Pages

Ads

Wednesday, 30 January 2013

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2013

Berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji 2013 untuk kakitangan awam.
Penting jadual ni untuk perancangan anda. 

 
Gaji untuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali, dan Hari Gawai tidak dibayar awal kerana perayaan tersebut jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan!!

*p/s:  Semoga dapat membantu anda.

ASAL USUL POKOK BONSAI





Bonsai merupakan satu perkataan yang menggambarkan kepada pelbagai situasi :- minat,tumpuan kepada seni dengan cara yang berbeza.
China merupakan tempat di mana seni bonsai ini berasal, sementara di Jepunlah bonsai ini dibentuk sehingga diterima kepelosok dunia.

Apakah sebenarnya bonsai?
Menurut masyarakat Jepun, bonsai mempunyai hubungan di antara alam, manusia dan Tuhan.

 Bonsai diterjemahkan sebagai “tumbuhan di dalam bekas yang leper” atau “tumbuhan pasu yang renek”, namun terpulanglah kepada para peminatnya untuk memberi maksud sebenar perkataan bonsai itu.

Apa yang penting adalah bonsai merupakan satu seni kehidupan.

Bonsai tidak boleh disamakan dengan seni yang dilakarkan dikanvas, marbel atau sebagainya, kerana bonsai merupakan seni tumbuhan yang dicipta begitu unik.





Jenis-jenis Bonsai

Para peminat bonsai sanggup menghabiskan wang ringgit mereka semata-mata untuk mendapatkan bonsai. Pada mereka, apa yang penting bukanlah nilai harganya.
Disebabkan seninya yang terpancar dari bonsai menjadikan para peminat mengumpulnya sebagai koleksi. Sebenarnya bonsai adalah berbeza-beza walaupun dari jenis pokok yang serupa.

 Untuk membentuk sesuatu pokok agar menjadi bonsai memerlukan masa yang lama dan memakan beberapa tahun untuk membentuknya.




Beberapa jenis tumbuhan dapat dibentuk untuk menjadi bonsai
  1. Pine putih Jepun (Pinus plaviflora)
  2. Bunga ceri Higan (Prunus subhirtella)
  3. Limau oren (Citrus aurantium)
  4. Melati (Wrightia religiosa)
  5. Puding (Codieum variegatum)
  6. Lemon Balm Leaf (Otacanthus caerulans)

* P/s : Naluri manusia yang sukakan keindahan menjadikan mereka golongan yang menghargai setiap apa yang indah, berseni dan menarik.  Bagaimana pula dengan anda??? tepuk dada tanya selera..heheh

MINUM SUSU - LAWAK





Semaun satu hari menaiki bas dan duduk di sebelah seorang ibu muda dan seksi. Ibu muda itu sedang ingin menyusu anaknya namun anaknya menolak.


"Cepat minum, kalau adik taknak minum mama bagi abg sebelah minum,"si ibu memujuk anaknya. 10 minit berlalu namun anaknya masih juga tidak mahu minum.


"Kalau adik taknak minum mama bagi betul kat abg sebelah ni,"pujuk si ibu lagi.


Semaun yang dari tadi nampak gelisah lalu berkata "Akak tolong buat keputusan cepat, saya sudah mahu turun lagi 2 simpang di hadapan.

BIL TELEFON MELAMBUNG TINGGI - LAWAK




Bil telefon sebuah keluarga naik  melambung, maka berlakulah
perbincangan antara ahli keluarga:-

AYAH : Sapa guna telefon rumah melampau-lampau ni?
IBU : Saya gunakan telefon tempat saya bekerja.
     AYAH : Ayah pon gunakan telefon tempat ayah bekerja..
                                      ANAK : Oh sori....saya gunakan SMS sahaja. Utk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga...


.....MAID@BIBIK : Jadi apa masalahnya? Semua org gunakan telefon tempat kerja
sama juga dengan saya............

