Pages

Ads

Thursday, 18 October 2012

KACUKAN YANG PELIK

Pernahkah anda terbayang apa rupa bentuk haiwan yang mengalami kacukan..

kat bawah ni aku bawakan berapa haiwan kacukan yang dah muncul di kepulauaan Zantager di negara Isketambola..hehe




Burung + Serigala = Bugala



 Koala + Gajah = Gala




 Badak + Ayam = Bayam



 Katak + Oren = Karen



 Kuda + Tembikai = Kukai




 Kiwi + Tikus = Buah Tiwi







Dan yang terakhir......


Anjing + Katak....




Anjing Kurap


keh keh keh...



~Kelah Biru

OBOR-OBOR GERGASI

Obor-obor gergasi atau nama manjanya Nomura adalah antara spesis obor-obor gergasi.

Kerajaan Jepun dan China sedang pening untuk menyelesaikan masalah populasi obor-obor yang sangat muda membiak.

Ini berikutan kajian yang dilakukan menunjukkan obor-obor tersebut mampu untuk menghasilkan berbillion telur. Dan Obor-obor gergasi ini boleh mencecah sehingga 200 KG!!!

Mak aih. Beratnya. Mungkin makanan kita pada masa akan datang ialah obor-obor goreng.

Pikir-pikirkan...

LABAH-LABAH MEMAKAN BURUNG


Sekiranya kita bertembung dengan labah-labah pasti kita akan memikirkan bahawa ia adalah makluk ciptaan yang unik.

Labah-labah adalah kategori spesis serangga. Biasanya burung adalah kategori pemangsa dan pemangsa akan memakan serangga (mangsa) untuk dijadikan sebagai hidangan.

Dengan kata lain burung duduk di atas rantai makanan berbanding serangga.

Tetapi pernahkah anda terbayang bahawa, labah-labah (serangga) mampu untuk memakan burung.

Pastinya pelik dan menarik, terbalik ikut rantai makanan. Lihatlah sendiri...



SUNGAI TERCEMAR CITARUM, INDONESIA





Manusia dan air tidak dapat dipisahkan.

Namun sejak kebelakang ini sungai punca air semakin hari semakin tercemar dek kerakusan manusia nih..

Cuba lihat gambar ini, bayangkan kita terpaksa hidup dalam keadaan yang sebegini untuk 10 tahun akan datang sekiranya kita tidak menjaga alam kita.


Gambar ini diambil dari sungai bernama citarum, terletak di Indonesia. Lebih 5 juta penduduk menghuni kawasan tersebut. juga menggunakan air tersebut untuk keperluan harian.. Amat dasyat.....


Hanya sebagai renungan...



IKAN MATAHARI HIDUP BERSIMBIOSIS

Setiap mahluk adalah dijadikan tidak sempurna dan saling memerlukan antara satu dengan lain. Antara contoh yang sering cikgu ajar kepada murid sewaktu di sekolah dulu adalah akar pokok bersimbiosis dengan cacing untuk memudahkan aliran air dalam tanah. Mungkin itu yang biasa kita dengar, simbiosis yang berlaku antara haiwan dan pokok hidup .

Namun pernahkah anda terfikir seekor ikut bersimbiosis dengan burung. Burung kalau kita tahu sifatnya memakan ikan, tetapi berbeza dengan ikan matahari ia memerlukan bantuan burung (seagul secara spesifiknya) untuk membuang fungus yang tumbuh dibadannya. Ikan yang mempunyai bentuk yang dikatakan unik dan antara spesis ikan yang bakal pupus ini memerlukan bantuan dari ikan lain dan juga burung untuk membuang fungus dibadannya.

Ikan lebih selesa dan burung turut kenyang, dua-dua happy...




Begitu juga dengan kita sebagai hamba yang dijadikan dimuka bumi, sehebat mana pun kita, ingatlah ada kelemahan pada diri kita yang memerlukan kita untuk meminta bantuan dari orang lain. Namun dalam pada itu, orang yang paling tinggi imannya adalah sentiasa meletakkan pergantungan kita pada yang ESA, kerana kita insan yang lemah.. Wallahu'lam...

~ a|am hijau




Wednesday, 17 October 2012

PEPATAH 'DUA DUNIA BERBEZA'

Ingat lagi pepatah dua dunia berbeza. Memang kita biasa mendengarnya, tetapi anda pasti terkejut bila secara realitinya pepatah ini dapat diluahkan dalam bentuk gambar... Hayati gambar ini..

Inilah sepadan antara maxico dan - usa...

~ a|am hijau


POKOK KARNIVOR

Sewaktu zaman prasekolah kita diajar tentang haiwan karnivor.

Baru-baru ini dijumpai spesis pokok karnivor terbaru dan tergempar.

Seorang dari rakan kameraman menangkap tikus dan meletakkan dalam pokok tersebut dan dengan serta merta ia telah membunuh tikus tersebut dengan cecair yang terdapat dapat pokok terssebut.

Ia berbentu seperti bola rugbi, dengan daun yang panjang sainstis mengenali pokok tersebut sebagai  the newly discovered island of Palawan in the Philippines, "nepenthes-Attenborogi"...



