosakkan sistem pernafasan ikan iaitu insang dan kulit..lama kelamaan ikan itu akan mati..

kalau tengok betul-betul whitespot ni seakan-akan panau pada badan manusia. kalau manusia ada panau boleh gunakan panausalap cak kaki tiga. tapi kalau menyerang pada ikan kita kena guna satu lagi ubat..

3) Ubat yang dimaksudkan tu adalah Anti - Whitespot Special.
 ubat ni bewarna biru. Harganya tidak mahal. hanya RM 1.50 sahaja. sesiapa pun mampu untuk memilikinya.. Lebih murah dari ubat panausalap cak kaki tiga..heheh..

cara guna mudah sahaja.. tuang dalam penutup dan tuang kedalam aquarium.. sukatan dalam 2 tudung untuk aquarium 3 kaki.

selepas dicampur dengan air aquarium, tgk perubahan pada ikan 3 hari. jika whitespot belum hilang, tambah lagi. 

Langkah seeloknya jika ikan korang diserang Whitespot adalah dengan memisahkan dengan ikan sihat yang lain.. macam aku, aku tak pisahkan..aku nak ikan aku sama - sama menghadapi kesusahan yang dialami oleh rakan mereka.. macam kita jugak manusia ni...

kawan ketika senang, ketika gumbira...ramai, tapi ketika kita susah..nak cari seorang pun susah....tapi aku lain, alhamdulillah setakat ni kawan yang sama-sama dalam kesusahan ramai... anda pula bagaimana???


4) Dan ubat yang terakhir adalah General AID Special. Ubat ni berfungsi untuk merawat ikan-ikan yang luka seperti mulut terlanggar dinding, sisik tercabut, ekor kena gigit, bergaduh, luka akibat terkena pisau  dan sebagainya..

aku selalu guna jugak ubat ni bila tgk ikan aku luka. ubat ni sama fungsi macam iodin la.. tapi jgn pulak letak iodin ye akram.. 

kuantiti nak guna sama macam ubat biru tadi jugak..uang dalam penutup dan tuang kedalam aquarium.. sukatan dalam 2 tudung untuk aquarium 3 kaki..
harga ubat ni juga serendah RM 1.50 sahaja.

ikan Jelawat  aku sirip dia terkoyak. aku pun letak la obat ni.. dalam masa 5 hari aku lihat sirip dia yang koyak tadi mula kembali tercantum.. Mungkin secara kebetulan.. Tapi aku yakin yang menyembuhkannya adalah Allah S.w.t.. 

ada orang tanya aku...(cewahh macam pakar pulak)  boleh atau tidak, ubat whitespot dicampur dengan ubat kuning ni diletak pada masa yang sama dalam aquarium... Jawapannya mudah saja.. konsep kita nak rawat lagi baik rawat satu penyakit dulu..aku selalu letak ubat biru 3 hari...then baru letak ubat kuning dan biar selama 3 hari.. penah jugak aku hantam letak ubat tu 2 sekali...tapi nasib baik ikan aku x mati... kalau korang nak cuba pun apa salahnya...yang mati ikan korang bukan ikan aku...kahkahkah


aku rasa setakat ni dulu pasal peralatan asas nak bela ikan ni.. korang boleh dapatkan 4 benda ni kat kedai ikan..sure ada punya..yang penting jgn lupa bawa duit tuk membelinya.. kalau susah sangat print saja gambar kat atas dan terus tunjuk pada tokey kedai...hahah..kos untuk semua 4 barang ni adalah:
  RM 5.00 + RM 4.00 + RM 1.50 + RM 1.50 = RM 12 .00 sahaja..(bergantung kepada harga kedai)

Moral : Apa salahnya belanjakan hanya RM 12.00 untuk memastikan ikan anda yang berharga lebih mahal tu mampu hidup dengan aman dan sentosa....



~ ke|ah biru             



Tuesday 8 May 2012

POKOK HIASAN - FLAMINGO LILY (Anthurium andreanum)

Harini balik saja dari kerja, aku sempat pergi ke nusery menjual pokok bunga dekat uitm sungai buloh. Aku dengan rakusnya tidak berfikir panjang telah membeli 3 pokok Flamingo lily yang bewarna putih dan pink dan merah..hebat tak??haha..harga untuk 1 pokok sekitar RM 8.50 sahaja..murah. Anda juga mampu memilikinya..

Cantik ?



Menarik ?




Tertarik ?

