Pages

Ads

Monday, 31 December 2012

PEMILIHAN IKAN DALAM AKUARIUM BERLANDSKAP (TIGER BARB & TETRA)

Bagi peminat mereka yang ingin menjadikan akurium mereka berbentuk landskaping, maka pemilihan ikan yang tepat dan sesuai adalah sangat penting. Mereka yang baru berjinak dengan hobi membela ikan perlu menilai semula kekuatan sama ada untuk membiarkan akuarium kosong atau mengisi hiasan akuarium dengan landskap yang indah. Ini adalah kerana landskaping dalam akuarium bukan satu perkara yang mudah. Maksud penulis, tidak mudah adalah dari aspek penyelengaraan (maintanance) akuarium. Memiliki akuarium yang penuh dengan landskap memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Maka anda nilai diri sendiri sama ada ingin terus melakukan landskaping atau sekadar mencuba dengan akuarium kosong.  (Nanti akan dipost mengenai kaedah landskap dan tips penyelengaraannya)

* Tips akurium yang mempunyai landskap yang tidak dijaga akan menyebabkan pertumbuhan bakteria yang banyak dan menyebabkan kematian ikan sedikit demi sedikit.

Namun bagi mereka yang ingin cuba ada bebarapa cadangan ikan dengan profil mereka agar tidak tersalah mencampurkan ikan. Campuran yang salah akan menyebabkan ikan lain cedera dan mati..


TIGER BARB

Tiger barb spesis yang aktif berkumpulan, pembelaan nya perlu lebih dari lima dan keatas. Sekiranya kurang ia akan menyerang ikan lain yang kurang aggresif dengan menggigit ekornya. Pembelaan spesis ikan ini dalam kuantiti yang besar akan menyebabkan mereka berkejaran sesama mereka dan menyelamatkan ikan anda yang lain. Tidak sesuai diberi dengan ikan yang semi-aggresif seperti ikan laga  (ekor panjang akan digigit). Uniknya ikan ini mempunyai pelbagai rupa dan warna yang cantik dan sesuai untuk anda. 

Amat cantik dibela dalam akuarium berlandskap.

TETRA 

Tetra ikan yang sangat cantik dibela secara berkumpulan dan suka hidup secara bersosial.  Pelbagai bentuk dan warna. Ikan tetra mempunyai keluasan spesis yang besar dimana di pasaran kita boleh menjumpai pelbagai spesis tetra yang cantik..

*Tips - jangan tersalah pilih tetra dan barb kerana setengah spesis kelihatan hampir sama...
Spesis tetra, yang seakan bentuk dengan barb... Tidak aggresif..

Tuesday, 18 December 2012

TIPS - PEMILIHAN IKAN HIASAN SUB-DOMINAN

Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan ikan kita akan mencapai satu tahan yang dikenali sebagai statik. Iaitu setelah anda memelihara ikan untuk sekian masa, anda akan dapati bahawa akuarium akan kurang serinya... Sekiranya itu berlaku bermakna, minat yang anda pupuk mungkin menjadi semakin luntur dek sebab keadaan akuarium yang sama dan kelihatan dull... 

Satu cadangan untuk mereka yang ingin mengembalikan sinar akuarium anda ialah dengan menambahkan ikan hiasan yang bersifat sub-domain... Pemelihara ikan yang domain misalnya diskus / arowana / oscar tiger kadang-kadang memberikan kekosongan pada ruangan akuarium anda.... Oleh itu ini adalah beberapa suggestion untuk menambahkan ikan sub-domain dalam akuarium bagi mengembalikan sinar akuarium di rumah anda...

Domain fish :

Discus - boleh dibela bersama dengan tetra, loach....
Tidak boleh dibela sekali dengan ikan bandaran, guppy serta geng-geng tetra (Nanti aku post pasal tetra)
Jangan la sampai banyak sangat...


Arowana - boleh dibela bersama ikan lampam, pari air tawar, bandaraya...
Tidak boleh dibela bersama ikan bersifat dominan yang lain...


Sekiranya anda ada ikan yang anda rasa ingin campur, tapi anda berasa was-was kerana risau ikan bergaduh.. Bolehlah anda luahkan di ruang komen.. Kalau boleh bantu saya cuba respon...