~ a|am hijau


KATAK LUTSINAR AMAZON BAKAL PUPUS

Katak lutsinat di Amazon bakal pupus, berikutan pencemaran yang tidak terkawal yang berlaku diseluruh dunia.

Spesis itu antara spesis yang unik yang bakal mengalami kepupusan berikutan tindakan manusia yang tidak terkawal melakukan pencemaran kepada alam.

Spesis baru ini direkodkan penemuannya di Brazil. researcher at the National Institute for Amazonian Research (INPA / MCTI),

 'kepupusan itu berlaku secara senyap, tetapi bilangannya semakin kurang direkodkan.

Oleh itu kita sebagai khalifah dimuka bumi perlu memainkan peranan untuk mengelakkan berlaku kerosakan dimuka bumi.

~ a|am hijau


Thursday, 2 August 2012

Mengajar atau Mendidik ?




Assalamualaikum semua..

Harini genap umur aku yang ke berapa tahun pun tak ingat dah..hehe.. Alhamdulillah..Aku masih lagi dipanjangkan umur.. Bersempena dengan besday aku harini, aku nak kongsikan bersama semua tentang suatu topik yang agak kritikal dan menghayalkan...Topik kali ni adalah berkaitan dengan bidang tugas aku diatas muka bumi ini..iaitu Sebagai seorang Pengajar..huhu

Mengajar atau mendidik? dulu aku sering terbaca benda ni dan bagi aku sesuatu benda yang mudah saja..tiada perbezaan..
tapi setelah aku berkecimpung dalam kerjaya mengajar ni, baru aku tau mengajar dan mendidik ada besar bezanya..korang pulak macammana?
Mengajar boleh la diertikan macam kita ajar apa yang ada dalam silibus/kurikulum dan itu saja.. Contoh jika mengajar membaca A dan akan tamat sehingga Z..

Mendidik pula bagi pandangan aku lebih sukar... Mengajar pelajar mengenal A hingga Z sangat mudah..tapi bagaimana nak didik pelajar tentang huruf A boleh di eja menjadi perkataan AKHLAK seterusnya mendidik mereka menjaga Akhlak dengan baik adalah agak sukar..

disini peranan Pengajar masakini boleh dikatakan agak mencabar.. Mengajar senang..tapi aku pilih untuk mempraktikkan kedua2nya..mengajar disamping mendidik..Apabila guru mula mendidik, maka terdidiklah pelajar tersebut. Ilmu pelajaran penuh di dada beserta dengan akhlak yg terpuji..

Zaman sekarang banyak beza dizaman aku belajar.. zaman aku,  anak murid sangat hormatkan gurunya.. tapi sekarang, nilai  tu seolah2 tidak penting dan aku nampak semakin berkurang..siapa yang sebenarnya yang perlu bertanggungjawab?? Guru atau Ibubapa?

aku tidak cuba menyalahkan ibubapa disini..walaupun hakikatnya besar faktorya adalah daripada ibubapa.. aku juga tidak menyalahkan guru jika anak murid biadap.. tetapi sebagai seorang guru, aku (kita) sebenarnya memikul amanah yang besar dalam mendidik pelajar supaya menjadi insan yang baik, bijaksana dan aklak yang mulia..

macam aku.. yang mengajar diperingkat Diploma, banyak dugaan dan cabaran apabila mahu mendidik dan melentur buluh yang sudah agak keras..tapi sebagai insan yang sudah memilih kerjaya ini sebagai mata pencarian, Insyaallah akan aku cuba sedaya upaya mendidik anak bangsa menjadi generasi yang berguna..Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku...akhir sekali, pesanan ringkas dari penaja Hargailah guru-guru anda!. wasalam


P/S : Terima kasih guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar aku. "Guru ibarat lilin, membakar dirinya demi menerangi orang lain."

~ ke|ah biru

Wednesday, 1 August 2012

Puasa dari sudut Kesihatan

Assalamualaikum Semua..

Salam Ramadhan kepada semua..kali ni aku nak kongsikan sedikit sahaja tentang puasa ni..Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Dari segi kesihatan, berpuasa adalah penting untuk merehatkan sistem penghadaman setelah 11 bulan bekerja. Disini aku senaraikan kelebihan yang lain apabila berpuasa :
  • Mengurangkan berat badan.
  • Merendahkan paras kolesterol darah.
  • Merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah.
  • Merendahkan tekanan darah.
Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit dan amalan pemakanan yang betul adalah sumber ubat’.

Panduan semasa berbuka yang patut diamalkan...



Jangan gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah. Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.(kdg2 aku ikut..selalu terus bedal air satu gelas..hehe) Jika perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka. kemudian kita haruslah bersederhana dalam pengambilan makanan. Jangan makan berlebihan atau mengikut nafsu. dan paling utama sebenarnya baca doa sebelum makan..hehe

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Amalkan makan secara sihat untuk sihat sepanjang hayat...wassalam..


P/S: Kawal nafsu membeli dan elakkan pembaziran ..hehe (lagi cantik masak sendiri)

~ ke|ah biru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...