Lorh..........................hehe

Tuesday, 22 January 2013

TEKNIK MENGGEGGAM RAKET BADMINTON YANG BETUL - ASAS

Apa sebenarnya teknik menggenggam raket badminton yang betul?

Sebelum anda memasuki gelanggang badminton, anda haruslah memegang raket anda dengan betul terlebih dahulu . Kalau pegang pun salah macam mana nak main ..hehe..

so  tak payah masuk gelanggang lagi, try pegang raket dekat rumah dulu bagi betul...hehe






Cara yang betul memegang raket semudah berjabat tangan MESRA. Bayangkan cengkaman raket sebagai tangan yang menghampiri untuk berjabat tangan anda. Teruskan dan memegang raket seolah-olah anda berjabat tangan seseorang.. kedudukan tangan anda cuba perhatikan betul-betul.




 

Ibu jari anda perlu menekan selesa di permukaan yang lebih luas genggaman raket manakala selebihnya tangan anda memegang raket seolah-olah anda berjabat tangan. Ibu jari di atas permukaan yang betul membolehkan anda melakukan pukulan kilas yang kuat dan betul.

 

Dalam usaha untuk melaksanakan pukulan badminton yang kuat dengan ketepatan yang tinggi, pergelangan tangan anda perlu fleksibel.

cara anda memegang raket anda yang menentukan kuasa pukulan anda. Selamat mencuba !!

 

 P/s : semoga panduan ini boleh menolong memperbaiki mutu kawalan tangan anda memegang raket.

Monday, 21 January 2013

IKAN OSCAR ( ASTRONOTUS OCELLATUS ) - PREDATOR GANAS

Oscar (Astronotus ocellatus) merupakan salah satu jenis cichlid yang telah lama wujud .
Oscar adalah ikan yang berasal dari Amerika Selatan, S. Amazon, Parana, Rio Paraguay, dan Rio Negro. .
 
Oscar dapat mencapai ukuran 35 cm, akan tetapi rata-rata ikan ini berukuran maksimum 30 cm.
Oscar termasuk ikan cerdas dan memiliki kepribadian. Mereka dapat belajar dengan cepat mengenai jadual makannya.
Semua jenis makanan jika diletakkan kepadanya nescaya diterkamnya.. aku ada membelanya. makanannya mudah ayam ketul pun dia bedal..hehe
 
 Banyak jenis Oscar yang telah dikembangkan selama ini, diantaranya adalah: Tiger Oscar, Red Tiger Oscar, Albino Tiger Oscar, Albino Red Oscar, Gold Oscar, Half Back Oscar, Long Fin Oscar dll.
Ikan Oscar merupakan ikan predator. Mereka akan makan ikan lain yang ukurannya lebih kacil dari setengah ukuran badannya.
 
* p/s : nak bela pastikan jangan dicampurkan dengan spesis lain..nanti tinggal tulang dibahamnya!

KETUA SAINTIS DUNIA (BIODATA) - HEBAT!!!

BIODATA
Abdul Halim Bin Bistamam (lahir 14 Oktober,1955) di Kampung Pasir Gajah,Parit,Perak.
Beliau kini menetap di Taman Rapat Setia Baru,Ipoh,Perak Darul Ridzuan.Beliau merupakan seorang Saintis Malaysia yang cukup arif di bidang sains dan matematik.

Keluarga
Isterinya Inson Yang ialah seorang suri rumahtangga dan mendapat empat anak lelaki dan empat orang perempuan.

Pendidikan

Abdul Halim mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah,Parit dan sekolah menengah di Iskandar Shah Parit, Perak dan Maktab Adabi Masriyah,Bukit Mertajam dan seterusnya memasuki Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang pada tahun 1977 hingga 1978

Kerjaya Penyelidik Di Bidang Sains Pemikiran.

