Pages

Ads

Wednesday 30 January 2013

ASAL USUL POKOK BONSAI





Bonsai merupakan satu perkataan yang menggambarkan kepada pelbagai situasi :- minat,tumpuan kepada seni dengan cara yang berbeza.
China merupakan tempat di mana seni bonsai ini berasal, sementara di Jepunlah bonsai ini dibentuk sehingga diterima kepelosok dunia.

Apakah sebenarnya bonsai?
Menurut masyarakat Jepun, bonsai mempunyai hubungan di antara alam, manusia dan Tuhan.

 Bonsai diterjemahkan sebagai “tumbuhan di dalam bekas yang leper” atau “tumbuhan pasu yang renek”, namun terpulanglah kepada para peminatnya untuk memberi maksud sebenar perkataan bonsai itu.

Apa yang penting adalah bonsai merupakan satu seni kehidupan.

Bonsai tidak boleh disamakan dengan seni yang dilakarkan dikanvas, marbel atau sebagainya, kerana bonsai merupakan seni tumbuhan yang dicipta begitu unik.





Jenis-jenis Bonsai

Para peminat bonsai sanggup menghabiskan wang ringgit mereka semata-mata untuk mendapatkan bonsai. Pada mereka, apa yang penting bukanlah nilai harganya.
Disebabkan seninya yang terpancar dari bonsai menjadikan para peminat mengumpulnya sebagai koleksi. Sebenarnya bonsai adalah berbeza-beza walaupun dari jenis pokok yang serupa.

 Untuk membentuk sesuatu pokok agar menjadi bonsai memerlukan masa yang lama dan memakan beberapa tahun untuk membentuknya.




Beberapa jenis tumbuhan dapat dibentuk untuk menjadi bonsai
  1. Pine putih Jepun (Pinus plaviflora)
  2. Bunga ceri Higan (Prunus subhirtella)
  3. Limau oren (Citrus aurantium)
  4. Melati (Wrightia religiosa)
  5. Puding (Codieum variegatum)
  6. Lemon Balm Leaf (Otacanthus caerulans)

* P/s : Naluri manusia yang sukakan keindahan menjadikan mereka golongan yang menghargai setiap apa yang indah, berseni dan menarik.  Bagaimana pula dengan anda??? tepuk dada tanya selera..heheh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...