Pages

Ads

Wednesday 11 November 2015

10 MAKANAN PALING JIJIK DIDUNIA

Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan mereka kecur liur.

Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.

1. Burger “Cindil” – China.




Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.



2. Otak Monyet Hidup – China.


Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.


3. Daging Tikus Goreng – China.

Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.


4. Ulat Rebus – Botswana.

Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.


5. Soya Busuk – China.

Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di negara China sahaja.


6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik Filipina.

Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.


7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.

Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.


8. Sos dari Sperma Ikan Emas – Hungaria.

Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.


9. Steak Daging Buaya di – Singapura.

Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.


10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.

Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedak melakukan aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.

Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.

Tuesday 1 September 2015

KOLEKSI DOA-DOA MAJLIS RASMI - UST ZUL

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

SAYA KONGSIKAN KOLEKSI DOA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BACAAN DI MAJLIS2 RASMI DAN SEBAGAINYA.. DOA INI DISALIN DI http://himpunandoa2.blogspot.com/ DENGAN KEBENARAN. SEMOGA SEMUA BEROLEH MANFAAT






DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Karim , Ya
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami! Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
DOA SEMPENA MESYUARAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya ‘AliimWa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami.
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia bahkan di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan berkatilah ilmu yamg kau kurniakan itu. Hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA HARI GURU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun 2010) peringkat Sekolah (SMK LA SALLE BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : (GURU BERKUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN)
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima Yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayangkepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kurniakanlah kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK LA SALLE BRICKFIELDS, KL
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,
Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA HARI SUKAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.
Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .
Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .
Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA PELANTIKAN PENGAWAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Perasmian Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2004 pada hari ini.
Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,
Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .
Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan ketinggian akhlak dan peribadi.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .
Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA PERTEMUAN GURU-GURU BARU JPWPKL
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima Yurid,
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Dorongkanlah hati kami rasa kesungguhan, komitmen dan iltizam yang tinggi untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabat anak bangsa yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara seterusnya menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kasih sayang terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak-anak kami sendiri. Kurniakanlah kepada kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang tinggi, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan iri hati sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami sebagai pendidik seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami..
DOA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PUSPANITA PERINGKAT WILAYAH
Allahumma Ya Munzilal Barakat…
Kami merafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kepada Mu agar perhimpunan agung pada hari ini mendatangkan kebaikan dan dilimpahi rahmat dari Mu. Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan kami untuk menempuh liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Maka Engkau kurniakanlah kepada kami keberkatan dalam usaha-usaha yang bakal kami lalui. Kurniakanlah kepada kami ketabahan yang padu, kesabaran yang mantap dalam menempuh ranjau kehidupan yang berliku ini.
Ya Allah, Ya Rahim, Ya Aziz…
Jika Engkau timpakan ke atas kami musibah yang tidak kami ingini, jadikanlah ia sebagai sumber kekuatan bagi kami untuk memperteguh kesabaran kami. Maka lindungilah kami daripada segala tindakan yang menyimpang dan melanggar syari’at Mu ketika mana menghadapinya. Juga permudahkanlah bagi kami menyelesaikan segala masalah dan musibah yang dihadapi selaras dengan syariat Mu. Dan jika Engkau kurniakan kepada kami nikmat yang merimpah ruah, jadikanlah ia sebagai ujian kepada kami untuk terus bersyukur kepada Mu. Mudah-mudahan ia menjadi sumber inspirasi dan kekuatan bagi kami untuk memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kami kepada Mu, Ya Allah. Kurniakanlah kepada kami nur hidayah Mu, agar kami terus berada di landasan syari’at Mu sehingga ke akhir hayat kami.
Ya Allah, Ya ZalJalali Wal Ikram…
Ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang benar-benar mantap. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami, tambahkanlah kekuatan semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan iri hati sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, sifat malas lagi lemah, mudah alpa mahu pun putus asa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami sebagai umat yang terbaik seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami.
Allahumma Ya Mudabbiral Amri…
