Pages

Ads

Monday 21 January 2013

KETUA SAINTIS DUNIA (BIODATA) - HEBAT!!!

BIODATA
Abdul Halim Bin Bistamam (lahir 14 Oktober,1955) di Kampung Pasir Gajah,Parit,Perak.
Beliau kini menetap di Taman Rapat Setia Baru,Ipoh,Perak Darul Ridzuan.Beliau merupakan seorang Saintis Malaysia yang cukup arif di bidang sains dan matematik.

Keluarga
Isterinya Inson Yang ialah seorang suri rumahtangga dan mendapat empat anak lelaki dan empat orang perempuan.

Pendidikan

Abdul Halim mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah,Parit dan sekolah menengah di Iskandar Shah Parit, Perak dan Maktab Adabi Masriyah,Bukit Mertajam dan seterusnya memasuki Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang pada tahun 1977 hingga 1978

Kerjaya Penyelidik Di Bidang Sains Pemikiran.

Beliau memulakan penyelidikan ini secara persendirian semenjak di bangku sekolah lagi hingga kini dan sering kali mengadakan perbincangan-perbincangan bertaraf dunia dengan Pemikir-Pemikir di bidang Sains Fizik contohnya menghadiri:

1)Di Persidangan Kuasa Fikir (Brain Power)di hadapan pakar otak Amerika Dr.Kenneth Weason yang berlangsung di Pusat Sains Negara.
2)Di World Conference & Exhibition 2006 on training & Development yang berlangsung di KLCC dengan kerjasama UITM selaku penganjur persidangan
3) Pertemuan dan dialog dengan Ketua Pengarah UNESCO Bangsa-Bangsa Bersatu di KLCC mengenai masa depan planet bumi.
4)Pertemuan dan dialog dengan Ketua Pengarah Agensi Atom Antarabangsa di KLCC
5)Pertemuan dan perbincangan dengan Naib Canselor Universiti Cambridge UK di Sunway College
6)Pertemuan dan perbincangan dengan Angkasawan Negara Syeikh Muzaffar Syukor mengenai Sains Saraf
7))Dialog bersama pelajar-pelajar AERO Angkasa di Universiti Sains Malaysia di Tronoh dan berita itu telah di keluarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 30/06/09
8)Perbincangan Dengan Pemenang Nobel di bidang fizik yang juga seorang Ahli Jawatan Kuasa Penyelidik mengenai tragedi nahas roket Colombia yang meletup dan mengorbankan tujuh angkasawan Amerika.Beliau yang dimaksudkan ialah Professor Dr.Doughlas Oserof dari Universiti Stenford,Amerika.


* p/s baru-baru nih ada muncul seorang ketua saintis dunia dihadapan masjid solat jumaat bandar baru sungai buloh...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...