Pages

Ads

Wednesday 31 October 2012

AJAIB - SOTONG KURITA

Sambungan Sotong Kurita --
Secara ringkas mengenai sotong kurita (SK) nih, pertamanya si ibu SK ini akan bertelur dan menjaga telurnya tanpa mempedulikan kesihatan dirinya. Dan pada akhir dari penetasan anak SK ini, si ibu akan mati kelaparan. 'pengorbanan ibu memang tiada bandingannya'.

Yang ajaibnya di sini ialah, anak kepada SK ini tidak mewarisi sebarang ilmu untuk diturunkan oleh ibu (sebab itunya mati sebelum sempat mengajar anaknya) SK nih.. Di sinilah yang saintis kagum, kerana sekiranya ia tidak belajar dari parent mereka untuk survival bagaimana ia boleh meneruskan kelangsungan hidup dan pandai berdikari dengan daya IQ yang tinggi ??.. Berdasarkan kajian saintis SK ini mempunyai kebijaksaan yang lebih tinggi berbanding beruk. 

 Jika diberi task atau maze untuk SK, maka SK dapat menyelesaikan masalah tersebut lebih baik berbanding beruk.

Jadi sekiranya ibunya tidak mengajar si anak SK nih menjadi bijak, siapakah yang mengajarnya... ???!!! 


Jawapan kepada si saintis senang je, tentulah ilham itu diberikan oleh Maha Pencipta.


Oleh itu, selepas ini sekiranya kita terkagun dan terpelik dengan keupayaan luar biasa makluk melata dibumi ini, maka cepat-cepatlah kita sebut Maha Suci Allah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...