LIMPAHILAH HATI KAMI DENGAN NURHIDAYAH MU AGAR KAMI MENJADI GENERASI YANG MENCINTAI AGAMA LANTAS MENEGAKKAN SYARI’ATNYA, GENERASI YANG MENCINTAI BANGSA LANTAS MEMELIHARA KEHORMATANNYA, GENERASI YANG MENCINTAI NEGARA LANTAS MEMPERTAHANKAN KEDAULATANNYA.
SETERUSNYA BANTULAH KAMI MENJADI GENERASI YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG SELARAS DENGAN SYARI’AT DAN KEREDHAAN MU YA ALLAH.
DOA PERJUMPAAN BULANAN PEGAWAI JPWP
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …..
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri …..
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi khaira ummah selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
DOA MEMULAKAN KERJA SETIAP PAGI
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Maka dengan itu, kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at MU.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri …..
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat alpa lagi pelupa, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami..
DOA PERTEMUAN LULUSAN
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah
Kami rafa’kan keyukuran penuh pengharapan kepada Mu kerana pada hari yang mulia ini dapat kami adakan pertemuan
…………………………………………………………………………………………. segalanya dengan inayah dan rahmat mu jua. Kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Ya Allah! Kami pohonkan keberkatan Mu atas kejayaan yang kami kecapi pada hari ini. Segalanya adalah dengan berkat rahmat Mu yang melimpah ruah ke atas kami. Kami pohonkan jua agar kejayaan kami ini menjadi wadah buat kami seterusnya mempertingkatkan kesedaran dalam lubuk naluri kami tentang peri pentingnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan sempurna seterusnya meningkatkan kualiti kerja dengan penuh berintegriti. Untuk itu Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai perkhidmatan pendidikan di Negara ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan Negara ke arah pendidikan bertaraf dunia.
Dalam usaha mencapai tahap kecemerlangan dan kualiti kerja yang tinggi, kami pohon daripada Mu kurniaan anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri …..
Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan yang benar-benar mantap. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, sifat alpa lagi pelupa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menggagalkan hasrat mempertingkatkan kualiti kerja kami dan menjatuhkan kredibiliti diri kami sendiri.
DOA KURSUS PENDEK NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …..
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami dalam kursus ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Kami pohonkan dari Mu semoga pertemuan dalam kursus ini kami dikurniakan limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan yang benar-benar mantap.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri …..
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
DOA PERPISAHAN KPPM
YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Di saat dan ketika ini, kami menadah tangan memohon kehadratmu Ya Allah. Dalam kesayuan kami rafa’kan kesyukuran kepada Mu, dengan limpahan rahmat dan inayah Mu dapat kami anjurkan Majlis Lambaian Kasih khusus buat seorang insan yang kami raikan ini Y.Bhg.Tan Sri Dato’ Alimuddin bin Mohd Dom KPPM yang banyak berjasa dan menabur bakti dalam dunia pendidikan. Kami pohonkan kerahmatan dan keberkatan Mu yang Maha Luas di sepanjang majlis ini diadakan. Semoga pertemuan ini dapat membibitkan kenangan manis buat kita dan beliau sendiri di hari-hari mendatang.
Wahai Tuhan yang Maha Luas Pertolongan dan Maha Melimpah Keberkatan.
Kurniakankanlah keberkatan ke atas usaha-usaha dan sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh beliau selama ini dalam arena pendidikan perdana di Negara ini. Moga-moga hasil dan manfaat daripada usaha yang telah beliau curahkan selama ini akan menjadi pedoman buat kita bagi meneruskan perjuangan memartabatkan dunia pendidikan di negara yang kita cintai ini.
YA ALLAH! YA MUDABBIRAL AMRI
Pada kesempatan dan detik ini juga kami pohonkan agar Engkau limpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam seluruh kehidupan beliau di alam persaraannya. Kurniakanlah kepada beliau kesihatan yang baik dilindungi kerahmatan berpanjangan, dan keceriaan yang menghiburkan bersama keluarga tercinta. Kami jua pohonkan dari Mu agar beliau dilindungi daripada sebarang mudharat yang menyakitkan, dilindungi daripada kesedihan yang memilukan dan dilindungi daripada segala musibah yang tidak menyenangkan. Ya Allah! Kami pohonkan perkenan doa kami ini.
اللهم اصلح لنا ديننا الذى هو عصمة امرنا,
واصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا,
واصلح لنا اخرتنا التى اليها معادنا,
واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير,
واجعل الموت راحة لنا من كل شر .
DOA KARNIVAL GEMILANG JAWI
YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Segala pujian hanya layak untuk Mu Ya Allah. Dengan penuh kehambaan kami rafa’kan kesyukuran atas kurniaan rahmat dan inayah Mu dapat kami adakan Karnival Gemilang Jawi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur buat julung kalinya tahun ini. Semoga majlis ini senantiasa berada di bawah lembayung rahmat dan keberkatan Mu.
YA ALLAH! YA RAHMAN! YA RAHIM
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah kerahmatan Nya. Kami pohonkan agar aktiviti-aktiviti yang terangkum dalam Karnival Gemilang Jawi ini mampu membibit rasa kecintaan kami dan anak-anak didik kami terhadap dunia penulisan jawi sebagai sebahagian daripada keperluan penambahan ilmu buat kami. Kami pohonkan agar karnival ini dapat mencapai objektif yang kami ingini selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membina negara bangsa. Kami jua pohonkan agar tulisan jawi ini tidak terus menerus diabaikan dan dilupakan yang akhirnya luput ditelan zaman. Tanamkanlah kesedaran dan keinsafan dalam diri kami juga generasi selepas kami agar bersama memikul tanggungjawab memartabat bangsaMalaysia yang mempunyai jati diri dan identiti tersendiri selari dengan syari’at Mu.
YA ALLAH! YA MUDABBIRAL AMRI
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu dan bantulah kami menjadi generasi yang mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
DOA SEMINAR PERMUAFAKATAN PIBG
