Pages

Ads

Tuesday, 27 November 2012

MENARIK - IKAN LOACH PEMALU

Salah satu spesis ikan yang boleh dijadikan koleksi bagi pemilik akuarium ialah ikan loach. Ikan ini mempunyai sifat yang agak unik iaitu ia sangat pemalu kerana habitatnya yang dikatakan suka mencari makan dicelahan kayu dan batu. Namun ianya amat sesuai untuk dibela dengan pelbagai jenis ikan yang ada dan tidak suka untuk bergaduh. Banyak pilihan ikan loach yang boleh anda pilih di pasaran.

Antara yang terkenal ialah jenis clown loach.

Ada juga dinamakan sebagai zebra loach
Angelica loach
 

Ikan ini sesuai untuk menambah seri pada akuarium anda supaya nampak lebih natural dan semula jadi. Namun pastikan anda memberikan ikan tersebut ruang untuk mereka menyorong dari serangan ikan lain kerana sifatnya yang suka menyorok. Namun sekiranya komuniti akuarium anda adalah ikan yang damai, anda akan melihat ianya berenang dengan bebas untuk mencari makan dan pulang ke kawasan persembunyian untuk berehat.

3 comments:

  1. Bro ni memang pencinta ikan kan? banyak post pasal ikan. Sat nak letak dalam favourite blog list kat sporkk.blogspot.com ...sebab minat kita sama... ^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dicampur dengan guppy..

      dengan tiger barb cuba elakkan takut diserang tiger barb..

      spesis tiger barb ni sukar dijangka..kadang2 boleh bertukar ganas..

      jika nak campur jugak dengan tiger barb disarankan meletakkan pokok2 kecik atau kayu untuk loach ini sembunyi jika berlaku serangan di luar jangka..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...