Pages

Ads

Monday 13 January 2014

KESAN JIKA ANDA BANKRAP @ MUFLIS




BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang – sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang




Anda sudah di ishtihar sebagai Muflis / Bankrap

Apabila pengadilan/penghakiman dijatuhkan, bankrap adalah hilang kelayakan daripada:

(a) Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen;

(b) Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada tindakan tatatertib Jabatan/KPI);

(c) Memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;

(d) Mengamalkan profesion tertentu;

(e) Menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongisan atau menubuhkan syarikat;

(f) Bekerja dalam perniagaan saudara;

(g) Mengekalkan apa-apa tindakan tanpa sanksi KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain;

(h) Meninggalkan Malaysia sebelum/tanpa kebenaran KPI atau Mahkamah;

(i)Pencen dan ganjaran lain yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk menentukan berapa jumlah pencen dan ganjaran yang boleh diberikan kepada bankrap. 

(j) Menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang tertentu

Memandangkan saya sudah diisytiharkan bankrap, apa yang akan berlaku terhadap harta saya?

Semua harta hendaklah terletak hak kepada KPI kecuali yang disenaraikan di bawah Seksyen 48(1)(a)(ii) Akta Kebankrapan 1967. Ini termasuk alat perdagangan dan pakaian keperluan isteri dan anak-anak untuk nilai yang tidak melebihi RM5,000.00. Semua harta yang terletak hak kepada KPI akan dijual dan hasil akan diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan bukti hutang.

6 comments:

  1. Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. Bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

    Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkembangan economic Malaysia masa depan. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yg keterlaluan.

    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang bankruptcy Malaysia ada banyak syarat yang menyikat muflis untuk perkembangan semula seseorang muflis, seperti: Tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari lain orang(Dikehendaki melapor kpd JIM), tidak boleh keluar luar negara berkerja (Pastport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis menjadi wang untuk perlepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yg meningkat masa sekarang boleh menyelesaikan jika Malaysia Bankruptcy Laws (Akta Kebankrapan 1967) boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yg dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrupt hutangnya kalau melebihi RM150,000 keatas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.

    Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah dijatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patuh diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kpd JIM. Biasa sesorang jumlah hutang akan di charge sangat tinggi sampai bankrap oleh pihak bank. Tambahan pula, mereka yang dijatuhkan bankrap dengan jumlah seperti diatas tidak ada niat atau sengaja untuk bankrap sendiri. Apa kebaikan kpd mereka? Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yg tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan atas perkongsian perkara ini..sangat panjang lebar penjelasannya

      Delete
  2. Saya amat bersetuju dgn pendapat datonaga2012, fikirkan, hutang yg dibawah 30k akan dikenakan interest yg tinggi sehingga mencecah tahap muflis, walaupun kebanyakan pinjaman "berlandaskan syariah" dan ada perlindungan insuran. Wajarkah dikenakan "interest" yg tinggi sehinggga capai jumlah utk dimufliskan?

    ReplyDelete
  3. Dunia yg guna pakai sistem kapitalis freemason mmg camtu ler..menekan & menindas golongan miskin..

    ReplyDelete
  4. Adakah hutang kad kredit sebanyak rm7000 boleh diishtihar muflis?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...