Pages

Ads

Thursday, 2 August 2012

Mengajar atau Mendidik ?




Assalamualaikum semua..

Harini genap umur aku yang ke berapa tahun pun tak ingat dah..hehe.. Alhamdulillah..Aku masih lagi dipanjangkan umur.. Bersempena dengan besday aku harini, aku nak kongsikan bersama semua tentang suatu topik yang agak kritikal dan menghayalkan...Topik kali ni adalah berkaitan dengan bidang tugas aku diatas muka bumi ini..iaitu Sebagai seorang Pengajar..huhu

Mengajar atau mendidik? dulu aku sering terbaca benda ni dan bagi aku sesuatu benda yang mudah saja..tiada perbezaan..
tapi setelah aku berkecimpung dalam kerjaya mengajar ni, baru aku tau mengajar dan mendidik ada besar bezanya..korang pulak macammana?
Mengajar boleh la diertikan macam kita ajar apa yang ada dalam silibus/kurikulum dan itu saja.. Contoh jika mengajar membaca A dan akan tamat sehingga Z..

Mendidik pula bagi pandangan aku lebih sukar... Mengajar pelajar mengenal A hingga Z sangat mudah..tapi bagaimana nak didik pelajar tentang huruf A boleh di eja menjadi perkataan AKHLAK seterusnya mendidik mereka menjaga Akhlak dengan baik adalah agak sukar..

disini peranan Pengajar masakini boleh dikatakan agak mencabar.. Mengajar senang..tapi aku pilih untuk mempraktikkan kedua2nya..mengajar disamping mendidik..Apabila guru mula mendidik, maka terdidiklah pelajar tersebut. Ilmu pelajaran penuh di dada beserta dengan akhlak yg terpuji..

Zaman sekarang banyak beza dizaman aku belajar.. zaman aku,  anak murid sangat hormatkan gurunya.. tapi sekarang, nilai  tu seolah2 tidak penting dan aku nampak semakin berkurang..siapa yang sebenarnya yang perlu bertanggungjawab?? Guru atau Ibubapa?

aku tidak cuba menyalahkan ibubapa disini..walaupun hakikatnya besar faktorya adalah daripada ibubapa.. aku juga tidak menyalahkan guru jika anak murid biadap.. tetapi sebagai seorang guru, aku (kita) sebenarnya memikul amanah yang besar dalam mendidik pelajar supaya menjadi insan yang baik, bijaksana dan aklak yang mulia..

macam aku.. yang mengajar diperingkat Diploma, banyak dugaan dan cabaran apabila mahu mendidik dan melentur buluh yang sudah agak keras..tapi sebagai insan yang sudah memilih kerjaya ini sebagai mata pencarian, Insyaallah akan aku cuba sedaya upaya mendidik anak bangsa menjadi generasi yang berguna..Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku...akhir sekali, pesanan ringkas dari penaja Hargailah guru-guru anda!. wasalam


P/S : Terima kasih guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar aku. "Guru ibarat lilin, membakar dirinya demi menerangi orang lain."

~ ke|ah biru

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...