Beliau memulakan penyelidikan ini secara persendirian semenjak di bangku sekolah lagi hingga kini dan sering kali mengadakan perbincangan-perbincangan bertaraf dunia dengan Pemikir-Pemikir di bidang Sains Fizik contohnya menghadiri:

1)Di Persidangan Kuasa Fikir (Brain Power)di hadapan pakar otak Amerika Dr.Kenneth Weason yang berlangsung di Pusat Sains Negara.
2)Di World Conference & Exhibition 2006 on training & Development yang berlangsung di KLCC dengan kerjasama UITM selaku penganjur persidangan
3) Pertemuan dan dialog dengan Ketua Pengarah UNESCO Bangsa-Bangsa Bersatu di KLCC mengenai masa depan planet bumi.
4)Pertemuan dan dialog dengan Ketua Pengarah Agensi Atom Antarabangsa di KLCC
5)Pertemuan dan perbincangan dengan Naib Canselor Universiti Cambridge UK di Sunway College
6)Pertemuan dan perbincangan dengan Angkasawan Negara Syeikh Muzaffar Syukor mengenai Sains Saraf
7))Dialog bersama pelajar-pelajar AERO Angkasa di Universiti Sains Malaysia di Tronoh dan berita itu telah di keluarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 30/06/09
8)Perbincangan Dengan Pemenang Nobel di bidang fizik yang juga seorang Ahli Jawatan Kuasa Penyelidik mengenai tragedi nahas roket Colombia yang meletup dan mengorbankan tujuh angkasawan Amerika.Beliau yang dimaksudkan ialah Professor Dr.Doughlas Oserof dari Universiti Stenford,Amerika.


* p/s baru-baru nih ada muncul seorang ketua saintis dunia dihadapan masjid solat jumaat bandar baru sungai buloh...


FOOTWORK @ PERGERAKKAN KAKI DALAM SUKAN BADMINTON


Apa itu footwork ??
Footwork dalam sukan badminton adalah pergerakkan kaki semas bermain.

Kepentingan footwork Badminton adalah dalam permainan pantas, anda mempunyai sedikit masa untuk bertindak balas selepas setiap pukulan. Gerak kaki yang baik akan membantu anda untuk mencapai bulu awal. Ini adalah wajar dalam semua keadaan.Anda perlu memainkan tembakan anda dari titik tertinggi anda boleh. Jangan biarkan bulu untuk

Berada   kedudukan yang seimbangGerak kaki yang baik membantu anda kekal seimbang semasa anda memukul bulu tangkis. Berada pada kedudukan seimbang menyebabkan anda akan  mampu untuk membuat pukulan yang terbaik.

Jika anda tidak seimbang, maka ia adalah lebih sukar untuk mengawal tindakan memukul anda. Anda perlu untuk mengimbangi gerakan badan anda; besar gerakan badan anda, semakin sukar ia adalah untuk membalas pukulan lawan.

Contoh Footwork yang baik

Gerak kaki yang baik akan membantu anda pulih ke dalam kedudukan asal untuk menampung pukulan berikutnya. Jika anda lambat untuk pulih, maka lawan anda pasti akan mendapat kelebihan. Malah sedikit kelewatan boleh boleh menyebabkan gagal. Anda akan mendapati diri anda lebih-lebih jauh daripada kedudukan pada pukulan berikutnya.

p/s: cuba sendiri dan anda akan lihat kesannya pada permainan anda!!

Tuesday, 15 January 2013

KAYU HANYUT MENARIK

Ritu kami post tanpa meletakkan gambo. Saje nak bagi supprice skit. Sila lihat kayu hanyut yang menarik perhatian kami...


Kayu lebih gelap menjadikan keadaannya lebih asli dengan suasana alam...
Ada kayu yang telah tersedia pokok. Memang sangat cantik... 
Selamat mencuba...