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Seminar Permuafakatan Persatuan Ibubapa Dan Guru.Kurniakanlah pertemuan kami dalam seminar ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
ALLAHUMMA YA ARHAMAR RAHIMIN
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari Mu semoga pertemuan dalam seminar ini kami dikurniakan limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan yang benar-benar mantap.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ibubapa yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mementingkan kebajikan anak-anak kami. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, sifat alpa lagi pelupa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menggagalkan hasrat membangun modal insan dan membina Negara bangsa.
YA ALLAH, YA MUDABBIRAL AMRI …..
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
DOA PERASMIAN PENUTUP MINGGU PENDIDIKAN KHAS
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun SEMINAR PERMATA HATI KU pada hari ini Kurniakanlah pertemuan kami dalam majlis ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya.
ALLAHUMMA YA ARHAMAR RAHIMIN
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari Mu limpahan ilmu yang berguna dan manfaat yang besar pada setiap aktiviti yang dijalankan dalam program Minggu Pendidikan khas yang telah kami laksanakan ini khasnya buat golongan kurang upaya dan kepada masyarakat Malaysia amnya.
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah kerahmatan Nya. Kami pohonkan agar seminar ini mampu menjadi wadah perjuangan kami dalam usaha mencapai objektif yang kami ingini selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan dan membina negara bangsa. Tanamkanlah kesedaran dan keinsafan dalam diri kami juga generasi selepas kami agar bersama memikul tanggungjawab menjaga kebajikan dan kepentingan golongan istimewa dalam usaha memartabat mereka ke arah masyarakat yang mampu bersaing dan mendepani cabaran semasa.
YA MUDABBIRAL AMRI WA YA ZALJALALI WAL IKRAM
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab mengangkat martabat bangsa Malaysia dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
DOA (AKHIR RAMADHAN)
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …..
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di wilayah kami.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ramadhan hampir meninggalkan kami. Di penghujung Ramadhan yang berlalu pergi ini, kami pohonkan ihsan Mu, kurniakanlah kepada kami keberkatan, kerahmatan dan keampunan yang seluas-luasnya dari Mu.
Ya Allah! Seandaikiranya takdir Mu menentukan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat kami, kami pasrah dan redha dengan ketentuan Mu. Namun terimalah puasa kami, ibadat kami dan seluruh kehidupan kami dalam Ramadhan ini sebagai yang terbaik di sisi Mu. Seandaikiranya takdir Mu menentukan kami bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan, pastinya kami ingin menjadi mukmin yang paling bersyukur. Pertemukanlah kami dengan Ramadhan tahun hadapan. Moga-moga kami dapat menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan untuk mendidik akhlak dan peribadi kami dalam menjalani kehidupan seharian kami, dan bulan yang dapat menundukkan nafsu kami seterusnya meningkatkan ketakwaan kami kepada Mu. Dan semoga di Ramadhan akan datang nanti, kami dapat pertingkatkan amalan kami lebih baik daripada tahun ini.
Ya Allah! Ya Salam!
Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Pastinya kami gembira menemui sanak saudara kami di kampung halaman. Justeru itu, selamatkan dan sejahterakanlah sepanjang perjalanan pulang kami nanti. Hindarilah kami daripada sebarang musibah yang tidak kami ingini. Moga-moga pertemuan kami dengan keluarga tercinta akan mengukuh ukhhuwah dan mahabbah kami.
DOA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI JPWP
Segala pujian hanya layak untuk Mu, kami panjatkan kesyukuran atas kurniaan nikmat Aidil Fitri dalam aman dan damai, penuh harmonis dan tenang, disambut dengan kemeriahan dan keceriaan. Kami warga jabatan ini amat bersyukur kepada Mu dengan penganjuran majlis sambutan sempena hari kebesaran Aidil Fitri pada hari ini. Wahai Tuhan yang Maha melimpah rahmat dan keberkatanNya, kami pohonkan agar majlis kami ini sentiasa diiringi lembayung rahmat dan berkat dari Mu, agar di sepanjang majlis ini berjalan kami senantiasa mengingati Mu dan mencari redha Mu.
Wahai Tuhan, kami harapkan jua dengan pertemuan ini agar dapat diperkukuhkan hubungan keakraban dan persaudaraan kami, dimantapkan semangat perpaduan dan mahibbah di kalangan kami. Untuk itu, satukanlah hati-hati kami dengan tautan kasih lagi mesra, saling percaya lagi memahami, agar terhindar perasaan keji sesama sendiri, irihati meninggi diri dan segala sifat yang memusnah kemesraan kami. Permudahkanlah bagi kami laluan ke arah mengekalkan keamanan dan kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan. Jadikanlah pertemuan di Aidil Fitri kami pada kali ini pertemuan yang penuh bermakna buat kami dan pertemuan yang disulami kesyukuran.
DOA PEMBUKAAN SEKOLAH BARU (SK DANAU KOTA 2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah! Ya Munzilar Rahmah! Wa Ya Fatihal Barakah!
Segala pujian dan kesyukuran hanya buat Mu Tuhan Yang Maha Melimpah Ruah Kerahmatan dan Keberkatan-Nya. Kami panjatkan rasa kesyukuran kepada Mu kerana dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyempurnakan pembukaan rasmi Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2 pada hari ini. Kami pohonkan agar majlis ini senantiasa diiringi lembayung rahmat dan berkat dari Mu sehingga ke akhirnya.
Ya Allah! Ya Zal Jalali Wal Ikram!
Dengan terbinanya sekolah baru ini, bantulah kami bagi mencapai hasrat yang tersirat dalam visi dan misi sekolah ini demi mencapai objektif yang kami ingini selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan dan membina negara bangsa.
Kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Dorongkanlah hati kami serta seluruh warga sekolah ini rasa kesungguhan, komitmen dan iltizam yang tinggi untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabat anak bangsa yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara seterusnya menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.
Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim!
