Pages

Ads

Wednesday 9 May 2012

TEMOLEH OH TEMOLEH - siri 1

IKAN TEMOLEH @ TEMELIAN @ (Probarbus jullieni)



Ikan seterusnya untuk aku kongsi adalah ikan Temoleh.. Ikan ini antara ikan koleksi yang ada dalam aquarium aku.. Ikan Temoleh ni unik.. semua ikan aku unik2 belaka. Setakat ni dah 3 ekor aku beli dan yang masih hidup hanya 1 ekor..

Ikan yang pertama aku beli adalah sepanjang 10 cm..ikan ni antara ikan pertama yang  aku beli  selepas mula-mula beli aquarium. Masa tu harga RM 10.00 sekor.. aku yang boleh terpengaruh tuk beli ikan ni disebabkan oleh model ikan temoleh yang sangat besar dibela dalam aquarium kat kedai ikan..

Tokey kedai pun meng api2kan aku.. ''ini ikan manyak cantik..you beli ini ikan kecik nanti besat selupa itu besar ma...' ' Teruja dengan kecantikan ikan ditambah dengan kata-kata motivasi tauke kedai tu  terus aku beli sekor..

Untuk pengetahuan semua, ikan temoleh 10cm yang aku beli ni sebenarnya berbeza sedikit dengan temoleh besar tu.. Ikan temoleh kecil ni dari segi rupa paras, raut muka, saiz mulutnya agak kurang cantik (huduh sungguh) jika dibandingkan dengan ikan temoleh yang dah besar. mulut ikan temoleh kecil ni agak besar.. dan muncung kedepan..pastu kepala besar, dan badan kecik ..sebijik macam berudu...hehe

Masalah yang dihadapi bila bela ikan temoleh kecik ni adalah susah nak  bagi dia makan.. aku bagi makan pelet, yang terapung dan ikan-ikan lain akan menyambar.. ikan temoleh ni cuma makan saki baki pellet yang jatuh kebawah sebab bentuk mulut ikan temoleh ni menghala kebawah.. ''pelik sungguh ..dah la huduh.." dalam hati aku berkata demikian..

kemudian ketika aku asyik melihat kepelikkan mulut ikan temoleh ni didalam aquarium, tiba-tiba timbul dalam pemikiran aku betapa unik dan penuh hikmah mengapa mulut ikan temoleh kecik ni dijadikan menghala kebawah... aku tgk, setiap sisa makanan yang jatuh ikan temoleh ni akan kutip makan...kira macam tukang pembersih makanan la lebih kurang ..

Fungsi ikan temoleh sebenarnya adalah membersihkan makanan ikan lain yang tak abis dimakan... kebaikkannya aquarium aku akan bersih dan air tidak akan tercemar ..

Timbul kekesalan dalam diri aku pada ketika tu.. Kenapa aku mengutuk kepelikkan makhluk ciptaan Allah yang aku sendiri pun tak tahu apa hikmah disebalik kejadiannya.. Allah ciptakan makhluknya berbeza-beza.. setiap yang berbeza itu mungkin hodoh dan x cantik pada pandangan mata kita...tetapi ada fungsinya

...Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana .. .

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

.... kenapa aku harus pertikaikan mulut ikan temoleh yang muncung kebawah ni sedangkan aku juga makhluk Ciptaan allah yang banyak kelemahan dan kekurangan..Maafkan aku ikan Temoleh.. Maafkan aku Ya Allah..

Keunikan ikan temoleh ni antaranya ada jalur-jalur belang dibadannya. Ini Memang unik dan aku suka.. Temoleh seolah-olah memakai jersi belang Queen Park Ranger (QPR) ..tapi takda la cop lotto dan lambang Malaysia Airlines...hehe


Hampir setahun aku memelihara ikan temoleh yang kecik tu dengan sabar tapi tak juga membesar.. akhirnya aku mengambil keputusan untuk memindahkan ikan temoleh kecik tu ke dalam kolam diluar rumah aku..

Harapan aku supaya temoleh kecik ni akan cepat membesar dalam habitat barunya..tapi 2 minggu sahaja umurnya dikolam tu..sebab aku terjumpa mayat ikan tu terdampar ditepi pokok bunga aku..kesian..mungkin dia melompat kegirangan kerana berpindah ke rumah baru sehingga terkeluar dari kolam..


ok sampai sini dulu..siri Temoleh akan bersambung pada siri ke-2.. kisah bagaimana Aku terjebak membeli Temoleh Ke-2 dan Ke-3...tungguu...!


Moral : Kecantikan itu bersifat sementara..setiap insan punya kekurangan..gunakan kelebihan yang ada sebaik mungkin untuk mengatasi segala  kekurangan itu.


~ ke|ah biru




sumber :
 - Nama saintifik ikan temoleh from: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Temoleh
- Pict. Jersi QPR from:  melayukini.net
- Pict Ikan Temoleh from: hahasale.com

7 comments:

  1. Dah lame x dgr cite. Dah jd blogger ke? Mmg menarik, tergelak kejap baca post ang. Mmmg santai !

    ReplyDelete
    Replies
    1. santai ke fathi..hehe
      terima kasih kerana bagi sokongan moral!!

      Delete
  2. bagi sy tak pelik pun..kecik2 hodoh..dah besar cantik..

    cuba penulis lihat gambar2 lama penulis masa kecik..kemudian bandingkan dengan gambar sekarang..mesti penulis pun akan kata..hodoh juga aku masa kecik kan...tapi sekarang macho apa..

    temoleh tu mati sy tau kenapa..bukan ke penulis kata ikan tu pembersih aquarium..makan sisa2 ikan yg lain..jadi bila penulis pindah kan ke kolam..dia dah takde kerja lagi lepas tu..fungsi dia sebagai ikan pembersih sudah hilang..lebih baik dia pergi saja..moral dia..penulis fikir la sendiri..

    ReplyDelete
  3. apa pun sy tak sangka rumah penulis ada swimming pool..kaya betul

    ReplyDelete
  4. betul jugak komen encik voltox..
    tapi saya masa kecik lagi comel dari masa dewasa..hehe

    ReplyDelete
  5. Sy baru dapat ikan temoleh ni..so ingt nak bela dlm akuarium..pengisin air tu mcm mana ye ..isi air paip yeke mcm mana..mohon bantuan..

    ReplyDelete
  6. Skrg ikan temoleh tu ada dlm bekas besar yg di isi air tawar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...