Thursday, 10 January 2013

PENAMBAHAN DRIFTWOOD / KAYU HANYUT SEBAGAI HIASAN

Menambahkan hiasan seperti kayu hanyut memerlukan pengendalian dan persiapan yang rapi. Menambahkan kayu hanyut boleh menambahkan keunikkan akuarium anda dan membuatkan suasana yang lebih natural. Juga mengembirakan ikan. Namun ada bebarapa perkara yang perlu diambil berat sebelum memasukkan kayu ke dalam akuarium anda. Penambahan yang salah dalam akurium menyebabkan anda terpaksa mensetup semula kayu anda dan mendatangkan tekanan pada ikan anda. Buat dengan baik untuk pertama kali dengan sedikit perancangan akan menjadikan akuarium kelihatan cantik...

1. Persiapan awal 

Buat lakaran awal kepada akurium anda. Rangka kedudukan yang terbaik bagi kayu anda. Pastikan ada ruang untuk menyorok. atau sesekali membuat laluan dibawah kayu anda.

2. Pembersihan kayu

Pembersihan sebelum memasukkan kayu adalah penting bagi menjaga kualiti air akuarium anda.Gunakan berus lembut untuk membuat debu pada keliling kayu anda. Jangan gunakan bahan kimia / sabun bagi membersihkan kayu anda.

3. Rawatan kayu

Sesetengah kayu akan separa timbul, walaupun kebanyakkanya akan tengelam. Oleh itu rawatan kayu adalah penting. Rendam kayu anda terlebih dahulu. Minimum masa merendam sebelum boleh dimasukkan ke dalam akuarium ialah 2 minggu. Merendam mampu mengelakkan berlaku kekeruhan pada air yang menyebabkan perubahan warna pada air anda. Lakukan pemantau berkala memastikan kayu anda tidak merubah warna air. Kekeruhan sebenarnya tidak merbahaya untuk ikan anda, dan sesetengah pengemarkan ikan akan menggunakan nya untuk merendahkan pH air. 

4. Merebus kayu 

Bagi mempercepatkan proses pelunturan warna kayu, sesetengah mereka gemar untuk merebus kayu. Prosedur ini lebih baik kerana ia memastikan akurium lebih bebas baktiria.

Saturday, 5 January 2013

ALTERNATIF KEPADA IKAN BANDARAYA

Ramai peminat bidang akuarium berusaha untuk menjadikan koleksi ikan mereka kelihatan cantik dan menarik. Kebiasaan bagi pelengkap ikan dalam akuarium peminat akan kembali memilih ikan bandaraya atau nama saintifiknnya pleco. Ikan bandaraya / bandaran ini mempunyai ciri karekteristik yang tertentu yang menyebabkan pemilik akuarium ingin memilikinya, iaitu sifatnya yang suka membuat hal sendiri dan tidak mengganggu ikan lain. Menyebabkannya sesuai untuk dicampur dengan majoriti ikan yang ada. Juga rupanya seakan tukun yang jadikannya menarik sekiranya dibela dalam akuarium berlandskap. Namun pembelaan ikan pleko dalam akuarium yang tiada hiasan / semi-hias menjadikan keadaan nya tidak menarik... Pembelaan ikan pleko yang besar juga akan menjadikan akuarium kelihatan tidak menarik dan hodoh kerana warnanya serta sifatnya yang lebih aggresif untuk mencari makanan.

Pleko besar tidak sesuai dibela dalam akuarium yang menjadikan nya sangat hodoh.

Sebenarnya ada banyak ikan alternatif kepada ikan pleko yang boleh dipilih oleh peminat akuarium. Antaranya ialah ikan loach. Karekter pemalu pada ikan loach menyebabkan ikan tersebut menjadi satu komuniti yang unik dalam akuarium anda. Rujuk kepada post loach.. Antara loach yang kelihatan lebih menarik dengan keadaan yang lebih unik adalah Tiger hillstreem laoch.


Juga boleh dipilih sebagai ikan sampingan adalah ikan catfish. Baung / keli.. Pemilihan spesis cat fish yang unik menjadikan akuarium anda lebih menarik dan unik...


Selamat mencuba...!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...