Kurniakanlah kepada kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang tinggi, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA KURSUS PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL JPWP
Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah
Kami rafa’kan kesyukuran penuh kehambaan, kurniakanlah pertemuan kami dalam kursus ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang Engkau tidak redhai.
Kami pohonkan ihsan dan rahmat Mu, semoga pertemuan dalam kursus ini kami dikurniakan limpahan ilmu yang berguna lagi bermanfaat dan kefahaman yang berlandaskan wahyu Mu. Semoga dengan ilmu yang kami peroleh nanti adalah ilmu yang dapat memudahkan kami melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami dengan mudah dan sempurna. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, semoga dengannya kami mampu mengangkat martabat diri, agama dan bangsa kami.
Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim!
Kami harapkan jua dengan pertemuan ini agar dapat diperkukuhkan hubungan keakraban dan persaudaraan kami, dimantapkan semangat perpaduan dan mahabbah di kalangan kami. Untuk itu, satukanlah hati-hati kami dengan tautan kasih lagi mesra, saling percaya lagi memahami, agar terhindar perasaan keji sesama sendiri, irihati meninggi diri dan segala sifat mazmumah yang memusnah kemesraan kami. Permudahkanlah bagi kami laluan ke arah mengekalkan keamanan dan kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan kedaulatannya. Bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
DOA TAKLIMAT PENGURUSAN PRESTASI
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Taklimat Pengurusan Prestasi pada hari ini.Kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
ALLAHUMMA YA ARHAMAR RAHIMIN
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari Mu semoga pertemuan kami ini juga dikurniakan limpahan ilmu yang bermanfaat dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dalam usaha membuat keputusan yang benar-benar mantap.
Ya Allah! Kami jua pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pentadbir yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mementingkan kebajikan kakitangan bawahan kami. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Semoga dengannya kami dapat menilai prestasi kakitangan bawahan kami dengan adil lagi saksama.
YA ALLAH, YA MUDABBIRAL AMRI …..
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
DOA SEMINAR PERMATA HATIKU
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu jua dapat kami menyusun pertemuan dalam SEMINAR PERMATA HATI KU pada hari ini.Kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
ALLAHUMMA YA ARHAMAR RAHIMIN
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran dan ketabahan dalam mendidik dan membimbing anak-anak istimewa kami ke jalan syari’at Mu. Kurniakanlah jua kepada kami kekuatan dan semangat tanpa mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik dan pembimbing yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mementingkan kebajikan mereka. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak istimewa kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah kami daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
YA ALLAH! YA RAHMAN YA RAHIM
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah kerahmatan Nya. Kami pohonkan agar seminar ini mampu menjadi wadah perjuangan kami dalam usaha mencapai objektif yang kami ingini selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan dan membina negara bangsa. Tanamkanlah kesedaran dan keinsafan dalam diri kami juga generasi selepas kami agar bersama memikul tanggungjawab menjaga kebajikan dan kepentingan golongan istimewa dalam usaha memartabat mereka ke arah masyarakat yang mampu bersaing dan mendepani cabaran semasa.
DOA PERHIMPUNAN PAGI (MENYAMBUT RAMADHAN)
Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim!
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran dan ketabahan, kerjasama dan permuafakatan dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di Wilayah kami dan di arena pendidikan perdana amnya.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri …..
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami..
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi khaira ummah selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
Ya Allah!
Pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti. Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan.
DOA HADAPI PEPERIKSAAN AWAM
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kurniakanlah ketenangan dan kedamaian dalam sanubari setiap pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam di seluruh Kuala Lumpur pada tahun ini. Tanamkanlah keyakinan yang tinggi dan semangat yang kental dalam jiwa mereka untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh, penuh keazaman dan iltizam. Sinarilah hati dan jiwa mereka dengan nur rahmatmu, agar mereka mudah menerima ilmu yang dipelajari, agar terbuka akal dan minda mereka, agar suci dan luhur cita-cita mereka. Kau padamkanlah dari jiwa mereka segala perasaan takut dan cemas, gementar dan gugup, tiada keyakinan dan mudah mengalah. Ya Allah! Kurniakanlah kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi nanti.
DOA AWAL PAGI SEBELUM MEMULAKAN KERJA
(KHUSUS BULAN RAMADHAN)
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Maka dengan itu, kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at MU.
Wahai Tuhan yang maha melimpah ruah kerahmatannya.
Kami bersyukur atas kurniaan nikmat bulan ramadhan yang Engkau pertemukan kami dengannya pada tahun ini. Maka jadikanlah bulan ini benar-benar dapat mendidik jiwa dan ruhani kami untuk menjadi insan yang bertakwa sebagaimana matlamat puasa yang engkau fardhukan ke atas kami. Jadikanlah jua bulan ini permulaannya kerahmatan buat kami dan keluarga kami, pertengahannya keampunan buat kami dan keluarga kami dan penghujungnya kemerdekaan dari azab neraka buat kami dan keluarga kami. Kami mengharapkan engkau menerima ibadat puasa kami di sepanjang bulan Ramadhan ini dengan ihsan dan rahmat Mu. Ya Allah! Pertemukanlah kami dengan lailatul qadar yang menjanjikan seribu ganjaran buat kami. Moga-moga dengannya kami dapat merasai nikmat kemanisan iman dan kelazatan takwa terhadap Mu.
DOA MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN PENUTUP
PERHIMPUNAN PERPADUAN DAN INTEGRASI PEMIMPIN MURID
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 2 TAHUN 2008
