Pages

Ads

Wednesday 13 March 2013

JANJI DITEPATI ATAU DICAPATI

Topik yang nak aku share hari ni tidak ada kena mengena dengan politik k walaupun bunyinya seakan ada bau2 politik...hehehe..
Janji ??? penah ke kita semua berjanji.. dan penah ke kita pikirkan berapa kali kita penuhi janji tersebut dan berapa kali kita mungkir janji tu... Janji itu ibarat sesuatu perjanjian dan persetujuan dari kita..

atau


so bila kita mungkir janji ia boleh mencerminkan siapa diri kita... kat bawah ni aku kongsikan sebab
kenapa janji perlu sentiasa ditepati



1. Ajaran Islam
Aturan hidup seorang Islam, mukmin adalah dengan menepati janji. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 1 bermaksud "Wahai mereka yang beriman, sempurnakan janji-janjimu!". sumber

Sebagai seorang mukmin, jelas dinyatakan untuk kita menepati janji. Jauhi diri daripada bersifat seperti seorang munafik dengan memperlekehkan janji-janji mereka. Dengan itu, ambillah contoh akhlak terpuji Nabi Muhammad saw dalam kita melaksanakan janji kita - tepatinya. Baginda adalah idola dan ikutan terbaik.


2. Membina Kepercayaan
Apabila seseorang mengingkari janji, kita akan memandang mereka yang  seorang yang tidak boleh dipercayai - tidak jujur. Apabila pula sering melanggar janjinya, mungkin seseorang itu kita boleh katakan sebagai penipu.

Jadi jika kita sering melafazkan janji walaupun dengan perkara yang kita fikirkan remeh, pernahkah kita ambil perhitungan apa yang akan orang lain fikirkan terhadap kata-kata kita kelak. Perhubungan dan kepercayaan terhadap kita akan terjejas.

Dengan itu, peliharalah janji-janji yang kita berikan. Dengan memelihara janji, kita akan meningkatkan kepercayaan orang lain terhadap kita. Sesiapa sahaja sekali pun, ketua, boss, keluarga mahupun rakan-rakan.

Dengan membina kepercayaan, ia sebenarnya membina motivasi diri dalam hidup kita. Ini kerana, orang sekeliling memberi sokongan penuh kerana kepercayaan kita dalam melaksanakan tugas dan janji kita.


3. Membentuk Disiplin Diri
Berjanji pada pandangan saya adalah satu talian atau ikatan kontrak yang perlu dipatuhi. Contohnya, berjanji akan membayar hutang wang apabila sudah sampai masanya. Dengan, menetapi janji kita, ia bukan hanya menyenangkan pihak lain yang berurusan bersama namun ia membentuk sasiah dan disiplin diri.

Dengan terbentuknya disiplin diri ini, akan lebih mudah bagi kita mengorganisasikan perkara atau tugasan yang sedang dipegang.

Contoh berhutang wang tadi, jika kita menepati janji akan membayarnya sehingga sampai masa nescaya kita akan mendisiplinkan diri untuk menyimpan wang sehingga cukup. Kita akan mendisiplinkan diri untuk mengawal wang yang kita ada daripada berbelanja secara membabi buta - kesan menepati janji.

Fikirkan jika budaya mendisiplinkan diri untuk menunaikan janji untuk berkerja keras diamalkan selalu, ia adalah salah satu budaya kerja cemerlang dan memberi kebaikkan kepada organisasi.


4. Maruah Diri
Mungkin lebih sedap didengar jika hanya tidak boleh dipercayai. Katakan kita digelar penipu - kita akan marah dan sedih.  Dengan seringnya kita melanggar janji kita kepada pihak lain sebenarnya melayakkan gelaran tersebut. Ini kerana jika janji tidak ditepati, ia membuatkan masa dan jadual orang lain terjejas. Setiap orang punya seribu satu perkara yang harus dilakukan namun tergendala kerana kita.

Tanya pada diri, adakah kita akan sentiasa membiarkan orang lain menjejaskan maruah diri kita. Dalam dunia serba pantas, respon dan tindakan segera amat perlu. Jika kita adalah orang yang bertanggungjawab atas sesuatu perkara tersebut, tunaikannya - kerana ianya janji. Mungkin maruah kita akan bergantung kepadanya.

Percayalah dengan menepati janji, kita membina akhlak dan motivasi diri kita. Jangan pandang kata-kata yang telah kita lontar sebagai janji dengan sebelah mata. Jika janji kita dustai, ia akan menjadi gergaji dua mata.
itu sahaja yang dapat aku kongsikan dengan pada pagi ini.. rasa semangat pulak pagi ni nak mengarang...hehe...sekian terima kasih..

p/s :  Singkirkan minda dari paradigma "Janji Melayu" kepada yang lebih positif dan baik dengan menepati janji.

Tuesday 5 March 2013

BERSYUKURLAH WAHAI MANUSIA SEKALIAN ALAM

Tiap hari bila bangun sahaja dari tidur...adakah kita bersyukur??
 
 
Kita seharusnya menyedari dengan keyakinan yang hakiki bahawa kita TELAH mempunyai segalanya pada masa ini, kerana hanya dengan menghayati apa yang kita miliki pada waktu ini barulah kita dapat membuatkan kehidupan kita sepertimana yang kita impikan.


 
Kita mesti belajar untuk menerima dan redha terhadap kehidupan kita pada masa ini. Kita hidup di dunia yang serba cukup walaupun majoriti dari manusia mempelajari bahawa dunia ini kejam dan sentiasa tidak cukup. Macam sekarang isu harga barang naik..gaji sikit...aku tau benda ni turut aku rasa...  sebab tu kita kena belajar untuk redha dan terima kenyataan...

Sebenarnya, anugerah Allah adalah tidak terbatas merangkumi perkara-perkara baik, perkara-perkara yang indah dan pengalaman. Segalanya adalah mencukupi bagi semua makhlukNya, sentiasa cukup! selama ini kita telah tertipu, kita telah dipengaruhi oleh pendapat yang tidak benar yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh derita, sengsara dan sumber-sumber yang terhad. Hakikat yang sebenarnya ialah kehidupan kita serba cukup dan kita mampu memiliki apa yang kita mahukan.


Maka inilah masanya untuk kita menyedari hakikat bahawa kita adalah dalam keadaan sentiasa cukup. Kita mesti mengakui bahawa diri kita pada saat ini adalah cukup sempurna sebagai manusia dalam konteks kesempurnaan seorang hamba. Kita cukup sempurna, sebagaimana diri kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak mahu mengakui hakikat ini, kita akan sentiasa merasa tidak puashati dengan apa yang kita ada dan hati kita akan menjadi susah untuk bersyukur dan mensyukuri nikmatNya.
 
aku tutup perkongsian ini sengan 1 firman Allah..semoga kita semua dapat mengambil sedikit ilmu dari perkongsian ini..Insyaallah..sekian
 

"Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha kaya lagi Terpuji" (Luqman:12)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...