Pages

Ads

Showing posts with label Ajaib. Show all posts
Showing posts with label Ajaib. Show all posts

Wednesday, 31 October 2012

AJAIB - SOTONG KURITA

Sambungan Sotong Kurita --
Secara ringkas mengenai sotong kurita (SK) nih, pertamanya si ibu SK ini akan bertelur dan menjaga telurnya tanpa mempedulikan kesihatan dirinya. Dan pada akhir dari penetasan anak SK ini, si ibu akan mati kelaparan. 'pengorbanan ibu memang tiada bandingannya'.

Yang ajaibnya di sini ialah, anak kepada SK ini tidak mewarisi sebarang ilmu untuk diturunkan oleh ibu (sebab itunya mati sebelum sempat mengajar anaknya) SK nih.. Di sinilah yang saintis kagum, kerana sekiranya ia tidak belajar dari parent mereka untuk survival bagaimana ia boleh meneruskan kelangsungan hidup dan pandai berdikari dengan daya IQ yang tinggi ??.. Berdasarkan kajian saintis SK ini mempunyai kebijaksaan yang lebih tinggi berbanding beruk. 

 Jika diberi task atau maze untuk SK, maka SK dapat menyelesaikan masalah tersebut lebih baik berbanding beruk.

Jadi sekiranya ibunya tidak mengajar si anak SK nih menjadi bijak, siapakah yang mengajarnya... ???!!! 


Jawapan kepada si saintis senang je, tentulah ilham itu diberikan oleh Maha Pencipta.


Oleh itu, selepas ini sekiranya kita terkagun dan terpelik dengan keupayaan luar biasa makluk melata dibumi ini, maka cepat-cepatlah kita sebut Maha Suci Allah....

Wednesday, 24 October 2012

AJAIB - SERANGGA DAUN AJAIB

Serangga yang bakal dikongsi ialah menyerupai seperti daun. Ia kelihatan sangat menakutkan namun sebenarnya ia tidak bersifat agresif dan hanya memakan daun (herbivor). 

Keunikan serangga daun ialah ia mampu untuk mengeluarkan bauan yang busuk bagi mengelakkan diri dari menjadi hidangan untuk haiwan lain.

Jangan tersalah anggapnya sebagai daun bergerak. Lihat dengan teliti anda akan nampak mata dan kakinya... Hebat ciptaan Allah... Adakah para saintis evolusi menganggapnya sebagai berasal dari daun dan berevolusi menjadi serangga.... ???

Tuesday, 23 October 2012

AJAIB - ULAT BULU PALING BERBAHAYA


Sekiranya anda fokus dengan teliti anda akan peransan ada sejenis serangga yang kelihatan menyerupai batang pokok. Keadaan ini dalam bahasa inggeris dikenali sebagai camoflash. Ulat ini dikenali sebagai lomonia obliqua dan mempunyai reputasi yang sangat dasyat dimana ia boleh menyebabkan pendarahan dan kematian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...