Pages

Ads

Sunday, 4 November 2012

ANEH - PERSAHABATAN PELIK

Dulu dalam subjek sains kata ada kitaran pemakanan, mangsa dan pemangsa...

Namun yang anehnya sesetengah haiwan boleh pula menjadi rakan.. saksikan gambar persahabatan dua dunia berbeza...




Si kucing dan burung hantu...  Fume (si  kucing) dan Gebra (burung hantu)

Mereka mempunyai akrab persahabatan yang sangat rapat, saling membersihkan bulu dan berkejaran sesama mereka... Mungkin persahabatan mereka disebabkan makanan kegemaran mereka yang sama iaitu tikus.... Jadi selepas ini, mungkin anda juga bernasib baik untuk membela bersama kucing dan burung dan menjadikan mereka bersahabat baik.. :)

LAWAK - IKLAN KREATIF 2

Lihat sendiri .. dan komen la hehe














LAWAK - IKLAN KREATIF

Iklan kreatif, lihat dan anda komen la sendiri...








Hahaha...

Friday, 2 November 2012

TIPS UBAT KUKU CEKAM -LISTERINE PENAWARNYA





Merendam kaki anda dalam ubat kumur Listerine selama 15-20 minit, dua kali sehari, akan menyembuhkan kebanyakan kes kulat kuku jari kaki.

Listerine mengandungi bahan-bahan antiseptik dan disinfektan; ia telah digunakan untuk segala-galanya dari gonorea mengubati membersihkan lantai.

Listerine juga baik untuk lepuh pengawetan (sapukan ke lepuh 2-3 kali sehari untuk kering ia keluar), dan kelemumur.


P/s : cubalah try..risiko tanggung sendiri..kehkehkeh


~ke|ah biru

AJAIB - BIAWAK MENANGIS AIR MATA DARAH

Biasakah anda mendengar pepatah yang mengatakan bahawa, 'sekiranya kau menanggis air mata darah sekalipun, ...'... Pepatah nih menasihatkan kita agar tidak terlalu menangisi pemergian orang tersayang... 

Tetapi mungkin pepatah ini kembali menghantui kita, dengan kekuasaan dan keizinan yang maha esa kita telah ditunjukkan bahawa ada kondisi penyakit yang telah membawa kepada menangis air mata darah...

lihat gambar dibawah
















Namun bagi sejenis 
mengkarung nih, mempunyai keunikan yang sangat luar biasa. Ia boleh mengeluarkan air mata darah sekiranya terasa terancam...



Begitulah kebesaran Allah bagi mereka yang mahu berfikir...



 


280,000 PENJAWAT AWAM TERIMA GAJI MAKSIMUM


Semakan kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus bagi sektor awam bermula tahun depan hanya melibatkan kira-kira 280,000 orang atau 20 peratus daripada 1.4 juta kakitangan kerajaan yang telah mencapai tangga gaji maksimum tahun ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, perkara itu memandangkan kumpulan berkenaan yang sepatutnya menerima lonjakan gaji dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kembali menerima tangga gaji maksimum selepas pelarasan gaji sebanyak 13 peratus ekoran pembatalan sistem itu.

Keadaan itu tambah beliau, menyebabkan gaji mereka menjadi statik sekiranya tiada kenaikan pada 2013 sedangkan penjawat awam lain akan menerima kenaikan tahunan seperti biasa sepanjang tempoh interim Sistem Saraan Malaysia (SSM) sehingga skim baharu yang menyeluruh dirangka kelak.

- Utusan Malaysia


~ke|ah biru

Thursday, 1 November 2012

TIPS MEMILIH KERETA MENGIKUT KEPERLUAN

Jangan tersilap membeli kereta.

 Jika anda bercadang untuk membayar ansuran selama 9 tahun, bayangkan.. selama 9 tahun anda perlu berpuas hati dengan kesilapan sendiri. Jadi bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul?

Berikut merupakan cara memilih model kenderaan mengikut keperluan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah

Jenis-jenis kereta sedan  4 pintu
1.D-segmen
2.C-segment 
3.B-segment

1.D-segmen


Mewakili kereta jenis Luxury Sedan.

kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah.

Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series.

kereta Nasional: Proton Inspira


 2.C-segmen

Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga.



 Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze, yang tebaru seperti Proton Preve, Hyundai Elentra (2012).




3.B-segmen

Kereta sedan bersaiz kecil.

Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa.

 Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2.

Compact Car


Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car.



 Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil.

Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat.

MPV

sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga.

 Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal.


Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan.



 Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya.

 MPV lain yang lebih besar pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.


p/s: buat keputusan berdasarkan keperluan anda.Tepuk dada chek dompet..heheh


 satu lagi kereta paling pawa, murah dan jimat





kereta lembu





lihat lagi....




 Kereta lembu yang di modenkan..kehkehkeh





~ke|ah biru

GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Satu hal yang menarik pada ajaran Islam
ialah penghargaan Islam yang sangat tinggi terhadap GURU.
 
 
Diantara hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang GURU adalah seperti berikut:-

“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” – Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim.

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani.

Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” - Riwayat At-Thabrani.

Diantara kata-kata Ulamak berkenaan GURU adalah seperti berikut:-

Imam Al-Ghazali berkata;
“Tidak akan dapat ilmu kecuali dengan merendah diri dan mendengar dengan teliti…”

Imam As-Syafie berkata;
“Aku membuka lembaran kitabku di depan Imam Malik (gurunya) dengan penuh hati-hati, supaya Imam Malik tidak mendengar bunyinya.”

Syu’bah berkata;
“Aku apabila menerima satu ilmu dari seorang manusia maka aku akan menjadi hambanya seumur hidup.”

Syauqi berkata dalam syairnya;
“Tunaikan hak guru dan muliakan mereka, seorang guru seolah-olah nabi yang diutus.”

 
Sumber Rujukan:-

1) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
2) Ahmad Tafsir, 1994, Guru & Pendidikan Mengikut Perspektif Islam.
3) Khairul Gazali, 2005, 30 Wasiat Imam Syafie.
 
p/s :
marilah kita sama-sama mendoakan GURU sepanjang hayatnya,
 
memelihara hubungan dengan keluarga GURU selepas kematian mereka,
 
menziarahi kubur mereka,
 
meminta ampun untuk mereka,
 
mengikut jejak langkah mereka dan menjadikan GURU sebagai contoh dan tauladan dalam kehidupan.
 
~ke|ah biru

PELIK - KERJA PELIK

Kalau kita sedang dilanda musibah, pasti kita akan menyelamatkan harta dan nyawa...


Tetapi, lihat la gelagat orang yang ingin selamatkat harta. Cekidot





Hihihi... nih la namanya tamak... 















IKAN PELANGI @ RAINBOW


Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hias yang banyak diminati masyarakat karena jenis ikan ini juga dapat merupakan komoditi eksport.
 
 Ada 2 jenis rainbow yang cukup terkenal yaitu rainbow Irian Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina ladigesi ahl
 
Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna bagian bawah kuning
 
 jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan menempelkan telur pada tanaman air.
 
Jenis ikan ini dapt hidup dan berkembang-biak dalam aquarium maupun bekas semen.
 
 
P/s : Sungguh indah ciptan Allah.. perlu kita hargai
 
 
~ke|ah biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...