Assalamualaikum semua.. kali ni aku nak cerita sejenis ikan yang aku bela..ikan ni mempunyai mulut yang sangat seksi.. Ikan ni ada hobi yang pelik berbanding spesis ikan yang lain iaitu bercium..haha.. pelik bukan??
Kalau nak tau, ikan ni bernama Ikan Temakang. Ikan Temakang sejenis ikan tropika yang boleh di dapati di negara Thailand, Malaysia dan Indonesia. Habitat ikan temakang ini suka pada air tenang yang mempunyai reba seperti kolam atau paya air hitam. Ikan ini setahu aku memang susah nak makan pancing mungkin disebabkan oleh saiz mulut yang kecil dan unik...tapi kalau nak tangkap berguni2 boleh la try guna pukat sebab ikan ni hidup dan bergerak secara berkumpulan..

“...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,...” (Al-Hujurat 49:13)
....... semoga kita semua menjadi orang-orang yang beriman dan bertakwa...amin
![]() |
keseksian mulut Ikan Temakang terserlah |
Moral : Ikan temakang merupakan spesis yang makin pupus dan terancam.. sama-samalah kita jaga makhluk ciptaan Allah ini supaya generasi cucu cicit kita masih mampu untuk melihat spesis ikan bercium..hehe
~ ke|ah biru
masa tahun 80 an selalu tangkap ikan temakang dalam parit di kg
ReplyDelete