Pages

Ads

Monday, 25 February 2013

HARGA RUMAH DI LEMBAH KLANG MELAMBUNG TINGGI

HARGA rumah di bandar raya Kuala Lumpur sekarang dianggap menakutkan. Kondominium One Menerung di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000.

Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga kota berpendapatan sederhana iaitu kira-kira RM6,000 sebulan.

Malangnya, bukan ibu negara sahaja yang mengalami kenaikan melambung harga rumah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Malah, kawasan pinggir Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama.

Tinjauan Jurnal di beberapa lokasi seperti Semenyih mendapati harga rumah teres baharu dengan keluasan 24x70 kaki (7x21 meter) kini mencecah harga RM460,000.

Di Kajang, rumah bersaiz 22x70 kaki berharga RM510,000, Rawang RM288,000 (20x65 kaki), Sungai Buloh RM398,000 (22x75 kaki) dan Klang RM335,000 (24x75 kaki).

Pada umumnya, rumah teres sering menjadi pilihan golongan berpendapatan sederhana kerana saiznya lebih luas serta memiliki laman dan tempat letak kereta yang mesra pengguna.
Malangnya, masih ada satu lagi berita buruk iaitu rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020.

Ini berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.

Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Harga rumah di negara ini akan terus berkembang walaupun berlaku krisis ekonomi,” katanya.
Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.

Beliau memberi contoh rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakalmencapai harga RM3 juta dalam tempoh lapan tahun lagi.

“Untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.

“Secara purata pendapatan isi rumah sekarang ialah RM6,000 bagi golongan pertengahan. Jika harga rumah naik sekali ganda maka pendapatan isi rumah harus meningkat seiring dengan harga rumah,” terang beliau.
Membeli rumah berharga RM500,000 dengan pendapatan bulanan RM6,000 bukanlah satu tindakan bijak.

Menurut kiraan seorang pegawai bank, andaikan si pembeli meminjam RM400,000 sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun.

Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun.

Jika tidak bernasib baik, peminjam tadi mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum sempat melangsaikan hutang rumahnya.

Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang?
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kuala Lumpur, NK Tong berkata, pelbagai faktor menyebabkan kenaikan harga hartanah termasuk pengumuman kerajaan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang.

“Dengan kemudahan seperti MRT, orang ramai akan mula keluar dari pusat bandar dan bertumpu ke kawasan pinggir Lembah Klang. Sehubungan itu permintaan terhadap rumah akan meningkat,” hujah beliau.

“Membeli rumah adalah satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang tetapi saya lihat kini harga rumah yang ditawarkan semakin mahal menyebabkan ramai orang tidak mampu membelinya. Jika ada pun, pasti lokasinya di luar Kuala Lumpur,” katanya.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2Lsy4NFpR 

IKAN BALASHARK @ Balantiocheilos Melanopterus

 
Ikan balashark merupakan jenis ikan yang makin pupus dan patut dilindungi.
 
Ikan balashark yang kecil (benih) merupakan ikan hias yang sangat indah dipandang dengan tubuh yang berwarna perak dan setiap siripnya terdapat warna hitam dan kuning.
 
 Ikan ini termasuk ikan yang sangat mudah mati. Balashark memerlukan oksigen yang tinggi dan air yang jernih. 
 
 
 
 

KAEDAH MENGUATKAN INGATAN



Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut perbezaan dalam kekuatan memori yang telah diciptakan Allah untuk hambanya.

Berikut merupakan beberapa kaedah untuk menguatkan ingatan :
1 - Ilmu itu milik Allah. Maka seeloknya kita meminta dari Allah untuk segala ilmu dan pengetahuan yang ingin kita hafal. Hadis Nabi Muhammad SAW yang mafhumnya bermaksud ilmu Allah itu umpama lautan, dicucuk jarum dan setitis yang melekat pada jarum itulah ilmu Allah yang diberi kepada manusia. Justeru, mintalah ilmu dari Allah, dan mintalah kekuatan ingatan juga dari Allah, kerana Allah yang menjadikan kita dan Maha Kuasa untuk mengubah kejadian kita.

