Pages

Ads

Thursday 1 November 2012

GAJI RM 80 000 SEBULAN UNTUK MATYO

KOTA BHARU - "Jika beliau ingin berhijrah ke pasukan baharu, kami terima seadanya dan hormati keputusan tersebut."

Demikian kata Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net) Mahizi Mahmood yang mengulas hasrat penyerang Red Warriors, Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo untuk berubah angin bersama pasukan baharu musim depan.

Mahizi berkata, pihaknya menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh pemain itu sekiranya dia mahu beraksi dengan pasukan lain.

Menurutnya, penghijrahan merupakan sebahagian daripada rencah bola sepak yang secara tidak langsung akan menghangatkan lagi saingan musim hadapan.

"Kami berpendapat sekiranya beliau mahu hendak berhijrah, eloklah dilepaskan. Selaku peminat kami terima ketentuan ini.




"Saya mewakili seluruh penyokong Red Warriors mengucapkan terima kasih kepada Norshahrul di atas sumbangan yang telah diberikan ketika bersama Kelantan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 kelmarin, meluahkan hasrat ingin berpindah ke pasukan Johor bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2013.

Dikhabarkan tonggak kebangsaan tersebut bakal menerima bayaran berjumlah RM80,000 sebulan sekiranya beliau bersedia menyarung jersi skuad yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan itu.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilaporkan belum bersedia melepaskannya yang terkenal dengan jolokan The Linesman itu.

Mahizi menyerahkan isu Norshahrul kepada pihak pengurusan KAFA untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Saya yakin dan percaya segala kerumitan yang timbul akan selesai sebaik sahaja Presidan KAFA, Tan Sri Annuar Musa pulang dari mengerjakan ibadah haji.

"Kami menyokong penuh segala tindakan yang bakal diambil oleh pihak pengurusan begitu juga dalam usaha memperkasakan pasukan bagi menghadapi siangan musim hadapan," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121101/su_01/Biarkan-Mat-Yo-pergi#ixzz2Aw9qK940

~ke|ah biru

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...