CHIEMERA HIDUNG PANJANG

Sejenis ikan yang sangat unik dan sedang dalam delima kepupusan dikenali sebagai CHIEMERA hidung panjang. Sangat sedikit data dikumpul berkenaan spesis ikan ini.Hidungnya boleh mencecah sehingga lima kaki. Dianggap sebagai anasir yang jahat di negara Afrika kerana bentuknya yang sangat pelik dan hodoh. Ikan ini tinggal  pada kedalaman 8,000 kaki dan jarang dijumpai oleh nelayan...



Tuesday, 11 December 2012

SOTONG KURITA SELIMUT

Satu lagi ciptaan yang sangat unik berkenaan dengan sotong ialah dikenali dengan sotong kurita selimut. Mempunyai kelebihan yang luar biasa berbanding dengan sotong lain iaitu selain dari boleh mengeluarkan dakwat hitam ia juga mampu membesarkan dirinya untuk menakutkan pemangsa yang ingin mendekatinya.. Lihatlah gambar dibawah..


Sekiranya terdapat bahaya sotong ini juga mampu untuk menanggalkan selumutnya sedikit bagi mengelirukan pemangsa. Sungguh luar biasa...

Tuesday, 27 November 2012

ASAL USUL IKAN KOI


Ikan Koi termasuk salah satu jenis ikan Mas hiasan.
 Ikan mas atau Ikan karper (Cyprinus carpio) adalah ikan air tawar yang sangat bernilai dan sudah tersebar luas di Malaysia
 Koi sendiri berasal dari bahasa Cina.
 Asal mula ikan Koi Menurut catatan Kompas, ikan ini konon berasal dari Persia, di bawa ke Jepang dan kemudian Cina dan Korea.
Perkembangan ikan koi sangat  pesat sejak sekitar 160 tahun lalu.
Munculnya ikan koi berwarna-warni adalah hasil pembenihan dan penyilangan spesis ratusan tahun dahulu.
 Dari satu warna, kemudian muncul koi dua warna, yakni Kohako (putih merah), Shiro bekko dan Shiro utsuri (hitam putih). Lalu, muncul berikutnya koi tiga warna, yakni Taisho sanke dan Showa sanshoku (merah, hitam, putih). Dan berikutnya, melahirnya koi multi warna seperti Goshiki, terdiri dari unsur warna dasar biru bercak-bercak merah, hitam, biru tua, dan putih.
Kemudian, hasil persilangan dengan ikan karper Jerman yang dinamakan karper tak bersisik (Kagami goi) sekitar tahun 1904, menghasilkan koi sebagian bersisik dan sebagian tidak. Ikan ini dinamakan Ditsu nishikigoi.
Sampai saat ini, diperkirakan lebih dari 18 jenis utama ikan koi wujud.. aku selalu beli yang harga RM 5 ringgit sahaja..hahha..
 
Ni contoh ikan koi yang selalu aku beli..harga RM 5.00 sekor

MENARIK - IKAN LOACH PEMALU

Salah satu spesis ikan yang boleh dijadikan koleksi bagi pemilik akuarium ialah ikan loach. Ikan ini mempunyai sifat yang agak unik iaitu ia sangat pemalu kerana habitatnya yang dikatakan suka mencari makan dicelahan kayu dan batu. Namun ianya amat sesuai untuk dibela dengan pelbagai jenis ikan yang ada dan tidak suka untuk bergaduh. Banyak pilihan ikan loach yang boleh anda pilih di pasaran.

Antara yang terkenal ialah jenis clown loach.

Ada juga dinamakan sebagai zebra loach
Angelica loach
 

Ikan ini sesuai untuk menambah seri pada akuarium anda supaya nampak lebih natural dan semula jadi. Namun pastikan anda memberikan ikan tersebut ruang untuk mereka menyorong dari serangan ikan lain kerana sifatnya yang suka menyorok. Namun sekiranya komuniti akuarium anda adalah ikan yang damai, anda akan melihat ianya berenang dengan bebas untuk mencari makan dan pulang ke kawasan persembunyian untuk berehat.