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Program Perhimpunan Perpaduan Dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan Kali Ke 2 Tahun 2008 di Stadium yang berdiri megah ini. Kurniakanlah pertemuan kami dalam perhimpunan ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Wahai tuhan yang maha perkasa lagi maha bijaksana. Jadikanlah perhimpunan ini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program Rimup ini sebagai perintis buat kami untuk terus berusaha demi mencapai objektif yang kami citakan selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan dan membina negara bangsa. Kukuhkanlah ikatan perpaduan antara kami agar terjamin keamanan dan keselamatan hidup dalam negara yang berbilang kaum ini.
YA ALLAH! YA RAHMAN! YA RAHIM!
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri dan segala sifat mazmumah yang pastinya boleh memecahbelahkan keharmonian hidup dan semangat perpaduan kami.
ALLAHUMMA YA MUDABBIRAL AMRI! WA YA ZALJALALI WAL IKRAM!
Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
DOA MESYUARAT PERANCANGAN TAHUNAN
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …..
Kami rafa’kan kesyukuran sepenuhnya buat Mu, atas limpahan rahmat dan inayahMu kami selamat sampai ke destinasi kami ini dan begitu jua harapan kami apabila pulang nanti. kurniakanlah pertemuan kami dalam Mesyuarat Perancangan Tahunan 2009 ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya.
Kami mengharapkan pimpinan dan panduan Mu dalam mesyuarat kami ini dengan kurniaan ilham yang bernas bagi merancang program dan aktiviti yang bermanfaat kepada semua seterusnya terhindar daripada segala bentuk pemikiran yang ternoda oleh kejahilan dan kebatilan. Justeru kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang lagi luhur, minda yang cerdas lagi terbuka di sepanjang mesyuarat ini berlangsung.
Kami jua mengharapkan agar diperkukuhkan silaturrahim dalam organisasi kami. Tanamkanlah dalam diri kami sifat sayang menyangangi, saling mempercayai, saling memahami, Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, dan segala sifat keji yang melemahkan organisasi kami.
DOA MAJLIS PENEMPATAN MURID RUMAH NUR SALAM
KE ASRAMA HARIAN SEKOLAH MENENGAH JPWP
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Majlis Penempatan Murid Rumah Nur Salam Ke Asrama Harian Sekolah Menengah JPWP KLKurniakanlah pertemuan kami dalam perhimpunan ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya
.
ALLAHUMMA YA MUDABBIRAL AMRI! WA YA ZALJALALI WAL IKRAM!
Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
DOA MAJLIS TAUTAN KASIH
(ANJURAN PUSPANITA)
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Majlis Tautan Kasih yang diadakan pada hari ini.Kurniakanlah pertemuan kami dalam seminar ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya.
ALLAHUMMA YA ARHAMAR RAHIMIN
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari Mu semoga pertemuan dalam seminar ini kami dikurniakan limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran dan ketabahan, keazaman dan kekuatan dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ibubapa yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mementingkan kebajikan anak-anak kami. Ya Allah! Jadikanlah usaha murni kami ini sebagai penggalak dan inspirasi kepada anak-anak kami untuk terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik seterusnya berjaya dalam kehidupan mereka. Kami pohon dari Mu agar mereka dijadikan sebagai anak-anak yang cemerlang akhlak dan budi, cemerlang akal dan minda, cemerlang emosi dan ruhani.
Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
DOA PERPISAHAN PENGARAH PELAJARAN (BERPINDAH)
YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Dalam kesayuan kami rafa’kan kesyukuran kepada Mu, dengan limpahan rahmat dan inayah Mu dapat kami anjurkan Majlis Lambaian Kasih khusus buat pemimpin yang banyak berjasa dan menabur bakti dalam dunia pendidikan di wilayah kami, Yg. Bhg. Tuan Haji Mohd Radzi Bin Abd Jabar di dewan yang tersergam ini. Kami pohonkan kerahmatan dan keberkatan Mu yang Maha Luas di sepanjang majlis ini diadakan. Semoga pertemuan ini dapat membibitkan kenangan manis buatnya di hari-hari mendatang dan diharapkan pertemuan ini bukanlah yang terakhir buat kami.
Wahai Tuhan yang Maha Luas Pertolongan dan Maha Melimpah Keberkatan.
Kurniakankanlah keberkatan ke atas usaha-usaha dan sumbangan bakti yang telah ditaburi beliau dalam arena pendidikan di wilayah kami ini. Moga-moga hasil dan manfaat daripada usaha yang telah beliau curahkan akan menjadi pedoman buat kami bagi meneruskan perjuangan memartabatkan dunia pendidikan di negara ini. Justeru Engkau jadikanlah segala usaha dan tenaga yang dicurahkan beliau sebagai ibadat dan sebagai pemberat amalan kebajikan di hari perhitungan nanti.
YA ALLAH! YA MUDABBIRAL AMRI
Kurniakanlah kepada beliau kekuatan dan kesabaran, kesungguhan dan keazaman, dalam usaha meneruskan perjuangan sebagai pemimpin dalam dunia pendidikan lebih-lebih lagi apabila bertugas di tempat yang baru nanti.
Kami pohonkan agar Engkau limpahi kesejahteraan dan keberkatan dalam seluruh kehidupan beliau. Kurniakanlah jua kepada beliau kesihatan yang baik dilindungi kerahmatan berpanjangan, dan keceriaan yang menghiburkan bersama keluarga tercinta. Kami jua pohonkan dari Mu agar beliau dilindungi daripada sebarang mudharat yang menyakitkan, dilindungi daripada kesedihan yang memilukan dan dilindungi daripada segala musibah yang tidak menyenangkan. Ya Allah! Kami pohonkan perkenan doa kami ini.
DOA PERPISAHAN PENGARAH PELAJARAN
YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Kami rafa’kan kesyukuran kepada Mu, dengan limpahan rahmat dan inayah Mu dapat kami anjurkan Majlis Lambaian Kasih khusus buat pemimpin yang banyak berjasa dan menabur bakti dalam dunia pendidikan di wilayah kami, Yg. Bhg. Tuan Haji Mohd Radzi Bin Abd Jabar di samping kesyukuran atas ketibaan penggantinya Y.Bhg En. Sulaiman Bin Wak Pengarah Pelajaran WPKL. Kami pohonkan kerahmatan dan keberkatan Mu yang Maha Luas di sepanjang majlis ini diadakan.