Keunikan yang ada pada pokok Flamingo lily membuatkan aku berminat untuk membelinya.. bentuk bunga seakan-akan daun sirih mengingatkan aku kepada aruah tok guru aku mengaji Al-Quran zaman dulu-dulu yang makan sirih pinang. yang paling unik bagi aku pokok ni adalah bentuk bunganya adalah sama dengan bentuk daun..cuma yang berbeza adalah warnanya sahaja dan ada debunga diatasnya..unik bukan.. ini semua bukti kebesaran Allah menciptakan tumbuhan dengan pelbagai rupa.


Flamingo lily ni senang jugak nak jaga.. siram air 2 kali sehari atau bila tgk tanah dah kering.. Tapi jgn pulak terlebih air..tanda-tanda pokok terlebih air adalah daun bertukar menjadi kuning, manakala terkurang air pula adalah daun pokok menjadi layu..


Walaupun Flamingo lily ni cantik, namun disebalik kecantikannya itu tersimpan juga sesuatu yang kita tidak tahu...jengjeng...disini aku akan membongkarkan rahsia tentang pokok ini... (sebab tu nama blog ni nature secrets)


Sedikit info pasal Flamingo lily ...



Moral : Hati-hati lah kalau nak tanam pokok ni buat hiasan rumah.. jgn biarkan anak kecil anda memakannya ataupun nenek-nenek anda mengambilnya walaupun ianya seakan-akan daun sireh kerana pokok ini beracun!!!..hehe

 

~ ke|ah biru




Rujukan :  http://wannura.wordpress.com/

KOMUNITI AKUARIUMKU

Sejak kecil aku meminati hobi membela ikan kerana ia memberikan ketenangan dan mengingatkan akan kebesaran Allah s.w.t. Pada pendapat aku kalau kita ingin bela ikan, terpulang pada minat masing-masing, Namun sebagai nasihat pertama bagi yang baru berjinak-jinak, bela ikan yang mempunyai nilai estetika yang baik agar ianya berbaloi.

Ada juga aku melihat orang membela ikan puyu dalam satu akuarium yang besar. Pada aku silakan sekiranya ianya memberi kepuasan pada anda. Tapi yang kita nak lihat sebanarnya keharmonian akuarium yang kita miliki.

Namun aku bukan nak bercerita tentang ikan pada akuarium orang lain. Tapi Post pertama aku ialah berkenaan Komuniti Akurium rumah ku. Asalnya aku membela ikan arowana Chili 1.5 atau dikenali dengan banjar red. Ia adalah pemberian ikhlas adik ipar ku.


Kemudian aku tradekan dengan ikan tersebut dengan ikan Diskus.
Ikan Diskus bukan ikan asal sini, namum sangat terkenal di Malaysia kerana keunikkan warna yang dimiliki








Aku telah membela ikan diskus untuk lebih dari 2 tahun. Bagi aku ikan nih sangat sukar untuk dibela kerana ada karenah nya tersendiri (Suka bergaduh dengan kawan-kawan). Ikan ini juga tidak boleh dicampur dengan ikan yang mempunyai tabiat pemakanan yang rakus.

Seperti ikan sungai (kelah, sebarau, dan lain-lain).  kerana ia makan secara perlahan dengan makanan yang tenggelam pada dasar. Diskus juga mudah terkena jangkitan dan memerlukan jagaan rapi. Sepanjang aku menjaganya dah 3 ekor mati. Tapi kalau dah biasa senang je. Tapi harga yang mahal menjadikan aku dah tak dapat nak beli ikan nih. So,mungkin aku akan trade juga ikan ni dengan ikan lain.



TIPS
Sebarang tips mengenai jagaan ikan ini boleh ditanya ke emailku. Informasi.alam@gmail.com

~ a|am hijau

IKAN BERCIUM ?


Assalamualaikum semua.. kali ni aku nak cerita  sejenis ikan yang aku bela..ikan ni mempunyai mulut yang sangat seksi.. Ikan ni ada hobi yang pelik berbanding spesis ikan yang lain iaitu bercium..haha.. pelik bukan??





Kalau nak tau, ikan ni bernama Ikan Temakang. Ikan Temakang sejenis ikan tropika yang boleh di dapati di negara Thailand, Malaysia dan Indonesia. Habitat ikan temakang ini suka pada air tenang yang mempunyai reba seperti kolam atau paya air hitam. Ikan ini setahu aku memang susah nak makan pancing mungkin disebabkan oleh saiz mulut yang kecil dan unik...tapi kalau nak tangkap berguni2 boleh la try guna pukat sebab ikan ni hidup dan bergerak secara berkumpulan..


