Pages

Ads

Saturday 24 November 2012

TIPS - PEMILIHAN FILTER AKUARIAUM

Secara umumnya sekiranya anda telah bercadang dan bersiap untuk memiliki akuarium pastinya anda akan memikirkan kaedah untuk penjagaan akurium supaya ia tidak mudah kotor dan berlumut. Akuarium yang kotor boleh menyebabkan pembiakan baktiria yang tidak baik dan membantutkan pembesaran ikan anda, dan kadang-kadang menyebabkan aset (ikan) belaan anda mati.

Justeru seorang pemilik akurium perlu merancang untuk penuras atau filter yang sesuai untuk akuarium anda. Tips mudah, lebih KECIL AKURIUM anda LEBIH SUKAR untuk anda memaintainkan akurium anda. Maka pemilihan saiz yang sesuai adalah perlu. Paling baik adalah pada saiz 2 kaki dan keatas. Mengikut saiz ikan anda. Dua jenis ketagori bagi filter adalah :

1. Filter biologi :
Iaitu filter yang diasimilasikan dalam air akuarium..... lihat contoh dibawah..

Filter jenis biologi seperti ini amat baik kerana kita dapat mengurangkan ruang meletak filter diluar akurium. Namun kelemahannya, sekiranya ia telah penuh, ia akan menyebabkan pembiakan bakteria... Filter jenis ini juga adalah agak sukar untuk di selenggara dengan baik serta mempunyai masalah untuk mensetup up setiap kali selepas membasuh kerana ia boleh menyebabkan kotoran filter mengeruhkan air yang baru ditukar...

2. Filter mekanikal.

Secara ringkasnya, filter jenis ini membawa air keluar dan menapis diluar dari akurium. Biasanya lebih mahal, namun lebih berkesan.... Tetapi boleh tahan lebih lama. 
Oleh itu, anda fikirkan sendiri filter yang mana perlu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...