Wahai Tuhan yang Maha Luas Pertolongan dan Maha Melimpah Keberkatan. Kurniakankanlah keberkatan ke atas usaha-usaha dan sumbangan bakti yang telah ditaburi beliau dalam arena pendidikan di wilayah kami ini. Moga-moga hasil dan manfaat daripada usaha yang telah beliau curahkan akan menjadi pedoman buat kami bagi meneruskan perjuangan memartabatkan dunia pendidikan di negara ini.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Pada kesempatan ini, kami warga Sektor Pendidikan Islam menadah tangan memohon rahmat dan inayah Mu, kurniakanlah kepada kami kesungguhan dan keazaman dalam meningkatkan kualiti kerja, semangat bekerjasama dan saling membantu antara kami.
Jika benar pada ketika ini telah mula bibit-bibit perpecahan dan persengketaan antara kami, Engkau perkuatkanlah ikatan persaudaraan dan keakraban kami atas nama kesatuan ummah.
Jika benar pada ketika ini telah ada rasa keegoan dan sifat meninggi diri antara kami, Engkau padamkanlah api kesombongan kami dan terbitkanlah rasa merendah diri dalam diri kami, rasa kasih sayang sesama kami atas nama iman dan tauhid yang satu.
Jika benar pada ketika ini telah ada sifat mencurigai, sifat meragui antara kami, Engkau gantikanlah dengan sifat saling mempercayai, saling memahami saling meredhai antara kami atas nama ukkhuwah yang kukuh.
Justeru satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, sifat alpa lagi pelupa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya melemahkan organisasi kamai.
DOA TAKLIMAT TAWARAN SEMULA OPSYEN PENCEN
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Maka dengan itu, kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at MU.
Kami bersyukur jua atas kurniaan inayah Mu memberi Rahmat kepada kami mengadakan taklimat berkaitan perkhidmatan kami pada hari ini. Kurniakanlah kepada kami keyakinan dalam memilih opsyen yang ditawarkan dalam perkhidmatan kami ini agar kami tidak terkhilaf faham dan tersalah tindakan yang akhirnya merugikan kami sendiri. Justeru itu, berilah ilham yang jelas kepada kami dalam membuat pilihan ini.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran dan ketabahan, kerjasama dan semangat permuafakatan sesama rakan sekerja serta semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
DOA PERHIMPUNAN PAGI (BULAN JUN)
Ya Allah ! Ya Munzilar Rahmah !
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at Mu.
Ya Allah !
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama, agar tercapai objektif dan matlamat perkhidmatan yang dihasratkan.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan.
Ya Allah !
Lindungilah kami dan keluarga kami daripada sebarang musibah yang tidak kami ingini melainkan Engkau takdirkan tersirat rahmat di dalamnya. Lindungilah maruah kami dan keluarga kami daripada sebarang penghinaan melainkan Engkau kembalikan kehormatannnya. Lindungilah harta benda kami daripada sebarang pencerobohan melainkan Engkau menggantikan yang lebih berkat daripadanya.
Ya Allah !
Jika benar pada ketika ini telah mula bibit-bibit perpecahan dan persengketaan antara kami, Engkau perkuatkanlah ikatan persaudaraan dan keakraban kami atas nama kesatuan ummah. Jika benar pada ketika ini telah ada rasa keegoan dan sifat meninggi diri antara kami, Engkau padamkanlah api kesombongan kami dan terbitkanlah rasa merendah diri dalam diri kami, rasa kasih sayang sesama kami atas nama iman dan tauhid yang satu.
Jika benar pada ketika ini telah ada sifat mencurigai, sifat meragui antara kami, Engkau gantikanlah dengan sifat saling mempercayai, saling memahami, saling meredhai antara kami atas nama ukhuwwah yang kukuh.
DOA MAKAN MALAM ASAT TAHUN 2009
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Majlis Jamuan sempena ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG peringkat kebangsaan TAHUN 2009 di Kompleks Seri Bintang yang berdiri megah ini. Justeru itu, Engkau pertautkanlah jalinan kemesraan dan kesepaduan antara kami dalam majlis yang dianjurkan ini. Seterusnya kurniakanlah pertemuan kami dalam majlis ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya.
Wahai tuhan yang maha perkasa lagi maha bijaksana. Jadikanlah aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program susunan kami ini sebagai perintis buat kami untuk terus berusaha demi mencapai objektif yang kami citakanselaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan dan membina negara bangsa. Kukuhkanlah ikatan perpaduan antara kami agar terjamin keamanan dan keselamatan hidup dalam negara yang berbilang kaum ini.
Wahai Tuhan Yang Empunya Penimbang Keadilan. Di tangan Mu lah terletaknya kuasa menilai secara mutlak dengan penuh keadilan.
Kami mengharapkan agar Engkau menerima dan meredhai usaha yang kami laksanakan ini sebagai ibadah buat kami, dan sebagai bekalan buat kami untuk mengadap Mu di Hari Keadilan nanti. Janganlah Engkau mensia-siakan usaha kami ini sebagaimana Engkau ketepikan doa golongan yang Engkau murkai.
ALLAHUMMA YA MUDABBIRAL AMRI! WA YA ZALJALALI WAL IKRAM!
Cabaran hidup dunia remaja pada hari ini amat membimbangkan kami. Justeru kurniakanlah kepada kami dan pelajar-pelajar yang menyertai program ini jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah mereka daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi khaira ummah selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
PENUTUP PERTANDINGAN NASYID ASAT PERINGKAT KEBANGSAAN
ALLAHUMMA YA MUNZILAR RAHMAH WA YA FATIHAL BARAKAH
Segala pujian hanya layak buat Mu Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Atas rahmat dan inayah Mu jua dapat kami menyempurnakan pertandingan nasyid sempena Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat kebangsaan seterusnya dapat kami berhimpun dalam Majlis Penutupan pada hari ini. Justeru, kurniakanlah kepada kami kerahmatan dan keberkatan dalam majlis yang kami anjurkan ini.
Wahai Tuhan yang Maha Indah lagi menyukai keindahan.
Jadikanlah susunan kata dalam lirik yang dialunkan dengan melodi yang menarik dan suara yang merdu ini sebagai sebahagian daripada wadah untuk kami terus berdakwah. Lembutkanlah hati dan jiwa kami untuk menerima dengan tenang madah kata penuh nasihat yang disampaikan penuh keasyikan ini. Seterusnya jadikanlah alunan nasyid ini sebagai alternatif hiburan yang mampu mendidik dan memimpin jiwa kami ke arah kebaikan. Juga condongkanlah hati kami untuk memilih bentuk-bentuk hiburan yang menepati syariat Mu sebegini.
DOA PERHIMPUNAN PAGI (BULAN DISEMBER)
Ya Allah ! Ya Munzilar Rahmah !
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at Mu.
Allahumma Antal Azizul Jalil!