Keunikan ikan ni yang menarik minat aku tuk memilikinya selain mempunyai mulut yang seksi, ikan ni mempunyai kedudukan mata dan mulut dalam keadaan selari..(tgk gambar sebelah la kalau tak percaya) banyak2 ikan yang aku bela, ni lah ikan yang pelik bagi aku...Allah S.w.t menciptakan makhluknya yang pelbagai...begitu juga dengan manusia..ALLAH ciptakan manusia ada yang cantik, ada yang kurang cantik, ada yang sempurna dan ada yang cacat, ada yang hitam dan ada yang putih...Tapi perbezaan ini tidak berti apa-apa pun sebenarnya..kerana semulia-mulia manusia disisi Allah adalah manusia yang beriman dan bertakwa..

“...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,...”                                                                                      (Al-Hujurat 49:13)



....... semoga kita semua menjadi orang-orang  yang beriman dan bertakwa...amin

keseksian mulut Ikan Temakang terserlah



Moral : Ikan temakang merupakan spesis yang makin pupus dan terancam.. sama-samalah kita jaga makhluk ciptaan Allah ini supaya generasi cucu cicit kita masih mampu untuk melihat spesis ikan bercium..hehe


~ ke|ah biru




                                                                   


RAJA SUNGAI : KELAH - siri 1

aku nak berkongsi dengan semua tentang 1  spesis ikan yang digelar Raja Sungai iaitu Kelah.

Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.

Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.

ikan kelah boleh dikategorikan antara ikan yang ganas.. kenapa aku cakap ganas?? ikan kelah suka berenang dan melawan arus yang deras.. Kelah juga hidup dikawasan air terjun dan merupakan antara spesis yang terancam pada masa sekarang.

Dibawah aku senaraikan beberapa jenis kelah  :

 Humpback Mahseer

Deccan Mahseer



Himalayan Mahseer
 


Thai Mahseer


River Carp


Soro Mahseer



Mahseer Barb



Mahseer Barb / Tengas / Kejor 



Mahseer Barb
 




berbagai jenis kelah yang wujud.. .. dan ikan kelah ni sesuai dibela dalam aquarium dan dalam kolam..

tapi aku cadangkan nak bagi ikan kelah ni cepat besar kena la bela dalam kolam kerana kolam lebih luas dan menyamai habitatnya yang sebenar....Setiap ikan akan keluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk tumbesaran ikan tersebut..Tapi pada masa yang sama, hormon ni akan merencatkan pertumbuhan ikan jika hormon tersebut tersebar dalam takungan air yang sedikit atau ikan dipelihara dalam bekas yang kecik (cth : aquarium) .

So jika anda mahu  ikan anda cepat besar, kena la tukar air aquarium tu selalu..takpun beli la aquarium yang 10 kaki besarnya dan mempunyai sistem filter dan penukaran air yang baik...

Tempat nak dapat ikan kelah yang betul ada di area kota damansara..sepanjang jalan penuh dengan kedai ikan dan pokok... ada kelah betul...dan ada tengas yang dikatakan sebagai kelah...semoga anda semua tidak tertipu... sesetengah kedai ikan ni  menipu ikan tengas yang murah tu dikatakan sebagai ikan kelah merah...dah banyak orang terkena..termasuk lah aku...kahkahkah.

siri kelah yang ke-2 akan bersambung dalam siri yang akan datang..

~ ke|ah biru





Rujukan :
- kelah2u.blogspot.com
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Kelah

Menyingkap Rahsia Alam..



Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya." An-Nahl 16:12

Dalam Al Quran, kita diseru untuk merenungi berbagai kejadian alam yang dengan jelas menunjukkan bukti  kebesaran dan kebijaksanaan Allah. Tanda-tanda kebesaran Allah terdiri daripada segala sesuatu di alam semesta.

Orang-orang yang dapat mengamati kejadian alam dengan mendalam akan berasa tenang dan sedar tentang kebesaran Allah.

Bertitik tolak dengan itu,  kami berdua bersatu hati membuka blog ini untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu tentang misteri rahsia alam yang wujud yang kita sedari atau kurang dihayati.

Semoga niat kami yang baik dan suci murni ini mendapat pertolongan dan keredaan daripada Allah... Insyaallah

~ ke|ah biru             





~ a|am hijau   



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...