Teori lama mengatakan sel-sel baru akan terbentuk selaras dengan penyimpanan memori, tetapi kajian saintifik terbaru menunjukkan bahawa sel-sel otak akan berubah secara struktur apabila sesuatu data disimpan, dan sekaligus menafikan teori lama di atas. Ingatlah, sesungguhnya sel-sel tersebut tidak akan berubah sama sekali melainkan dengan izin dan kuasa Allah, Tuhan Yang Menguasai diri kita dan segala struktur di dalamnya.

2 - Ilmu itu cahaya, dan tidak ada cahaya dalam kegelapan. Kegelapan di sini dimaksudkan secara maknawi merujuk kepada maksiat. Tiada cahaya dalam kegelapan, maka tiadalah juga ilmu dalam kemaksiatan.

Maksiat menggelapkan hati dan mengeraskannya dari menerima sesuatu yang positif. Secara psikologi, perlakuan maksiat akan menyebabkan pemikiran kita hilang fokus. Lelaki yang selalu melihat sesuatu yang menaikkan nafsu syahwat akan teringat-ingat kepada perkara tersebut. Begitu juga pasangan yang saling mencintai akan menyebabkan mereka saling terbayang antara satu sama lain. Kebiasaannya, gangguan ini akan datang ketika minda sedang berusaha menumpukan kepada pembelajaran, justeru mengganggu fokus minda kita.

3 - Masa optimum untuk mengulangkaji. Masa terbaik ialah semasa badan kita segar dan kurang gangguan luar. Seeloknya, ulangkaji selepas tidur sebentar lebih membantu dalam penyimpanan memori. Antara masa terbaik ialah sebelum dan selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib.

4 - Wujudkan masa rehat untuk otak kita. Masa rehat ini bukan digunakan untuk berbual, menonton televisyen, dan lain-lain aktiviti yang mengganggu tumpuan otak. Tetapi masa ini merupakan masa untuk memanggil balik data-data yang telah disimpan dalam otak kita. Tutuplah buku, cuba untuk mengeluarkan kembali informasi yang telah dipelajari. Antara kaedah yang baik ialah dengan sesi pembelajaran selama 20 minit, kemudian diselangi sesi rehat selama 10 minit.

5 - Keadaan sekeliling membantu penyimpanan memori. Cuba dapatkan keadaan yang tidak terlalu senyap sehingga mengantuk, tetapi tidak pula terlalu terlalu bising sehingga tumpuan terganggu. Seeloknya dapatkan keadaan dengan sedikit bunyi-bunyian yang tidak menarik perhatian, dan bacaan Al-Quran yang perlahan merupakan bunyi yang terbaik untuk digunakan, dengan harapan kita mendapat keberkatan Al-Quran itu sendiri. Muzik akan mengganggu tumpuan otak secara tidak disedari, justeru, jauhkan diri dari mengulangkaji berlatarbelakangkan muzik.

6 - Menggunakan sebanyak mungkin cara mendapatkan memori. Memori boleh didapati dengan melihat dan membaca, mendengar, menulis, amali, dan memikirkan. Kepelbagaian penggunaan cara ini boleh merangsang sensitiviti penyampaian maklumat antara neuron(synaptic sensitization). Contohnya, membaca dengan suara rendah, menulis kembali ilmu, dan menjawab soalan tentangnya boleh memudahkan ingatan.

7 - Pengulangan. Ulanglah bacaan, setelah itu ulang lagi. Penghafal Al-Quran menghafal kalam-kalam Allah dengan teknik ini. Ayat-ayat tersebut diingati tulisannya, bacaannya, cara menyebutnya, kadangkala kedudukan ayat pada muka surat turut diingati. Ingatan tersebut pula kekal dalam memori mereka selama bertahun-tahun, juga melalui pengulangan. Pengulangan juga bermaksud mengulangkaji pelajaran baru pada hari ia dipelajari. Memori manusia terdedah kepada perubahan dan gangguan semakin lama ia tidak diulangi.

