Pages

Ads

Tuesday, 8 May 2012

KOMUNITI AKUARIUMKU

Sejak kecil aku meminati hobi membela ikan kerana ia memberikan ketenangan dan mengingatkan akan kebesaran Allah s.w.t. Pada pendapat aku kalau kita ingin bela ikan, terpulang pada minat masing-masing, Namun sebagai nasihat pertama bagi yang baru berjinak-jinak, bela ikan yang mempunyai nilai estetika yang baik agar ianya berbaloi.

Ada juga aku melihat orang membela ikan puyu dalam satu akuarium yang besar. Pada aku silakan sekiranya ianya memberi kepuasan pada anda. Tapi yang kita nak lihat sebanarnya keharmonian akuarium yang kita miliki.

Namun aku bukan nak bercerita tentang ikan pada akuarium orang lain. Tapi Post pertama aku ialah berkenaan Komuniti Akurium rumah ku. Asalnya aku membela ikan arowana Chili 1.5 atau dikenali dengan banjar red. Ia adalah pemberian ikhlas adik ipar ku.


Kemudian aku tradekan dengan ikan tersebut dengan ikan Diskus.
Ikan Diskus bukan ikan asal sini, namum sangat terkenal di Malaysia kerana keunikkan warna yang dimiliki








Aku telah membela ikan diskus untuk lebih dari 2 tahun. Bagi aku ikan nih sangat sukar untuk dibela kerana ada karenah nya tersendiri (Suka bergaduh dengan kawan-kawan). Ikan ini juga tidak boleh dicampur dengan ikan yang mempunyai tabiat pemakanan yang rakus.

Seperti ikan sungai (kelah, sebarau, dan lain-lain).  kerana ia makan secara perlahan dengan makanan yang tenggelam pada dasar. Diskus juga mudah terkena jangkitan dan memerlukan jagaan rapi. Sepanjang aku menjaganya dah 3 ekor mati. Tapi kalau dah biasa senang je. Tapi harga yang mahal menjadikan aku dah tak dapat nak beli ikan nih. So,mungkin aku akan trade juga ikan ni dengan ikan lain.



TIPS
Sebarang tips mengenai jagaan ikan ini boleh ditanya ke emailku. Informasi.alam@gmail.com

~ a|am hijau

5 comments:

  1. nak tanya berapa harga semasa banjar red saiz sama dengan gambar diatas?

    ReplyDelete
  2. Harga dalam range RM 300 hingga RM 500. Tapi nasihat saya ialah untuk membela ikan nih sebab nanti nak jual tak ada harga. Untuk 1 tahun 5 bulan saya hanya dapat RM 300 sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut akan saya post pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  3. wow..hebat..alam hijau bleh la kot post lagi detail pasal ikan arowana ni.. aku pun tak arif jugak pasal arowana ni..

    ReplyDelete
  4. bro...nak tanye...berape sukatan anti klorin tuk aluarium 3 kaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh letak 3 penutup kecil botol anti clorin tu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...