Dengan penuh keazaman, penuh iltizam di awal tahun hijriah 1431 ini, kami pohonkan ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama di sepanjang tahun ini, agar tercapai objektif dan matlamat perkhidmatan yang dihasratkan.
Semarakkanlah semangat hijrah dalam diri kami untuk kami berhijrah ke arah kebaikan sebagaimana engkau gerakkan hati Rasul Mu dan sahabat-sahabatnya. Perkuatkanlah tekad dan azam kami untuk terus berjuang dan berkorban ke arah memartabat ummah dan negara kami. Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan dan rasa kebencian kepada segala bentuk kemungkaran.
Allahumma Ya Karim Ya Wadud!
Lindungilah kami dan keluarga kami daripada sebarang musibah yang tidak kami ingini melainkan Engkau takdirkan tersirat rahmat di dalamnya. Lindungilah maruah kami dan keluarga kami daripada sebarang penghinaan melainkan Engkau kembalikan kehormatnnya. Lindungilah harta benda kami daripada sebarang pencerobohan melainkan Engkau menggantikan yang lebih berkat daripadanya.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
DOA SEMPENA HARI LAHIR
Ya Allah!
Rasa kesyukuran kami terhadap nikmat ihsan dan rahmat Mu, pada hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan. Kami bersyukur kepada Mu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari mu jua.
Ya Allah!
Bersempena sambutan hari lahir kami hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami sehingga menjadikan kami golongan yang berjaya pada hari ini.
Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.
Ya Allah!
Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, kau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga Mu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.
Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami masih dalam kandungan lagi.
Ya Allah!
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.
DOA MENYAMBUT PENGARAH / PEGAWAI BARU
Allahumma Ya Arhamarrahimin!
Penuh kesyukuran dan segala pujian hanyalah layak buat Mu Tuhan Yang Maha Melimpah Segala kurnia di atas muka bumi ini. Kami amat bersyukur atas pertemuan yang disusun ini khusus buat pertama kalinya pertemuan kami dengan pimpinan baru jabatan ini. Jadikanlah pertemuan pertama kami ini sebagai rintis buat kami semua pegawai dan kakitangan di jabatan ini untuk terus mengorak langkah memacu kejayaan dalam bidang pendidikan khususnya di Kuala Lumpur ini.
Dengan kehadiran pemimpin baru buat kami, tambahkanlah dalam diri kami rasa kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama agar tercapai objektif dan matlamat perkhidmatan yang dihasratkan.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan warga jabatan ini seluruhnya kurniaan kesabaran dan ketabahan yang jitu, kerjasama dan semangat permuafakatan yang padu serta semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Wahai Tuhan yang Maha Luas Pertolongan dan Maha Melimpah Keberkatan. Kurniakankanlah keberkatan ke atas usaha-usaha dan sumbangan bakti yang telah ditaburi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kami dalam arena pendidikan di wilayah kami ini. Moga-moga hasil dan manfaat daripada usaha yang telah mereka curahkan akan menjadi pedoman buat kami bagi meneruskan perjuangan memartabat dunia pendidikan di negara ini.
DOA PERPISAHAN PEGAWAI JPWP
اللهم لك الحمد, انت قيم السموات والارض ومن فيهن
Dalam kesayuan kami rafa’kan kesyukuran kepada Mu, dengan limpahan rahmat dan inayah Mu dapat kami anjurkan Majlis Lambaian kasih khusus buat pemimpin yang banyak berjasa dan menabur bakti dalam dunia pendidikan khususnya di JPWP Kuala Lumpur iaitu En. Sulaiman Bin Wak, Mantan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Datin Khairiah Binti Abdul Majid, Mantan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPWP Kuala Lumpur. Kami pohonkan kerahmatan dan keberkatan Mu yang Maha Luas di sepanjang majlis ini diadakan. Semoga pertemuan ini dapat membibitkan kenangan manis buat mereka berdua di hari-hari mendatang. Dan semoga pertemuan kali ini juga membuatkan kami seluruh warga jabatan ini sentiasa berada dalam ingatan mereka berdua.
Ya Allah! Janganlah engkau membiarkan perpisahan kami ini sebagai penghalang buat kami meneruskan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin. Jadikanlah perpisahan kami ini sebagai penambah akrab buat kami, sebagai pengukuh ikatan persaudaraan buat kami. Perkukuhkanlah hubungan keakraban kami yang tersedia terjalin dan jadikanlah pertemuan dan perpisahan kami ini atas nama iman dan Islam serta di bawah redha Mu.
اللهم يا فاتح البركة
Wahai Tuhan yang maha Luas Pertolongan lagi Maha Melimpah Keberkatan. Kurniakanlah keberkatan ke atas usaha-usaha dan sumbangan bakti yang telah mereka berdua taburkan dalam arena pendidikan khususnya di Kuala Lumpur ini. Moga-moga hasil dan manfaat daripada usaha yang telah mereka berdua curahkan akan menjadi pedoman buat kami bagi meneruskan perjuangan memartabatkan dunia pendidikan di negara ini.
Ya Allah! Pada kesempatan ini kami juga pohonkan agar Engkau kurniakan limpahan kesejahteraan dan kerahmatan kepada kedua-dua pemimpin kami ini agar dipermudahkan urusan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat bertugas yang baru nanti. Kekalkanlah semangat kerja yang tinggi dan komitmen mereka sedia ada agar terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Bantulah mereka melaksanakan tugas dengan penuh keimanan dan keinsafan demi menjana akhlak dan sahsiah anak bangsa kami.
اللهم اصلح لنا ديننا الذى هو عصمة امرنا,
واصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا,
واصلح لنا اخرتنا التى اليها معادنا,
واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير,
واجعل الموت راحة لنا من كل شر .
DOA PERHIMPUNAN PAGI BULAN MAC 2010
اللهم لك اسلمنا وبك امنا وعليك توكلنا واليك انبنا وبك خاصمنا واليك حاكمنا فاغفرمنا ما قدمنا وما اخرنا وما اسررنا وما اعلنا انت المقدم وانت المؤخر لااله الا انت
يا الله يا رحمن يا رحيم
Wahai Tuhan Yang Maha Melimpah Rahmat lagi Maha Luas keberkatanNya.
Kami rafa’kan kesyukuran hanya buat Mu Tuhan Semesta Alam, kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at Mu.
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas, penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama, agar tercapai objektif dan matlamat perkhidmatan yang dihasratkan.
Wahai Tuhan Pemelihara Sekalian Alam, Penjaga Sekalian makhlukNya,
