Pages

Ads

Wednesday, 1 August 2012

Puasa dari sudut Kesihatan

Assalamualaikum Semua..

Salam Ramadhan kepada semua..kali ni aku nak kongsikan sedikit sahaja tentang puasa ni..Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Dari segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk merehatkan sistem penghadaman setelah 11 bulan bekerja. Disini aku senaraikan kelebihan yang lain apabila berpuasa :
  • Mengurangkan berat badan.
  • Merendahkan paras kolesterol darah.
  • Merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah.
  • Merendahkan tekanan darah.
Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit dan amalan pemakanan yang betul adalah sumber ubat’.

Panduan semasa berbuka yang patut diamalkan...



Jangan gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah. Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.(kdg2 aku ikut..selalu terus bedal air satu gelas..hehe) Jika perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka. kemudian kita haruslah bersederhana dalam pengambilan makanan. Jangan makan berlebihan atau mengikut nafsu. dan paling utama sebenarnya baca doa sebelum makan..hehe

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Amalkan makan secara sihat untuk sihat sepanjang hayat...wassalam..


P/S: Kawal nafsu membeli dan elakkan pembaziran ..hehe (lagi cantik masak sendiri)

~ ke|ah biru

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...