Pages

Ads

Tuesday 7 January 2014

RAHSIA PIRAMID GIZA TERBONGKAR



Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. 

Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.

Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. 



Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. 

Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. 

Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Rahsia Piramid
Berdekatan dengan Great Pyramid of Giza ada batu lantai hitam. Apabila dilihat dengan dekat kesan-kesan keratan pada batu-batu tersebut, ia seumpama dikerat dengan mesin zaman moden. Lihat contoh-contoh seperti di bawah;


Batu seolah-olah dikerat dengan mesin moden



Pada tapak-tapak piramid yang lain pula, ada lubang-lubang yang ditebuk pada batu, yang seolah-olah mustahil ditebuk dengan tangan, melainkan menggunakan mesin seperti mesin moden.


Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden



Piramid di Giza dikatakan dibina lebih 4000 tahun yang lalu, tetapi di dalamnya ada lukisan-lukisan kenderaan zaman moden seperti helikopter, kapal selam, hovercraft dan kereta kebal. Bagaimana boleh beberapa tulisan / lukisan itu wujud?



Lukisan kenderaan moden dalam piramid bersama tulisan Hieroglyph

Antara teori yang dapat dinyatakan di sini ialah, kemungkinan tulisan dan simbol berupa kenderaan-kenderaan zaman moden itu adalah lakaran kembali gambar kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum itu lagi. Mungkin diceritakan dan digambarkan semula oleh nenek moyang mereka kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum banjir terbesar dunia zaman Nabi Nuh a.s ataupun sebelum bala-bencana lain yang berlaku yang Allah timpakan ke atas umat dulu kala kerana derhaka kepadaNya.


Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar. 

Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World's Fair di Chicago tahun 1893.



Antenna tanpa wayar



Piring terbang


Ada ditemui barang yang mana dikatakan oleh ahli arkeologi sebagai arca atau ukiran, tetapi bagi ahli-ahli sains kejuruteraan menganggapnya sebagai salah satu komponen dari sebuah mesin. Seperti dalam gambar di bawah, bentuknya pun nampak seperti disk yang mungkin adalah komponen sesebuah mesin. Dan ditemui juga satu batang silinder yang muat jika dipadankan dengan bulatan di tengah disk di bawah.


Sebuah arca atau komponen mesin?

Banyak kaedah matematikal yang berkaitan piramid di Mesir adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4 meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah 149. 4 juta kilometer tepat.


Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat. 

Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno?


Wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan





Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat semata-mata (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. 

Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

*Yang wajib kita percaya tanpa ragu hanyalah AlQuran dan Hadits-hadits shahih dari Nabi S.a.w. Selain dari itu hanyalah hasil kajian manusia biasa yang mungkin ada cacat-celanya. Bagi yang suka boleh terus mengkaji dan memerhati serta berfikir tentang alam ciptaan Allah Yang Maha Esa, dan yang tidak suka hanya perlu abaikan saja. 



Wallahu a'lam

1 comment:

  1. Sangat berterima kasih atas artikel yang hebat ini. terukan usaha info.alam!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...