Sunday, 25 November 2012

ANEH - CENDAWAN BERLUMINASI


Seperti lampu bercahaya pada waktu malam, tumbuh satu kulat yang mampu untuk mengeluarkan cahaya pada waktu gelap. Itulah keunikan post cedawan berluminasi pada kali ini.Cendawan yang berluminasi selama 24 jam sehari itu di jumpai di Brazil... Sangat unik dan menawan bagi mereka yang berfikir... :)

Saturday, 24 November 2012

LAWAK - PERABUT LAWAK

Adakah anda teringin memiliki perabut yang mahal dan unik dan lain dari yang lain... Sekiranya ia belilah sofa dibawah sangat menarik...












Auch... Sakitnya... Hehehe.. 

PELIK - IKAN OAR

Ikan kategori unik hari ini adalah dikenali sebagai ikan oar.. Sangat-sangat jarang dijumpai kerana ikan ini merupakan ikan yang mendiami laut dalam atelantik. Ikan yang menyerupai parang panjang kerana bentuknya yang sangat nipis dan panjang.


Ikan ini memberi kejutan kepada pelancong di Maxico apabila ia ditemui terdampar dipantai lautan Cabo San Lucas.Disebabkan saiznya yang besar ramai yang tersilap tafsir dengan menyamakan ikan tersebut sebagai lochness monster.. Yang uniknya ia boleh membesar sehingga 50 KAKI, lebih panjang dari sebuah sampan, ia dikatakan tidak membahayakan kerana tidak mempunyai gigi taring yang mampu mencederakan... Amat jarang juga dijumpai di perairan laut negara kita..

TIPS - PEMILIHAN FILTER AKUARIAUM

Secara umumnya sekiranya anda telah bercadang dan bersiap untuk memiliki akuarium pastinya anda akan memikirkan kaedah untuk penjagaan akurium supaya ia tidak mudah kotor dan berlumut. Akuarium yang kotor boleh menyebabkan pembiakan baktiria yang tidak baik dan membantutkan pembesaran ikan anda, dan kadang-kadang menyebabkan aset (ikan) belaan anda mati.

Justeru seorang pemilik akurium perlu merancang untuk penuras atau filter yang sesuai untuk akuarium anda. Tips mudah, lebih KECIL AKURIUM anda LEBIH SUKAR untuk anda memaintainkan akurium anda. Maka pemilihan saiz yang sesuai adalah perlu. Paling baik adalah pada saiz 2 kaki dan keatas. Mengikut saiz ikan anda. Dua jenis ketagori bagi filter adalah :

1. Filter biologi :
Iaitu filter yang diasimilasikan dalam air akuarium..... lihat contoh dibawah..

Filter jenis biologi seperti ini amat baik kerana kita dapat mengurangkan ruang meletak filter diluar akurium. Namun kelemahannya, sekiranya ia telah penuh, ia akan menyebabkan pembiakan bakteria... Filter jenis ini juga adalah agak sukar untuk di selenggara dengan baik serta mempunyai masalah untuk mensetup up setiap kali selepas membasuh kerana ia boleh menyebabkan kotoran filter mengeruhkan air yang baru ditukar...

2. Filter mekanikal.

Secara ringkasnya, filter jenis ini membawa air keluar dan menapis diluar dari akurium. Biasanya lebih mahal, namun lebih berkesan.... Tetapi boleh tahan lebih lama. 
Oleh itu, anda fikirkan sendiri filter yang mana perlu....

Friday, 23 November 2012

CILI UNGGU

Kebiasaannya kita akan melihat cili yang berwarna merah.. Tahukan anda bahawa ada juga cili yang mempunyai warna yang lebih unik iaitu warna unggu...



Juga ada dijual di Sungai Buloh bagi mereka yang ingin memiliki koleksi cili unggu..Namun orang lebih banyak menggunakannya untuk tujuan tanaman perhiasan...

UNIK - PERKARA PELIK DI JUAL DI MUDAH

Kita tahu bahawa internet menjadi dunia tanpa sempadan untuk orang-orang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ada juga mereka yang menggunakan ruang maya untuk melakukan pelbagai jenis bisnes. Namun ada juga mereka yang menjual benda yang agak unik dan boleh dikatakan kelakar yang dijual di Mudah...









IKAN KERING SEPAT..
3 ekor RM 5.


PENGOREK TELINGA BERLAMPU..
RM 5 seunit, tiga saiz...






