Pages

Ads

Showing posts with label Aneh. Show all posts
Showing posts with label Aneh. Show all posts

Monday, 5 November 2012

ANEH - IKAN KEPALA LUTSINAR

Biasanya, kita terdengar akan keanehan haiwan laut... Manusia lebih banyak tahu tentang planet-planet diluar bumi berbanding dengan lautan yang ada dalam bumi.. Amat pelik ye... Salah satunya ialah ikan yang dijumpai di lautan dalam California.. 

Sangat unit, kepala lutsinar seumpama kokpit kapal laut pula...




barreleye (Macropinna microstoma) namanya...

Monday, 29 October 2012

ANEH - LADANG TERNAKAN BUAYA

Biasanya kita melihat atau mendengar tentang ladang ternakan lembu, ayam dan kambing.. Tetapi pernahkah anda tahu bahawa terdapat juga ladang untuk menternak buaya???

Buaya-buaya diternak, kemudian disembelih dengan berperi kemanusiaan untuk mendapatkan kulitnya untuk dipasarkan dan dijual. Wah, aneh ye.. jadi selepas ni, kalau ada kengkawan yang ingin ajak bisnes, cuba fikirkan tentang ladang buaya??!! Risiko anda sendiri tanggung yer.. Jangan lupa untuk semak status syarak juga... Hehehe

ANEH - SOTONG VAMPIRE



Sotong vampire mendapat namanya kerana rupanya yang menyeramkan. Juga taringnya yang menyerupai vampire. Pasti menggerunkan sekiranya seseorang terserempak dengan haiwan unik ini.

Selain itu ia mampu untuk berubah warna keranan mempunyai organ yang dikenali sebagai photophores yang mampu menyerupai warna alam sekeliling...


. Mempunyai ciri-ciri bersama squid dan octopus. Kebanyakan spesis sotong telah pun pupus dan yang tinggal adalah dari kalangan keluarga phylogenetic relic.. 

Begitulah keagungan kuasa Allah.. Nanti adala lagi post mengenai sotong lain.. Sila tunggu entry lain....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...