Pages

Ads

Saturday 5 January 2013

ALTERNATIF KEPADA IKAN BANDARAYA

Ramai peminat bidang akuarium berusaha untuk menjadikan koleksi ikan mereka kelihatan cantik dan menarik. Kebiasaan bagi pelengkap ikan dalam akuarium peminat akan kembali memilih ikan bandaraya atau nama saintifiknnya pleco. Ikan bandaraya / bandaran ini mempunyai ciri karekteristik yang tertentu yang menyebabkan pemilik akuarium ingin memilikinya, iaitu sifatnya yang suka membuat hal sendiri dan tidak mengganggu ikan lain. Menyebabkannya sesuai untuk dicampur dengan majoriti ikan yang ada. Juga rupanya seakan tukun yang jadikannya menarik sekiranya dibela dalam akuarium berlandskap. Namun pembelaan ikan pleko dalam akuarium yang tiada hiasan / semi-hias menjadikan keadaan nya tidak menarik... Pembelaan ikan pleko yang besar juga akan menjadikan akuarium kelihatan tidak menarik dan hodoh kerana warnanya serta sifatnya yang lebih aggresif untuk mencari makanan.

Pleko besar tidak sesuai dibela dalam akuarium yang menjadikan nya sangat hodoh.

Sebenarnya ada banyak ikan alternatif kepada ikan pleko yang boleh dipilih oleh peminat akuarium. Antaranya ialah ikan loach. Karekter pemalu pada ikan loach menyebabkan ikan tersebut menjadi satu komuniti yang unik dalam akuarium anda. Rujuk kepada post loach.. Antara loach yang kelihatan lebih menarik dengan keadaan yang lebih unik adalah Tiger hillstreem laoch.


Juga boleh dipilih sebagai ikan sampingan adalah ikan catfish. Baung / keli.. Pemilihan spesis cat fish yang unik menjadikan akuarium anda lebih menarik dan unik...


Selamat mencuba...!!!!

1 comment:

  1. Salam, ikan bandaraya ni ade kemungkinan tak memakan tumbuhan akuatik? Sebb lepas saya masukkan ikan ni dlm akuarium, banyak daun2 macam kena potong dan gugur, batang pokok banyak yg patah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...