Friday, 9 November 2012

PERKEMBANGAN BOLASEPAK MALAYSIA YANG SEMAKIN POSITIF

Ahmad Fakri (kanan) ketika sidang media ditemani Faisal, semalam. 
Ahmad Fakri ketika sidang media  


Petaling Jaya: Penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani akan menyertai kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos sejurus selesai dengan tugasan bersama skuad Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2012, bulan depan.

Tawaran yang diterima itu sememangnya disambut positif dengan keinginan Fakri, 23, sendiri yang sudah lama mengimpikan peluang mengembangkan kerjaya bola sepak di luar negara, terutama Eropah.
“Memang sejak kecil, impian saya beraksi di luar dan peluang ini bagus untuk saya terus belajar meningkatkan lagi tahap permainan.


Saya akan berusaha 100 peratus membuktikan kemampuan.

“Keluarga turut memberi sokongan dan sementara saya masih bujang lagi, inilah peluang yang tidak patut dilepaskan.

“Saya sudah bersedia fizikal dan mental untuk beraksi di Portugal,” kata Fakri pada sidang media, petang semalam sejurus tiba dari Bangkok, Thailand.

Sementara itu, pengurus peribadi Fakri, Faisal Zakariah berkata, pemain kelahiran Kelantan yang dibesarkan di Perak itu ditawarkan kontrak enam bulan sehingga musim liga di Portugal berakhir, Mei depan.
“Memang Fakri turut ditawarkan ujian percubaan dengan SC Beira-Mar, kelab divisyen satu Portugal yang disertai Nazmi Faiz Mansor tetapi memandangkan usianya sudah 23 tahun dan mahu Fakri berada dalam kesebelasan utama, kami berasakan lebih baik dia beraksi di divisyen tiga,” kata Faisal.

Fakri yang membantu skuad B-23 negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan 2011 pernah menyarung jersi Perak, Harimau Muda, Perlis, Negeri Sembilan dan FELDA United musim ini.
Sumber : Berita harian

Thursday, 8 November 2012

UDANG LEBAH

Salah satu hobi yang boleh diceburi oleh si fanatik ikan ialah Udang lebah. Udang lebah memberi tarikan dengan rupa dan warna yang sangat unik antara spesis udang-udang yang lain. Walaupun saiznya kecil, namun ia memberi warna-warna yang kontras kepada sekeliling lantaran itu ia sangat cantik untuk dimiliki... Lihat sahaja paparan dibawah..








 Udang lebah berasal dari perarian jeram di jepun dan asia, memerlukan kondisi yang sangat sesuai untuk ia membesar dan membiak. Oleh itu, sekiranya korang berminat nak menjadi penternah udang lebah, carilah sebanyak info yang ada.. Di Malaysia ada juga agen yang menjual udang lebah ini... Wow..






Tuesday, 6 November 2012

PILIHAN HP TERBAIK UNTUK AKU

Aku sebenarnya dalam dilema sekarang..

dah lama aku survey nak dapatkan pilihan hp yang paling best..

dan last sekali 2 hp ni menjadi pilihan aku..

boleh x korang tolong bagi pendapat hp mana lagi ok...








P/s : Tolong sapa2 pakar bab HP ni bantu aku buat pilihan terbaik...


~ke|ah biru

KREATIF KE? ANDA NILAI SENDIRI

Cuba anda amati gambar dibawah..

Kreatif sangat ke?

Kalu x kreatif x pelah..babai.




~ke|ah biru

ANEH - RAMA-RAMA LUTSINAR

Greta Oto adalah nama bagi spesis rama-rama yang mempunyai sayap ala-ala lutsinar. Mungkin salah satu kelebihan yang menjadikan dirinya tidak dapat dilihat oleh haiwan pemangsa dan dapat memastikan kelangsungan hidup... Namun yang pastinya ia bukan kehendak dirinya apatah lagi dari proses yang berlaku secara evolusi... Dan sekiranya terevolusi, dari manakah serangga itu terfikir untuk menjadi lutsinar...

Fikir-fikirkan dan hayati gambar dibawah..


Monday, 5 November 2012

AJAIB - IKAN LUMBA-LUMBA ALBINO

Sains tergembar apabila menjumpai spesis ikan lumba-lumba yang bersifat albino, yang teramat-amat jarang dijumpai sehingga di kategorikan sebagai extremely rare. Ketua biologis, yang menjumpai ikan tersebut merasa teramat kagum dengan keunikan ikan lumba-lumba yang dianggap suatu penemuan yang terbaru..



