Pages

Ads

Thursday 28 June 2012

KERJA ADALAH IBADAH


Assalamualaikum..

Kerja adalah ibadah.. kata-kata ni selalu kita dengar..tapi ada ke cuba kita detailkan apa maksud kepada kata-kata tersebut..

Kerja yang aku maksudkan disini adalah kerja yang dilakukan setiap hari ..cari doit untuk makan dan minum.. Sebenarnya apa-apa pun kerja yang kita lakukan dalam konteks kita sebagai org muslim dianggap ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak.




Definisi Kerja : kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran.

Definisi Ibadah : kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya.

Jadi bila digabungkan bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah..

 Ini definisi yang sebenar yang patut kita fahami.. kerja untuk dapat duit, dan pada masa sama jika kita anggap ia satu ibadah, kita juga akan dapat pahala..dan yang paling penting kerja tu mestilah halal dan tidak bertentangan dengan syarak...

Yang paling utama untuk dikira sesuatu kerja itu sebagai ibadah adalah Niat.. Niat bekerja kita mestilah kerana Allah... dan ada lagi sebenarnya ciri-ciri lain yang perlu ada untuk dicirikan kerja itu sebagai ibadah... kat sini cuma aku highlight kan pasal Niat..hehe

Oleh itu, jom kita sama-sama pakat bermuhasabah diri kita dengan sentiasa membetulkan niat apabila melangkah keluar rumah untuk bekerja bahawa semua kerja yang dilaksanakan kerana Allah Taala. Sebab bila niat betul, barulah kerja yang kita berikan akan ikhlas..suci dan murni..dan akan ada keberkatan disitu.

Itu sahaja yang aku nak kongsikan..hehe..harap dapat beri faedah kepada diri aku sendiri dan kita semua..Amin


Nota Kaki : Mudah-mudahan setiap pergerakan kita dari mula keluar rumah hingga kita pulang dikira sebagai ibadah dan amal soleh, rezeki yang diterima penuh keberkatan..Insyaallah.

SUNGGUH SERIUS  POSTING AKU KALI NIEH..HEEHE

~ ke|ah biru


Monday 11 June 2012

SUKAN BADMINTON MENGUATKAN TANGAN ?

Assalamualaikum..

aku mulakan post kali ni dengan persoalan berikut Adakah Sukan Badminton Menguatkan Tangan ?

ada seorang sahabat aku (nama dirahsiakan) ni suka sms aku dan update aku buat apa... bila aku reply tengah main badminton, terus dia reply ' patutla tangan kuat'...hehe

Bermain badminton atau bersukan apa sahaja boleh menyihatkan tubuh badan..  Ada perpatah Arab yang berbunyi  `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’..memang benar.. Bila kita bersukan , badan akan terasa segar.. dan pada masa yang sama akal kita akan beroperasi dengan baik..ini akan menambahkan lagi kekusyukkan kita ketika bersolat..dan jika sukan yang dimainkan adalah badminton...makan secara tidak langsung akan menguatkan tangan kita..hhehe..

Sukan yang aku gemar adalah yang melibatkan pergerakkan tangan seperti badminton, pingpong, squash, main dam , catur dan jugak karom... dam ular dan sahibba jugak termsuk dalam sukan kegemaran aku semasa kanak2..


 Bersukan disamping menyihatkan badan, aktiviti ini juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara kawan-kawan.. aku penah dengar petua dari seseorang .. bila kita nak tambah kawan dan kenalan apabila kita baru berpindah ke tempat baru, ada 2 cara kita boleh lakukan..yang pertama adalah pergi ke Masjid (Rumah Allah) dan ke-2 adalah dengan menyertai aktiviti sukan contoh macam main bola atau main badminton.. kalau pergi kenduri pun baguih jugak..tapi kenduri ni bukannya tiap2 hari ada..hehe

Secara kesimpulannya  marilah kita bersama-sama menggerakkan aktiviti sukan untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat

..sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui iaitu Allah SWT.

Wassalam

P/s: jum main badminton!!

~ ke|ah biru




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...