Pages

Ads

Monday, 11 June 2012

SUKAN BADMINTON MENGUATKAN TANGAN ?

Assalamualaikum..

aku mulakan post kali ni dengan persoalan berikut Adakah Sukan Badminton Menguatkan Tangan ?

ada seorang sahabat aku (nama dirahsiakan) ni suka sms aku dan update aku buat apa... bila aku reply tengah main badminton, terus dia reply ' patutla tangan kuat'...hehe

Bermain badminton atau bersukan apa sahaja boleh menyihatkan tubuh badan..  Ada perpatah Arab yang berbunyi  `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’..memang benar.. Bila kita bersukan , badan akan terasa segar.. dan pada masa yang sama akal kita akan beroperasi dengan baik..ini akan menambahkan lagi kekusyukkan kita ketika bersolat..dan jika sukan yang dimainkan adalah badminton...makan secara tidak langsung akan menguatkan tangan kita..hhehe..

Sukan yang aku gemar adalah yang melibatkan pergerakkan tangan seperti badminton, pingpong, squash, main dam , catur dan jugak karom... dam ular dan sahibba jugak termsuk dalam sukan kegemaran aku semasa kanak2..


 Bersukan disamping menyihatkan badan, aktiviti ini juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara kawan-kawan.. aku penah dengar petua dari seseorang .. bila kita nak tambah kawan dan kenalan apabila kita baru berpindah ke tempat baru, ada 2 cara kita boleh lakukan..yang pertama adalah pergi ke Masjid (Rumah Allah) dan ke-2 adalah dengan menyertai aktiviti sukan contoh macam main bola atau main badminton.. kalau pergi kenduri pun baguih jugak..tapi kenduri ni bukannya tiap2 hari ada..hehe

Secara kesimpulannya  marilah kita bersama-sama menggerakkan aktiviti sukan untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat

..sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui iaitu Allah SWT.

Wassalam

P/s: jum main badminton!!

~ ke|ah biru




4 comments:

  1. "makan secara tidak langsung akan menguatkan tangan kita..hhehe.."

    penulis merujuk kepada permainan badminton atau makan..sy keliru

    sy pernah masuk pertandingan carom bersama penulis..kami masuk sampai final..kebetulan masa final sy masuk buah paling banyak..tiba2 penulis boleh masuk buah yg besar yg nak tembak tu (nak panggil apa ek..tmpt sy panggil striker) last2 minit..jadi semua buah kena masuk dalam..patutnya kita dah johan dah..

    apa pun tahun depannya sy masuk dgn junior..masa tu penulis dah grad..kami dapat johan..

    kesimpulannya penulis punya tangan mmg kuat..sbb tu masuk buah striker..

    ReplyDelete
  2. hahha..hampeh..
    voltox memang hebat dalam bermain carom..dan jugak hebat dalam memberi komen apabila kita tersilap menaip..

    ReplyDelete
  3. betul komen anda tetapi mempunyai tangan yang kuat bukanlaa satu-satu ciri untuk bermain baik. Banyak lagi otot yang digunakan. Saya sangat setuju mengatakan permainan badminton memang sesuai untuk semua lapisan umur kerana ia agak kurang berisiko tinggi

    http://bitbinton.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi..komen2 jugak yer..siap promote web dia lagi..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...