Albino adalah kondisi kaadaan seseorang yang kurang pigmentasi pada kulit.. Saintis mengatakan bahawa peluang untuk dolphine ini menjadi tipis disebabkan oleh warna yang senang untuk dikesan oleh pemangsa.


PIKHACHU KARTUN VS REALITI

Kat bawah ni ada 2 versi pikhacu..

jum lihat





 Kartun





real punya pikhacu



Yang mana lagi comel???


~ke|ah biru

ANEH - IKAN KEPALA LUTSINAR

Biasanya, kita terdengar akan keanehan haiwan laut... Manusia lebih banyak tahu tentang planet-planet diluar bumi berbanding dengan lautan yang ada dalam bumi.. Amat pelik ye... Salah satunya ialah ikan yang dijumpai di lautan dalam California.. 

Sangat unit, kepala lutsinar seumpama kokpit kapal laut pula...




barreleye (Macropinna microstoma) namanya...

REMAJA MASA KINI - STATISTIK YANG AMAT MEMBIMBANGKAN

Wah..semakin hebat remaja sekarang..
semakin hari semakin menakutkan..
lihat statistik sehingga Jun 2012 dibawah..




Apa komen anda??




~ke|ah biru

Sunday, 4 November 2012

ANEH - PERSAHABATAN PELIK

Dulu dalam subjek sains kata ada kitaran pemakanan, mangsa dan pemangsa...

Namun yang anehnya sesetengah haiwan boleh pula menjadi rakan.. saksikan gambar persahabatan dua dunia berbeza...




Si kucing dan burung hantu...  Fume (si  kucing) dan Gebra (burung hantu)

Mereka mempunyai akrab persahabatan yang sangat rapat, saling membersihkan bulu dan berkejaran sesama mereka... Mungkin persahabatan mereka disebabkan makanan kegemaran mereka yang sama iaitu tikus.... Jadi selepas ini, mungkin anda juga bernasib baik untuk membela bersama kucing dan burung dan menjadikan mereka bersahabat baik.. :)

LAWAK - IKLAN KREATIF 2

Lihat sendiri .. dan komen la hehe














LAWAK - IKLAN KREATIF

Iklan kreatif, lihat dan anda komen la sendiri...








Hahaha...

Friday, 2 November 2012

TIPS UBAT KUKU CEKAM -LISTERINE PENAWARNYA





Merendam kaki anda dalam ubat kumur Listerine selama 15-20 minit, dua kali sehari, akan menyembuhkan kebanyakan kes kulat kuku jari kaki.

Listerine mengandungi bahan-bahan antiseptik dan disinfektan; ia telah digunakan untuk segala-galanya dari gonorea mengubati membersihkan lantai.

Listerine juga baik untuk lepuh pengawetan (sapukan ke lepuh 2-3 kali sehari untuk kering ia keluar), dan kelemumur.


P/s : cubalah try..risiko tanggung sendiri..kehkehkeh


~ke|ah biru

AJAIB - BIAWAK MENANGIS AIR MATA DARAH

Biasakah anda mendengar pepatah yang mengatakan bahawa, 'sekiranya kau menanggis air mata darah sekalipun, ...'... Pepatah nih menasihatkan kita agar tidak terlalu menangisi pemergian orang tersayang... 

Tetapi mungkin pepatah ini kembali menghantui kita, dengan kekuasaan dan keizinan yang maha esa kita telah ditunjukkan bahawa ada kondisi penyakit yang telah membawa kepada menangis air mata darah...

lihat gambar dibawah
















Namun bagi sejenis 
mengkarung nih, mempunyai keunikan yang sangat luar biasa. Ia boleh mengeluarkan air mata darah sekiranya terasa terancam...



Begitulah kebesaran Allah bagi mereka yang mahu berfikir...



 


280,000 PENJAWAT AWAM TERIMA GAJI MAKSIMUM


Semakan kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus bagi sektor awam bermula tahun depan hanya melibatkan kira-kira 280,000 orang atau 20 peratus daripada 1.4 juta kakitangan kerajaan yang telah mencapai tangga gaji maksimum tahun ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, perkara itu memandangkan kumpulan berkenaan yang sepatutnya menerima lonjakan gaji dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kembali menerima tangga gaji maksimum selepas pelarasan gaji sebanyak 13 peratus ekoran pembatalan sistem itu.