8 - Menghubungkaitkan. Pengalaman sendiri lebih diingati berbanding cerita tentang pengalaman orang lain. Jika kita tidak mampu untuk mendapatkan pengalaman tersebut secara realiti, cubalah dapatkan pengalaman tersebut secara bayangan atau imaginasi. Bayangkan kitalah tokoh yang disebut dalam buku teks sejarah itu, atau kaitkan ia dengan pengalaman lampau kita, contohnya kemerdekaan negara dikaitkan dengan permulaan kita hidup berjauhan dengan ibu bapa, atau perjanjian Pangkor dengan perjanjian yang kita pernah buat. Perbandingan antara 2 subjek yang lebih kurang sama membantu dalam penyimpanan dan panggilan semula data.

9 - Bahan yang merangsang ingatan. Kurma, kismis, habbatus sauda', dan lain-lain makanan daripada Sunnah Nabi Muhammad SAW sudah pastinya membantu ingatan, kerana kita yakin Nabi Muhammad SAW merupakan contoh terbaik dalam segala aspek kehidupan. Selain itu, teh dan kopi dalam kuantiti yang sesuai boleh membantu dalam penyampaian maklumat antara neuron, justeru membantu ingatan.

P/S : sEMOGA PETUA INI DAPAT MEMBANTU KITA SEMUA..

Thursday, 21 February 2013

CILI PALING PEDAS KAW...!!!


Rata-rata penduduk malaysia apabila ditanya apakah cili yang paling pedas, pastinya jawapan yang kita terima menjawab cili padi , cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Tapi tahukah kita, cili yang paling pedas dan rasanya yang hangat itu diungguli oleh sejenis tumbuhan yang dinamakan Trinidad Scorpion Butch T, yang tertentunya telah memperoleh rekod gelaran yang paling hangat di dunia. Dengan ukuran 1,463,700 Scoville atau unit haba (rating bagi jumlah sebatian kimia dalam cili) dan mengalahkan pesaingnya, Naga Viper yang telah diberi pada 1,382,118 unit haba.

Cili ini sangat hangat sehinggakan pengendalian mudah memerlukan sarung tangan, topeng muka dan pakaian perlindungan adalah satu kemestian semasa memasak!!

Trinidad Scorpion Butch T berasal dari Republik Trinidad and Tobago. Ia mendapat nama selepas Butch Taylor, pemilik sebuah syarikat sos panas bertanggungjawab menyebarkan benih cili itu. Nama "Scorpion" pada cili, disebut kerana hujung badan cili yang tajam itu dikatakan menyerupai penyengat kala jengking.

Thursday, 7 February 2013

ORANG SUKA MENIPU!!!!!!!

Selama ini, para ilmuwan tidak mengetahui di bagian otak mana pada manusia yang paling bertanggung jawab terhadap sebuah dusta atau kebohongan. Orang hanya tahu kalau dusta itu muncul dari sebuah ucapan, tapi tidak mengetahui kalau itu ada hubungannya dengan bagian tertentu dalam otak.

Setelah melakukan penelitian, akhirnya para ilmuwan menemukan sebuah kesimpulan. Bahwa, otak bagian depan yang terletak pada ubun-ubun itulah yang paling bertanggung jawab terhadap terjadinya dusta.

Kesimpulan ini, sebenarnya tergolong sangat telat jika dibandingkan dengan apa yang sudah diisyaratkan oleh Allah swt. dalam firman-Nya dalam Alquran. Bagian otak tersebut disebut Alquran dengan nama ‘nashiyah’ atau ubun-ubun.


Yang mengagumkan adalah bahwa Al-Quran sejak berabad-abad yang lalu telah berbicara tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahl:
Allah swt. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 15 dan 16.
كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعَنْ بِالنَّاصِيَةِ * نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ


“Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya[1], (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
[1] Maksudnya: memasukkannya ke dalam neraka dengan menarik kepalanya.


Al-Quran memberikan sifat كاذبة خاطئة (mendustakan lagi durhaka). Kenyataan seperti inilah yang ditemukan para ilmuwan pada masa sekarang ini dengan menggunakan pemindaian resonansi magnetik.
Maha Suci Allah Yang telah menyatakan fakta ini yang menunjukkan kemukjizatan Al-Quran yang baru ditemukan pada masa sekarang ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...