Peliharalah diri kami dan anak-anak kami dari terjebak dalam keruntuhan akidah dan kerosakan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian kami. Pandulah kami ke arah memperteguh iman memperkukuh akidah, memperelok akhlak memperindah maruah. Jadikanlah kami dalam golongan yang bersyukur atas nikmat yang sedikit, bersemangat dengan tekad yang ada, bersabar dengan musibah yang menimpa, berlapang dada dengan dugaan yang melanda.
Wahai Tuhan ...
Kurniakanlah jua keamanan dan kesejahteraan kepada negara kami yang berbilang kaum ini, selamatkanlah negara kami daripada bencana alam yang tidak terduga, selamatkanlah negara kami dari sebarang penjajahan dan penindasan oleh mana-mana kuasa.
اللهم اصلح لنا ديننا الذى هو عصمة امرنا,
واصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا,
واصلح لنا اخرتنا التى اليها معادنا,
واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير,
واجعل الموت راحة لنا من كل شر .
DOA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT WPKL
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima Yurid,
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dalam sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan bagi tahun ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu. Sesungguhnya kami dapat rasai bahawa sambutan ini merupakan satu penghargaan yang amat tinggi buat kami.
Wahai Tuhan Yang Maha menilai segala kebaikan hamba-hambaNya.
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Dorongkanlah hati kami rasa kesungguhan, komitmen dan iltizam yang tinggi untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabat anak bangsa yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara seterusnya menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan yang kami ceburi ini sebagai ibadah semata-mata mengharapkan rahmat dan redha Mu.
Ya Allah, Ya Mudabbiral Amri ,
Pada saat dan detik ini jua kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kasih sayang terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak-anak kami sendiri. Kurniakanlah kepada kami kesabaran dalam menempuh kerenah dan gelagat anak didik kami. Kurniakanlah kepada kami ketabahan dalam usaha menjulang kejayaan anak didik kami. Kurniakanlah kepada kami rasa kesungguhan dalam usaha memartabat kualiti anak didik kami sebagai insan yang seimbang jasmani, emosi dan ruhani.
Wahai Tuhan Pemelihara Sekalian Alam, Penjaga Sekalian makhlukNya,
Peliharalah diri kami dan anak-anak didik kami dari terjebak dalam keruntuhan akidah dan kerosakan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian kami. Pandulah kami ke arah memperteguh iman memperkukuh akidah, memperelok akhlak memperindah maruah.
اللهم اصلح لنا ديننا الذى هو عصمة امرنا,
واصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا,
واصلح لنا اخرتنا التى اليها معادنا,
واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير,
واجعل الموت راحة لنا من كل شر .
DOA MAJLIS BICARAWARA PENGETUA / GURU BESAR
اللهم لك اسلمنا وبك امنا وعليك توكلنا واليك انبنا وبك خاصمنا واليك حاكمنا فاغفرمنا ما قدمنا وما اخرنا وما اسررنا وما اعلنا انت المقدم وانت المؤخر لااله الا انت
يا الله يا رحمن يا رحيم
Wahai Tuhan Yang Maha Melimpah Rahmat lagi Maha Luas keberkatanNya.
Kami rafa’kan kesyukuran hanya buat Mu Tuhan Semesta Alam, kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at Mu.
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas, penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama, agar tercapai objektif dan matlamat perkhidmatan yang dihasratkan.
Bantulah kami menjadi pemimpin yang berdedikasi dan berhemah tinggi, kreatif dan berinovasi sesuai dengan perubahan era zaman ini seterusnya mampu mencapai matlamat melahirkan generasi rabbani.
Wahai Tuhan Pemelihara Sekalian Alam, Penjaga Sekalian makhlukNya,
Peliharalah diri kami dan anak-anak kami dari terjebak dalam keruntuhan akidah dan kerosakan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian kami. Pandulah kami ke arah memperteguh iman memperkukuh akidah, memperelok akhlak memperindah maruah. Jadikanlah kami dalam golongan yang bersyukur atas nikmat yang sedikit, bersemangat dengan tekad yang ada, bersabar dengan musibah yang menimpa, berlapang dada dengan dugaan yang melanda.
Wahai Tuhan ...
Kurniakanlah jua keamanan dan kesejahteraan kepada negara kami yang berbilang kaum ini, selamatkanlah negara kami daripada bencana alam yang tidak terduga, selamatkanlah negara kami dari sebarang penjajahan dan penindasan oleh mana-mana kuasa.
اللهم اصلح لنا ديننا الذى هو عصمة امرنا,
واصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا,
واصلح لنا اخرتنا التى اليها معادنا,
واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير,
واجعل الموت راحة لنا من كل شر .
DOA AWAL RAMADHAN DAN DOA BUAT IBU AYAH
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di wilayah kami.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Kami bersyukur atas kurniaan nikmat bulan ramadhan yang Engkau pertemukan kami dengannya pada tahun ini. Maka jadikanlah bulan ini benar-benar dapat mendidik jiwa dan ruhani kami untuk menjadi insan yang bertakwa sebagaimana matlamat puasa yang engkau fardhukan ke atas kami. Jadikanlah jua bulan ini permulaannya kerahmatan buat kami dan keluarga kami, pertengahannya keampunan buat kami dan keluarga kami dan penghujungnya kemerdekaan dari azab neraka buat kami dan keluarga kami.
Ya Allah! Dikesempatan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan Mu ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami sehingga menjadikan kami golongan yang berjaya pada hari ini.
Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud kepada kebesaran Mu, kau ampunkanlah dosa-dosa ibu kami. Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud kepada keagungan Mu, kau ampunkanlah dosa-dosa ayah kami. Hulurkanlah rahmat kasih sayang Mu kepada keduanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami dilahirkan hingga ke hari ini.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan Mu, Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.
Ya Allah!Ya Wadud!
Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, kau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga Mu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.
Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami masih dalam kandungan lagi.
Ya Allah!
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...