Keadaan itu tambah beliau, menyebabkan gaji mereka menjadi statik sekiranya tiada kenaikan pada 2013 sedangkan penjawat awam lain akan menerima kenaikan tahunan seperti biasa sepanjang tempoh interim Sistem Saraan Malaysia (SSM) sehingga skim baharu yang menyeluruh dirangka kelak.

- Utusan Malaysia


~ke|ah biru

Thursday, 1 November 2012

TIPS MEMILIH KERETA MENGIKUT KEPERLUAN

Jangan tersilap membeli kereta.

 Jika anda bercadang untuk membayar ansuran selama 9 tahun, bayangkan.. selama 9 tahun anda perlu berpuas hati dengan kesilapan sendiri. Jadi bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul?

Berikut merupakan cara memilih model kenderaan mengikut keperluan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah

Jenis-jenis kereta sedan  4 pintu
1.D-segmen
2.C-segment 
3.B-segment

1.D-segmen


Mewakili kereta jenis Luxury Sedan.

kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah.

Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series.

kereta Nasional: Proton Inspira


 2.C-segmen

Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga.



 Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze, yang tebaru seperti Proton Preve, Hyundai Elentra (2012).




3.B-segmen

Kereta sedan bersaiz kecil.

Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa.

 Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2.

Compact Car


Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car.



 Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil.

Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat.

MPV

sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga.

 Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal.


Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan.



 Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya.

 MPV lain yang lebih besar pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.


p/s: buat keputusan berdasarkan keperluan anda.Tepuk dada chek dompet..heheh


 satu lagi kereta paling pawa, murah dan jimat





kereta lembu





lihat lagi....




 Kereta lembu yang di modenkan..kehkehkeh





~ke|ah biru

GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Satu hal yang menarik pada ajaran Islam
ialah penghargaan Islam yang sangat tinggi terhadap GURU.
 
 
Diantara hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang GURU adalah seperti berikut:-

“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” – Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim.

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani.

Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” - Riwayat At-Thabrani.

Diantara kata-kata Ulamak berkenaan GURU adalah seperti berikut:-

Imam Al-Ghazali berkata;
“Tidak akan dapat ilmu kecuali dengan merendah diri dan mendengar dengan teliti…”

Imam As-Syafie berkata;
“Aku membuka lembaran kitabku di depan Imam Malik (gurunya) dengan penuh hati-hati, supaya Imam Malik tidak mendengar bunyinya.”

Syu’bah berkata;
“Aku apabila menerima satu ilmu dari seorang manusia maka aku akan menjadi hambanya seumur hidup.”

Syauqi berkata dalam syairnya;
“Tunaikan hak guru dan muliakan mereka, seorang guru seolah-olah nabi yang diutus.”

 
Sumber Rujukan:-

1) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
2) Ahmad Tafsir, 1994, Guru & Pendidikan Mengikut Perspektif Islam.
3) Khairul Gazali, 2005, 30 Wasiat Imam Syafie.
 
p/s :
marilah kita sama-sama mendoakan GURU sepanjang hayatnya,
 
memelihara hubungan dengan keluarga GURU selepas kematian mereka,
 
menziarahi kubur mereka,
 
meminta ampun untuk mereka,
 
mengikut jejak langkah mereka dan menjadikan GURU sebagai contoh dan tauladan dalam kehidupan.
 
~ke|ah biru

PELIK - KERJA PELIK

Kalau kita sedang dilanda musibah, pasti kita akan menyelamatkan harta dan nyawa...


Tetapi, lihat la gelagat orang yang ingin selamatkat harta. Cekidot





Hihihi... nih la namanya tamak... 















IKAN PELANGI @ RAINBOW


Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hias yang banyak diminati masyarakat karena jenis ikan ini juga dapat merupakan komoditi eksport.
 
 Ada 2 jenis rainbow yang cukup terkenal yaitu rainbow Irian Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina ladigesi ahl
 
Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna bagian bawah kuning
 
 jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan menempelkan telur pada tanaman air.
 
Jenis ikan ini dapt hidup dan berkembang-biak dalam aquarium maupun bekas semen.
 
 
P/s : Sungguh indah ciptan Allah.. perlu kita hargai
 
 
~ke|ah biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...