Pages

Ads

Thursday, 1 November 2012

GAJI RM 80 000 SEBULAN UNTUK MATYO

KOTA BHARU - "Jika beliau ingin berhijrah ke pasukan baharu, kami terima seadanya dan hormati keputusan tersebut."

Demikian kata Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net) Mahizi Mahmood yang mengulas hasrat penyerang Red Warriors, Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo untuk berubah angin bersama pasukan baharu musim depan.

Mahizi berkata, pihaknya menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh pemain itu sekiranya dia mahu beraksi dengan pasukan lain.

Menurutnya, penghijrahan merupakan sebahagian daripada rencah bola sepak yang secara tidak langsung akan menghangatkan lagi saingan musim hadapan.

"Kami berpendapat sekiranya beliau mahu hendak berhijrah, eloklah dilepaskan. Selaku peminat kami terima ketentuan ini.




"Saya mewakili seluruh penyokong Red Warriors mengucapkan terima kasih kepada Norshahrul di atas sumbangan yang telah diberikan ketika bersama Kelantan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 kelmarin, meluahkan hasrat ingin berpindah ke pasukan Johor bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2013.

Dikhabarkan tonggak kebangsaan tersebut bakal menerima bayaran berjumlah RM80,000 sebulan sekiranya beliau bersedia menyarung jersi skuad yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan itu.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilaporkan belum bersedia melepaskannya yang terkenal dengan jolokan The Linesman itu.

Mahizi menyerahkan isu Norshahrul kepada pihak pengurusan KAFA untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Saya yakin dan percaya segala kerumitan yang timbul akan selesai sebaik sahaja Presidan KAFA, Tan Sri Annuar Musa pulang dari mengerjakan ibadah haji.

"Kami menyokong penuh segala tindakan yang bakal diambil oleh pihak pengurusan begitu juga dalam usaha memperkasakan pasukan bagi menghadapi siangan musim hadapan," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121101/su_01/Biarkan-Mat-Yo-pergi#ixzz2Aw9qK940

~ke|ah biru

GAJI PENJAWAT AWAM NAIK 2013


Alhamdulillah semakan gaji baru akan dibuat dan dijangka 1.4juta kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji sehingga 5%.

Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.

Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

 

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.

Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

 
CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.
“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.


Sumber : Berita Harian
~ke|ah biru

Wednesday, 31 October 2012

FENOMENA YANG UNIK BERLAKU DI MALAYSIA

Situasi dibawah pernah terdapat di Malaysia..

Negara lain pun mungkin ada..tapi tak pasti..hehe






Unik tetapi Pelik...kehkehkeh



~ke|ah biru

JENIS - JENIS IKAN BANDARAYA / IKAN PEMBERSIH / PLECO

 
Ikan ni tergolong dalam famili loricariidae dan sangat terkenal dalam dunia akuatik
dimana ia dianggap sebagai salah satu spesis pelengkap kitaran akuarium yang berfungsi sebagai pemakan alga pada dinding akuarium.
 
Spesis ini dipercayai dibawa masuk ke negara kita seiring dengan peningkatan dan minat orang ramai terhadap hobi membela ikan hiasan.

Boleh membesar hingga 18 inci (46 cm) dan 
 jangka hayat sehingga 10 hingga 15 tahun.
Mempunyai kulit badan yang keras
Tiada perbezaan jelas antara ikan betina dan jantan.

dibawah aku senaraikan jenis2 ikan bandaraya
 
1. Common Pleco
 
 
2. Zebra Pleco
 
 
3. Gold Nugger Pleco
 
 
4. Scarlet Pleco
 
 
5. Shunshine Pleco
 
 
6. Flash Pleco
 
 
7. Medusa Pleco
 
 
 
Menurut Global Enviroment Centre, ikan ini menjadi ancaman utama terhadap Sungai Klang di mana kejadian tebing sungai runtuh sering dilaporkan berlaku
 
kerana
 
tabiat buruk ikan ini adalah ia akan menggali banyak lubang pada tebing sungai untuk pembinaan sarangnya bagi tujuan pembiakan.

