Tiap hari bila bangun sahaja dari tidur...adakah kita bersyukur??
Kita seharusnya menyedari dengan keyakinan yang hakiki bahawa kita TELAH mempunyai segalanya pada masa ini, kerana hanya dengan menghayati apa yang kita miliki pada waktu ini barulah kita dapat membuatkan kehidupan kita sepertimana yang kita impikan.
Kita mesti belajar untuk menerima dan redha terhadap kehidupan kita pada masa ini. Kita hidup di dunia yang serba cukup walaupun majoriti dari manusia mempelajari bahawa dunia ini kejam dan sentiasa tidak cukup. Macam sekarang isu harga barang naik..gaji sikit...aku tau benda ni turut aku rasa... sebab tu kita kena belajar untuk redha dan terima kenyataan...
Sebenarnya, anugerah Allah adalah tidak terbatas merangkumi perkara-perkara baik, perkara-perkara yang indah dan pengalaman. Segalanya adalah mencukupi bagi semua makhlukNya, sentiasa cukup! selama ini kita telah tertipu, kita telah dipengaruhi oleh pendapat yang tidak benar yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh derita, sengsara dan sumber-sumber yang terhad. Hakikat yang sebenarnya ialah kehidupan kita serba cukup dan kita mampu memiliki apa yang kita mahukan.
Maka inilah masanya untuk kita menyedari hakikat bahawa kita adalah dalam keadaan sentiasa cukup. Kita mesti mengakui bahawa diri kita pada saat ini adalah cukup sempurna sebagai manusia dalam konteks kesempurnaan seorang hamba. Kita cukup sempurna, sebagaimana diri kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak mahu mengakui hakikat ini, kita akan sentiasa merasa tidak puashati dengan apa yang kita ada dan hati kita akan menjadi susah untuk bersyukur dan mensyukuri nikmatNya.

aku tutup perkongsian ini sengan 1 firman Allah..semoga kita semua dapat mengambil sedikit ilmu dari perkongsian ini..Insyaallah..sekian
"Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha kaya lagi Terpuji" (Luqman:12)
No comments:
Post a Comment