Assalamualaikum..
Kerja adalah ibadah.. kata-kata ni selalu kita dengar..tapi ada ke cuba kita detailkan apa maksud kepada kata-kata tersebut..
Kerja yang aku maksudkan disini adalah kerja yang dilakukan setiap hari ..cari doit untuk makan dan minum.. Sebenarnya apa-apa pun kerja yang kita lakukan dalam konteks kita sebagai org muslim dianggap ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak.
Definisi Kerja : kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran.
Definisi Ibadah : kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya.
Jadi bila digabungkan bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah..
Ini definisi yang sebenar yang patut kita fahami.. kerja untuk dapat duit, dan pada masa sama jika kita anggap ia satu ibadah, kita juga akan dapat pahala..dan yang paling penting kerja tu mestilah halal dan tidak bertentangan dengan syarak...
Yang paling utama untuk dikira sesuatu kerja itu sebagai ibadah adalah Niat.. Niat bekerja kita mestilah kerana Allah... dan ada lagi sebenarnya ciri-ciri lain yang perlu ada untuk dicirikan kerja itu sebagai ibadah... kat sini cuma aku highlight kan pasal Niat..hehe
Oleh itu, jom kita sama-sama pakat bermuhasabah diri kita dengan sentiasa membetulkan niat apabila melangkah keluar rumah untuk bekerja bahawa semua kerja yang dilaksanakan kerana Allah Taala. Sebab bila niat betul, barulah kerja yang kita berikan akan ikhlas..suci dan murni..dan akan ada keberkatan disitu.
Itu sahaja yang aku nak kongsikan..hehe..harap dapat beri faedah kepada diri aku sendiri dan kita semua..Amin
Nota Kaki : Mudah-mudahan setiap pergerakan kita dari mula keluar rumah hingga kita pulang dikira sebagai ibadah dan amal soleh, rezeki yang diterima penuh keberkatan..Insyaallah.
SUNGGUH SERIUS POSTING AKU KALI NIEH..HEEHE
No comments:
Post a Comment