Pages

Ads

Thursday, 10 January 2013

PENAMBAHAN DRIFTWOOD / KAYU HANYUT SEBAGAI HIASAN

Menambahkan hiasan seperti kayu hanyut memerlukan pengendalian dan persiapan yang rapi. Menambahkan kayu hanyut boleh menambahkan keunikkan akuarium anda dan membuatkan suasana yang lebih natural. Juga mengembirakan ikan. Namun ada bebarapa perkara yang perlu diambil berat sebelum memasukkan kayu ke dalam akuarium anda. Penambahan yang salah dalam akurium menyebabkan anda terpaksa mensetup semula kayu anda dan mendatangkan tekanan pada ikan anda. Buat dengan baik untuk pertama kali dengan sedikit perancangan akan menjadikan akuarium kelihatan cantik...

1. Persiapan awal 

Buat lakaran awal kepada akurium anda. Rangka kedudukan yang terbaik bagi kayu anda. Pastikan ada ruang untuk menyorok. atau sesekali membuat laluan dibawah kayu anda.

2. Pembersihan kayu

Pembersihan sebelum memasukkan kayu adalah penting bagi menjaga kualiti air akuarium anda.Gunakan berus lembut untuk membuat debu pada keliling kayu anda. Jangan gunakan bahan kimia / sabun bagi membersihkan kayu anda.

3. Rawatan kayu

Sesetengah kayu akan separa timbul, walaupun kebanyakkanya akan tengelam. Oleh itu rawatan kayu adalah penting. Rendam kayu anda terlebih dahulu. Minimum masa merendam sebelum boleh dimasukkan ke dalam akuarium ialah 2 minggu. Merendam mampu mengelakkan berlaku kekeruhan pada air yang menyebabkan perubahan warna pada air anda. Lakukan pemantau berkala memastikan kayu anda tidak merubah warna air. Kekeruhan sebenarnya tidak merbahaya untuk ikan anda, dan sesetengah pengemarkan ikan akan menggunakan nya untuk merendahkan pH air. 

4. Merebus kayu 

Bagi mempercepatkan proses pelunturan warna kayu, sesetengah mereka gemar untuk merebus kayu. Prosedur ini lebih baik kerana ia memastikan akurium lebih bebas baktiria.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...