P/s : jgn suka2 hati lepaskan ikan ini disungai ..boleh bahayakan ekosistem...hehe

~ke|ah biru

ANEH - MONYET LAUT

Sekiranya anda ingin memelihara satu yang unik, cuba ke pasaraya atau kedai Akuarium untuk bertanya tentang Seamonkey



Uniknnya seamonkey ini ialah, telurnya mampu untuk bertahan selama beratus tahun dan menetas menjadi haiwan yang dikenali sebagai Sea Monkey hanya dalam masa 24 jam.. Hmmm.. Unik yer... Sebenarnya seamonkey adalah sumber makanan bagi ikan dan sering digunakan sebagai makanan tambahan yang baik untuk tumbesaran ikan. Namun ada juga yang di komersilkan sebagai haiwan peliharaan...


FENOMENA ALAM - TSUNAMI

Lihat tanda apabila berlaku tsunami dibawah..sekumpulan ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini
 
ikan-ikan berkumpul seolah-olah menunjukkan tanda kepada manusia..
 
 
 
 


 
 
 
 
Seperti tumpahan minyak berlaku
 
~ke|ah biru
 
 

AJAIB - SOTONG KURITA

Sambungan Sotong Kurita --
Secara ringkas mengenai sotong kurita (SK) nih, pertamanya si ibu SK ini akan bertelur dan menjaga telurnya tanpa mempedulikan kesihatan dirinya. Dan pada akhir dari penetasan anak SK ini, si ibu akan mati kelaparan. 'pengorbanan ibu memang tiada bandingannya'.

Yang ajaibnya di sini ialah, anak kepada SK ini tidak mewarisi sebarang ilmu untuk diturunkan oleh ibu (sebab itunya mati sebelum sempat mengajar anaknya) SK nih.. Di sinilah yang saintis kagum, kerana sekiranya ia tidak belajar dari parent mereka untuk survival bagaimana ia boleh meneruskan kelangsungan hidup dan pandai berdikari dengan daya IQ yang tinggi ??.. Berdasarkan kajian saintis SK ini mempunyai kebijaksaan yang lebih tinggi berbanding beruk. 

 Jika diberi task atau maze untuk SK, maka SK dapat menyelesaikan masalah tersebut lebih baik berbanding beruk.

Jadi sekiranya ibunya tidak mengajar si anak SK nih menjadi bijak, siapakah yang mengajarnya... ???!!! 


Jawapan kepada si saintis senang je, tentulah ilham itu diberikan oleh Maha Pencipta.


Oleh itu, selepas ini sekiranya kita terkagun dan terpelik dengan keupayaan luar biasa makluk melata dibumi ini, maka cepat-cepatlah kita sebut Maha Suci Allah....

Tuesday, 30 October 2012

PENGASAH PENSIL AJAIB

Sila awasi anak anda jika pengasah pensil ajaib miliknya dibawah hilang...











Hidung anda bakal menjadi sasaran seterusnya...kah kah kah..

~ke|ah Biru

MENGHARGAI KEINDAHAN ALAM

cuba anda lihat semua gambar dibawah... 
memang sangat indah ..
memberi ketenangan kepada sesiapa yang mahu memikirkan kekuasaan Allah..


 Gambar ini bukan ditangkap oleh tuan blog




Termasuk gambar ini


dan juga ini...



x kesah sapa pun yang tangkap ....asalkan kita hargai keindahan alam dan tahu untuk mensyukuri setiap nikmat yang diberikan..

~ke|ah biru

MEMBELI BELAH DI PASAR

Apa reaksi anda apabila anda pergi ke pasar untuk membeli ikan
dan anda menjumpai spesis dibawah...



beli sekor boya..percuma sebiji tomato


~ke|ah Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...